Jangan Main Tekan Pedal Ye!

05 January 12 Comments

 


Ilmu Tayar
Huruf terakhir – contoh : Y adalah had maksimum kelajuan 300 km / jam (jangan main tekan pedal ikut suka ya!).
Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:

i. S = Maksimum had laju 180 km / jam
ii. T = Maksimum had laju 190 km / jam
iii. U = Maksimum had laju 200 km / jam
iv. V = Maksimum had laju 240 km / jam
v. Z = Melebihi had laju 240 km / jam
vi. W = Maksimum had laju 270 km / jam
vii. Y = Maksimum had laju 300 km / jam
viii. ZR = melebihi 270 km / jam ke atas

Sumber : RaZif Rashid

Aku baru terbaca berkenaan ini di fb group kereta.
Selama ni yang aku tahu, jangan tekan pedal minyak lebih pada 110km,
itu pun disebabkan memang itu had laju maksima di lebuhraya.

Rupanya ada lagi perbezaan berdasarkan huruf pada tayar!
Baru nak belek check tayar tenggiling huruf apa hehehe


Juadah Tahun Baru

04 January 12 Comments

 


Sempena minggu pertama di tahun baru ni,

kita tunaikan permintaan Bong (panggilan untuk si Adik Bongsu).

Bong kata teringin nak makan nasi ayam tapi nak ayam tu crunchy outside, juicy inside.

Permintaan Bong ni kadang-kadang memang lain maciammm.

Dia ingat kakak dia ni chef ke? 

Tapi tak mengapa, kita cuba usaha dan tunaikan juga.

Bahan dan caranya semua kita tiruvasi saja daripada resepi sedia ada.

--------------------------------------------------------------------

RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN :

-Beras (ikut pada masing-masing)

-Ayam 1 ekor (ikut pada masing-masing juga)

-Buter, bawang merah, bawang putih, halia,daun pandan, kiub ayam

CARA-CARA :

-Rebus ayam (masukkan halia, bawang putih)

-Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan 

-Masukkan beras yang sudah dibersihkan ke dalam periuk & masuk bahan tumis tadi

-Masukkan kiub ayam, sedikit garam & kunyit (jika suka warna neutral tak perlu masuk kunyit)

-Masak nasi gunakan air rebusan ayam.

-Sementara nasi masak, perap ayam (kicap manis, sedikit sos tiram & sedikit madu : perap 1 jam)

-Untuk sos (tomato, cili merah, cili hijau & sedikit air)

-Dan tambah sedikit air rebusan ayam (perasakan dengan garam, gula, serbuk cukup rasa & cuka)

-Masak hingga kuah menjadi pekat.

-Goreng ayam yang telah diperap selama 1 jam tadi.

-Hidangkan dengan hirisan timun, tomato & salad.

--------------------------------------------------------------------

Buat sendiri lebih jimat & dapat kongsi dengan jiran sebelah.

Tambah lagi kalau jiran-jiran tu ada anak bujang ehhhh~ hehehe


Jom Semangat!

04 January 10 Comments

 


Hai semua! Terasa lama benar tak berkongsi di sini. 

Moga sihat-sihat saja hendaknya sahabat semua.

Dan moga belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2025.

Moga tahun ini memberi lebih banyak kebaikan & kebahagian untuk semua.

Salam Tahun 2025 untuk sahabat semua!


P/S : Slow moving balas jejak sahabat-sahabat yang dirindui semua! :)


Style Rambut

06 September 28 Comments


Hai semua! Waduhhhh kebizian mengalahkan menteri semenjak bertukar lokasi hehehe

Selesai Lapan Bab sepanjang tahun 2024.
Memasuki Bab Kesembilan.

Budak ini namanya Musleh (adik si Kakak Syaura)
Mommy & Ayah dah lama nak potong rambut Muleh ni tapi,
selalu ada drama airmata tiap kali sesi nak potong rambut.


Musleh memang sayang sangat rambut dia yang lurus lembut tu.
Tapi disebabkan ayah dia dah gerammm sangat tengok rambut tu menutupi mata,
maka nya Ayah Musleh nekad pujuk ajak potong rambut minggu lepas.

Pada awalnya memang berlaku drama airmata tapi si Ayah terus bertahan juga nak potong.
Hasilnyaaa tadaaaaaaaa!


Hensem tak Musleh dengan rambut baru lebih pendek & padu hehehe

Macam-macam juga akal si Musleh ni buat permintaan.
Si Ayah nya kata antara permintaan dia nak Monster Truck Lego.
Dan si ayah setujukan saja demi memastikan rambut dapat dipotong hehehe

Aaaaa Hadiah Kawan Blogger!

21 August 23 Comments

 


Haritu Blog Anamizu terpilih menjadi featured blog for July di Blog Sis Anies .

Tak cukup dengan review percuma dari Sis Anies, kegembiraan tu ditambah lagi dengan hadiah!

Bukan main punya exited lain maciammmm bila nampak ada parcel dari Abam Kurier hehe

Syukurrr Alhamdulillah dikurniakan sahabat-sahabat blog yang sangat murah hati.

Terima kasih sekali lagi pada Sis Anies mmuahhhhh!

Moga terus diberi kesihatan yang baik & dimewahkan rezeki lagi aminnnn..

Seronok baca blog Sis Anies banyak kisah travel.

Terasa seperti kita dibawa jalan-jalan bersama! hehehe



Alhamdulillah Ole Ole Mekah

15 August 19 Comments

 


Pemberian ole-ole dari Mekah oleh salah sorang rakan sekerja aku - Mastura.

Sejadah, gula-gula manisan dan tasbih.

Terima kasih Mas sudi tolong mendoakan untuk kami.

Moga Allah limpahkan lebih lagi rezeki untuk Mas sekeluarga.

Dan moga Allah kurniakan zuriat soleh solehah & bahagia selalu aminnnn


Apa Menu Harini? - Popia Carbonara

14 August 16 Comments

 



Macam biasa Bong request untuk buatkan stock Popia Carbonara.
Nanti bila balik dari kerja -  lapar - goreng saja popia ni untuk jamu cacing dalam perut hehe

Setakat ni, belum pernah lagi menghampakan permintaan Bong.
Apa saja yang diminta, sedaya upaya kita cuba tunaikan.

Tapi bergantung pada bahan apa yang ada dalam peti besi (peti sejuk).
Sebab tu kadang-kadang 'derhaka' resepi sikit disebabkan masalah bahan-bahan hehe

Tak mengapalah sendiri buat, sendiri makan kan?
Kalau untuk jualan haa yang itu perlu jaga-jaga.
Nanti pelanggan beli 1 kali je sebab rasa lain daripada yang sebelumnya hehe



Adjustable Trekking Pole

12 August 14 Comments

 




Ini hadiah untuk Bong sempena Misi Diet Bong.

1)Adjustable Aluminium Trekking Pole

Membantu memudahkan sesi pendakian Bong dengan kawan-kawan hiking dia.


2)Waterproof Waist Running Pouch

Membantu memudahkan Bong untuk isi barang-barang penting semasa sesi berlari.


Kakak Bong tolong 'hiking' dan 'berlari' di dapur sajalah hehehe