Ada Yang Pertikai Harga

 




Ada pembeli yang mempertikaikan harga Roti Jala kerana katanya mahalnya harga sedangkan bahan-bahan roti jala itu kan cuma menggunakan tepung, telur, sedikit pewarna sahaja.

Yes memang benar bahan-bahan untuk membuat Roti Jala itu hanya beberapa sahaja tetapi proses untuk menghasilkan Roti Jala yang sedap lazat dan tidak jemu dimakan itu perlu ambil kira pelbagai aspek.

Dan yessss benar seperti apa yang dikongsikan oleh salah satu komentar di facebook itu.

Jual barang makanan bukan jual 'barang makanan' itu semata-mata.

Ia merangkumi juga aspek modal, tenaga, masa malah juga kepakaran dan skill.

Dalam isu Harga Roti Jala, kalau rasa mahal, silalah tebar hasilkan sendiri jala seperti anda suka.

Aku bukan penjual roti jala (hanya terima tempahan daripada paksaan kawan-kawan yang order), 

sebab itulah wujud pepatah "Ukur Baju Di Badan Sendiri" , jika rasa mahal, sukat poket sendiri.

Nak murah, buat sendiri & nilai sendiri sanggup ke tidak nak jual harga sekian-sekian.

Nak lagi murah, kalau kedekut dan berkira, tak perlu buat ye dak? hehehe



19 comments:

  1. Betul tu. Skill bukan senang nak cari.

    Mungkin jugak penjual kena tahu target market diorang baru boleh letak harga.

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Nak murah buat sendiri atau cari seller lain klu rasa mahal.

    ReplyDelete
  3. Betul....masa lagi kan.....kalau komplen sangat kena buat sendiri je. Baru tau ada masa ke nak buat tu?....Tukang menjual dah menyenangkan kerja kita dah tu....

    ReplyDelete
  4. Betul tue . Nak murah buat sendiri .. jimat .. bukan senang nk buat roti jala ni , memang kalau org yang pandai cakap ala kiraii roti jala jer pun .. salah kiraii roti jala tu nampak tak cantik . Skill kena ada . Lagi-lagi yang request nk roti jala corak² bunga tu . Lagi susah .. bila charge mahal mengadu mahal

    ReplyDelete
  5. Any food that require complex cooking processes or demand special skills contribute to the final price of a dish.

    ReplyDelete
  6. Tgk bahan tu mcm simple tp nk menjala roti tu bg cantik bkn senang...skill tu yg mhl kena Kira la juga kosnya ...org yg komplen ni tau ckp je..Cuba soh die buat br tau susahnya

    ReplyDelete
  7. betul.. kalau buat sendiri agaknye jadi lempeng.. kalau sedap mcm lempeng xpe jugak.. :P

    ReplyDelete
  8. Kdg orang gini dia nmpk end product je, tak fikir proses nak hasilkan roti jala tu camne. Ataupun sejenis kaki komplen, semua benda nak komplen ahak!

    ReplyDelete
  9. Orang macam tu, kalau rasa mahal, buat sendiri. Dari situ kau boleh buat kira-kira kos penggunaan bahan-bahannya, modal, tenaga, masa dan skill.
    Macam saya, kalau rasa mahal tak payah beli, kalau teringin buat sendiri tapi biasa dapat free (roti jala).. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Betul, betul. Akak setahun sekali buat roti jala, jadi faham, skill tu selalu hilang. Ingat senang ke, nak buat roti jala cantik je kejadian dan rasa pun sedap.

    ReplyDelete
  11. saya selalu juga dapat customer, budget murah tapi nak gift/flower/belon jenis mahal *nangis*

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi pun, buat roti jala bukan senang.. saya ni dah pernah cuba banyak kali sentiasa gagal. hahaha

      Delete
  12. orang nampak barang je
    org tak nampak masa yg kita laburkan utk buat semua ni
    apa dia igt kita ni celik 24 jam?
    haihhh harga skrg bkn mcm dulu...
    fikir laa sikit sblm berkata-kata tu...

    ReplyDelete
  13. Orang yang banyak bunyi suka kompelin ni memang tahu bising je. Takkan kira bahan masak je kan… upah masak, api letrik yang guna masa buat tu, skill orang tu… jenuh tau nak menjala huhuhu sakit pinggang gak dibuatnya

    ReplyDelete
  14. Issssh buat sendiri lah kalo nak murah 🤣. Kadang saya tak paham dengan pikiran Orang2 macam tuh. Dikira skill, waktu dan lainnya tak dihitung kah saat jualan? Gas buat memasak pun dikira.

    Saya Krn sadar diri tak pandai memasak, jadi tiap kali pesan dari teman2, apalagi kalo rasa sedap, saya tak akan protes dengan harga. Saya tahu tak semua orang bisa masak yg sama. Apalagi kalo bisa mempertahankan konsistensi sedap. 👍. Tak gampang itu.

    ReplyDelete
  15. Nak plak roti jala tengah trending dengan pelbagai warna dan bentuk siap boleh di gubah2 jadi cantik giler sampai syg nak makan....x kan nak letak harga murah? ye tak?

    ReplyDelete
  16. bagi yang nak jimat sangat tu...jangan beli dan buat sendiri...itu saja solusi yang terbaik

    ReplyDelete
  17. eh eh..betul, nak murah, nak jimat..belajar & rajinkan diri buat sendiri yer.. sabar je la kan.. dah la nak senang, main order je...complain byk plak kan.
    btw..cantik & kemas nya hasil men"jala" tu... nice sgt. pedulikan je mulut2 org tu...ingat senang ke nak buat roti jalan cantiks mcm ni

    ReplyDelete
  18. geram dekat yang pertikai tu je...ad duit, jalan,,bajet lari, senyap2 je..tak perlu nak kata modal segini segini...itu punca rezeki dia, kalau dia niat nak sedekah, nak jual murah, terpulang dia lah...ehhhh...kita cukup geram orang yg sibuk nak pertikai2 nie..
    kalau nak murah, jual roti jala je, kuah harga asing...

    ReplyDelete