Jejari Ayam Kentang
Ini semua disebabkan Bong sedang dalam usaha mengawal pengambilan kalori dan gula.
Sebolehnya semua Bong minta Kakak dia ni tolong buat sendiri 'home made'.
Bong teringin nak makan nugget / jejari kentang tapi taknak beli yang dah siap frozen tu.
Jadi gigihkan seorang Kakak dia rebuskan kentang dan isi ayam dan bahan-bahan lain.
Siang tak sempat nak buatlah sebab sibuk kerja.
Balik dari kerja barulah sempat bersilat di dapur sementara selesaikan urusan hal lain.
Buat ni waktu malam tenang sikit sebab cuaca kurang panas berbanding siang.
Menggentel lah si Kakak tolong siapkan stock chicken potato nugget si Bong ni hehehe