Cuti sekolah memang sinonim dengan pelbagai majlis keramaian terutamanya kenduri kahwin.
Majlis Walimatul'urus anak Mak Lang aku (Adik kepada Abah) di Bagan Serai Perak.
TIGA pasangan pengantin jalan sekali.
Anak-anak Mak Lang aku yang bertiga ni memang ke mana-mana bertiga.
Jarak umur diorang hanya beza 2 tahun sorang & sebab tu mereka rapat bertiga.
Dan memang dah lama diorang plan untuk Walimatul'urus tarikh yang sama.
Buat majlis serentak tiga terus lebih memudahkan urusan Ibu katanya.
Yelah kalau nak buat asing, nanti kesian ibu nak kena hadap & urus tiga majlis berbeza.
Syukur selesai semua dengan lancar walau dalam cuaca yang panas betul.
Selesai saja di majlis walimatul'urus sepupu bertiga, kami singgah di Gerai Non Bihun Sup.
Pelbagai jenis sup ada dan aku pilih kue teow sup ayam.
Makan sup di gerai tepian sawah padi ditemani angin menderu di kala tengah panas,
ditambah pula dengan semangkuk ABC dan Cendol fuhhhhh~
Sedapnya tu menghirup sup ya Ana.....
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru utk para mempelai!
ReplyDeleteAkk belum pernah pergi wedding 3 pasang pengantin ni, kalau 2 tu pernah. Mesti meriah kan...
Sedapnya nmpk mihun sup tu =)
ReplyDeletebesar kenduri nya ni 3pasangan sekaligus...
ReplyDeletetiga pengantin sekali...meriahhh...
ReplyDeletewahhh penuh tuuuu
ReplyDeletetenggelam pengantin kat tengah2 ;-)