Meraikan Ibu

14 May 14 Comments

Hujung minggu baru-baru ni, kebetulan Bong cuti & Bong ajak menggembirakan hati Mak.

Tiap hari mak asyik berlegar dalam rumah je dari dapur ke depan, dari depan ke dapur.

Bila waktu anak-anak cuti, bolehlah ambil peluang bawa Mak keluar.

Bukanlah nak menyambut hari ibu, lebih kepada nak menggembirakan hati Mak.

Aku & Bong bawa Mak cuci mata di kedai kasut.

Biarkan Mak pegang, belek dan pilih mana yang Mak suka.

Tapi macam biasalah jawapan Mak : 

"Takda yang Mak bekenanlah"

Dan Mak terus cuci mata pegang kasut di ruangan kanak-kanak.

Teringatkan pada cucu-cucu dia yang 3 ketul di bandar tu lah.

Macam tu lah hati Mak / Ibu / Opah / Nenek.

Selalu mendahulukan orang lain daripada diri dia sendiri kan?

 

Membawang Terus Pantang Mundur!

10 May 12 Comments

 


Sebagai anak jati negeri Perak dan agak hampir dengan lokasi tanaman Bawang di Bikam, saya tumpang bangga dengan penghasilan bawang dan dipasarkan ke seluruh negara hari ni. 

Haritu ada berkongsi Alkisah Bawang.

Selain di Bikam Perak, Projek Rintis Bawang juga ada ditanam di Kelantan.

Ada muncul dalam Majalah 3 beberapa minggu lepas.

Moga Projek Rintis Bawang berjaya kurangkan bergantung pada bawang import.

Membawang Terus Pantang Mundur! Yeahhhh~



Memudahkan : Segi Fresh Felda

09 May 12 Comments

 

Pasaraya D'Mart yang dahulunya amat sinonim dalam kawasan Felda, kini diberi nafas baru.

Bermula Mei 2024, ada beberapa Pasaraya D'Mart Felda telah bertukar wajah.

Kini dikenali sebagai D'Mart Segi Fresh.


Wajah baru yang bertamah segar ini sememangnya memudahkan warga Felda.

Sebelum ni kalau nak berbelanja barang dapur memang perlu ke pekan terdekat lebih kurang 20-30km.

Wujudnya wajah baru D'Mart Segi Fresh ni membuka peluang pekerjaan juga pada warga Felda.

Mudah juga pada warga emas yang nak berbelanja.

Dah tak perlu pergi jauh lagi tertumanya musim perayaan kan?



Menu Bekal Bong

08 May 13 Comments

Bong (adik bongsu aku) mula takut tengok bacaan pada penimbang berat sebab melantak macam-macam sepanjang jamuan raya sepanjang Syawal.

Disebabkan Bong rasa berat badan semakin naik dan baju seluar mula ketat sendat, jadi Bong bercita-cita nak kurangkan pengambilan nasi dan karbohidrat lain.


MENU BEKAL BONG DAY 1 : CHICKEN WRAP 



MENU BEKAL BONG DAY 2 : SANDWICH TELUR DADAR




MENU BEKAL BONG DAY 3 :  BAKED POTATO WITH GRILL CHICKEN





Disebabkan Bong nak control pengambilan nasi jadi kita tumpang sekali.
Dah lama tak aktif buat bento / bekal macam ni. 
Seminggu dua ni baru nak recover daripada demam.
Moga dipermudahkan urusan kita semua ya aminnnnnn

Maaf Tumpas

08 May 10 Comments

Musim demam batuk selsema rasanya sekarang ni. 
Aku mula rasa perit pada tekak masa 30 April minggu lalu.
Celik mata masa bangun pagi,makin sakit bila telan air liur.


Makin hari makin bertambah perit tekak.
Tak terdaya nak menanggung sakit.
Pulang dari klinik berbakul ubat kena makan.
Aku sejenis jarang sakit demam, tapi bila datang demam, agak teruklah.
Bila bangun nak berdiri rasa berpusing juga alam sekeliling :( 

Sambil makan ubat klinik, amalkan jugak makan perahan limau,madu & air suam.
Dan amalkan juga kumur dengan mouthwash supaya boleh hapuskan bakteria dalam mulut.

Tersiksa rasa bila nak telan air liur pun terasa sakit perit.
Itu baru sikit kesakitan jika nak dibandingkan dengan derita saudara kita di Palestin sana :(

Moga diberi kesihatan yang baik buat sahabat blog saya semuanya aminnn

Ada Yang Pertikai Harga

29 April 19 Comments

 




Ada pembeli yang mempertikaikan harga Roti Jala kerana katanya mahalnya harga sedangkan bahan-bahan roti jala itu kan cuma menggunakan tepung, telur, sedikit pewarna sahaja.

Yes memang benar bahan-bahan untuk membuat Roti Jala itu hanya beberapa sahaja tetapi proses untuk menghasilkan Roti Jala yang sedap lazat dan tidak jemu dimakan itu perlu ambil kira pelbagai aspek.

Dan yessss benar seperti apa yang dikongsikan oleh salah satu komentar di facebook itu.

Jual barang makanan bukan jual 'barang makanan' itu semata-mata.

Ia merangkumi juga aspek modal, tenaga, masa malah juga kepakaran dan skill.

Dalam isu Harga Roti Jala, kalau rasa mahal, silalah tebar hasilkan sendiri jala seperti anda suka.

Aku bukan penjual roti jala (hanya terima tempahan daripada paksaan kawan-kawan yang order), 

sebab itulah wujud pepatah "Ukur Baju Di Badan Sendiri" , jika rasa mahal, sukat poket sendiri.

Nak murah, buat sendiri & nilai sendiri sanggup ke tidak nak jual harga sekian-sekian.

Nak lagi murah, kalau kedekut dan berkira, tak perlu buat ye dak? hehehe



Asyiqin.com - GiveAway 2024

24 April 15 Comments

 



KLIK BANNER UNTUK JOIN & SYARAT-SYARAT


Siapa yang join automatik akan dimasukkan dalam bloglist & 3 orang bertuah akan dipilih sebagai pemenang (hadiah mungkin bertambah mengikut bilangan penyertaan).

Moga ada terselit rezeki memeriahkan giveaway sahabat blogger hehehe

Al-Fatihah : Tragedi Helikopter TLDM Terhempas

24 April 14 Comments

 



Al-Fatihah buat 10 wira negara yang terkorban dalam tragedi helikopter TLDM yang bergesel di udara dan terhempas. Cuaca mendung seolah mengiringi pemergian kesemua mereka yang terkorban. 

Moga seluruh keluarga yang terlibat dipermudahkan urusan & diberi kekuatan , ketabahan untuk semua ahli keluarga menghadapi ujian berat ini :(