Apa Menu Ramadhan 21 & 22

 

Untuk Ramadhan Ke 21 kami sekeluarga dimulakan dengan permintaan Bong nak lauk sambal tumis daging (dan kakak Bong tumpang makan dengan nasi impit hehehe)

Mak teringin makan masak lemak cili api ayam dan buat lebih untuk bagi MakLang jiran sebelah merasa serba sikit juadah yang ada.
Udang goreng tepung permintaan Bong juga. Sedap makan panas-panas dengan nasi. 
Makan meratah macam tu saja pun dah cukup memenuhi anak tekak hehehe


Menu Ramadhan Ke 22 kami dimulakan dengan daging juga tapi daging masak merah ala kedai tomyam. Bong memang feveret lauk daging masak apa saja sebab mudah makan tak perlu buang kulit macam makan ketam hehehe


Sayur campur tumis air pedas pedas manja sikit sebab Abah makan nasi wajib ada sayur.


Bong request nak makan Kueh Teow Sup dan kita turuti seperti biasa sebab tak rumit mana nak membuatnya, boleh berbagi sama jiran juga dan mudah makan waktu sahur hehehe

Dannnn kita dapat kuih peneram pemberian jiran tetangga asbab kita berbagi juadah masakan dari dapur kita tapi bukan buat sendiri katanya. Anaknya beli di bazar waktu pulang dari kerja.

Tak kisahlah yang penting sedap rangup makan sebab masih panas-panas lagi hehehe
Belum berkesempatan nak mencuba buat kuih peneram ni.
Tengok tahap kerajinan dulu nanti macam mana sebab kuih raya pun belum buat apa lagi hehe


7 comments:

  1. daging masak merah ala kedai tomyam tu fav tp tk pernh masak lg

    ReplyDelete
  2. Wahhhh mata tengok daging masak merah kedai tomyam. Mesti sedap ni....

    ReplyDelete
  3. Semua sedap², as usual :)
    Seronok kan bertukar juadah dgn jiran², dapat eratkan silaturrahim disamping dapat merasa juga pelbagai juadah 🤲

    ReplyDelete
  4. Daging masak merah tu, dah rupa sebijik macam kedai tomyam punya. Pandainya Ana masak. Akak tak pernah pula try masak sambal tumis daging. Nanti satu hari nak try.

    ReplyDelete
  5. Untung lah Bong. Semua menu best.

    ReplyDelete
  6. Bong, cantiknya sambal tumis daging air tangan Kak Ana awak!

    ReplyDelete