Jem Takde Roti
anamizu
05 January
50 Comments
Jamu Tekak
anamizu
05 January
55 Comments
Jantung Hati Orang Kampung
anamizu
05 January
33 Comments
"sila tampal notis bahawa Pi1M masih belum beroperasi sehingga diberitahu kelak"
Jambatan Iblis?
anamizu
05 January
47 Comments
Jambatan Rakotz (RakotzbrĂĽcke)
dan juga dikenali sebagai "Jambatan Iblis" dibina pada tahun 1860.
Terletak di Taman Rhododendron, kira2 120km barat utara Dresden, Jerman. Taman
ini dibangunkan dari 1844 oleh pemilik tanah kaya Friedrich Hermann Rötschke.
Tapi kalau berpandukan pada fakta kat sini, cenggini pulak ceritanya:
Terletak di Kromlau, Jerman,Jambatan Rakotz bukan hanya sekadar menjadi penghubung kepada pelancong yang ingin menyeberang.Mempunyai reka bentuk yang menarik, jambatan ini juga sering dijadikan lokasi pelancong menangkap gambar. Ramai berpendapat bahawa jambatan ini adalah hasil karya seni terbaik. Rakotz terletak di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan tasik. Bentuknya yang melengkung kelihatan bulat sempurna dikelilingi dengan air tasik yang memantulkan bayanganya.
Entah mana datang pulak nama Jambatan Iblis tu entahla betul ke idak. Mungkin boleh tanya kat Aisya pasal benda ni memandangkan Aisya dok study kat German sana hehehe =D
Jackfruit
anamizu
04 January
65 Comments
The word "jackfruit" comes from Portuguese jaca,
which in turn, is derived from the Malayalam language term, chakka (Malayalam Chakka pazham : ŕ´šŕ´•്ŕ´•ŕ´Ş്ŕ´Şŕ´´ം). When the Portuguese arrived in India atKozhikode (Calicut) on the Malabar Coast (Kerala) in 1498,
the Malayalam name chakka was recorded byHendrik van Rheede (1678–1703) in the Hortus Malabaricus, vol. iii in Latin. Henry Yule translated the book in Jordanus
Catalani's (f. 1321–1330) Mirabilia
descripta: the wonders of the East.
The common English name "jackfruit" was used by the
physician and naturalist Garcia de Orta in his 1563 book ColĂłquios dos simples e drogas da
India. Centuries
later, botanist Ralph Randles Stewart suggested it was named after William Jack (1795–1822), a Scottish botanist who
worked for the East India Company in Bengal, Sumatra,
and Malaysia.
J75 Footwear
anamizu
04 January
30 Comments
Jamu Kaki
anamizu
04 January
25 Comments
Janji Setia
anamizu
03 January
27 Comments
credit : Hmetro.com.my
"... Janji setia ditunaikan
dan kini tumpuannya membantu memulihkan trauma isterinya dengan solat
berjemaah.
Itu yang dilakukan
Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, suami kepada Nur Syafiqa Lah, 22, yang
sebelum ini menjadi perhatian selepas mukanya ditoreh penjenayah dalam kejadian
pecah rumah di Pasir Puteh, November tahun lalu.
Majlis pernikahan
pasangan itu berlangsung petang semalam di rumah keluarga Nur Syafiqa dan
dihadiri kaum keluarga terdekat.
"Eqa masih trauma
dengan kejadian itu, jadi saya buat keputusan cepatkan pernikahan supaya saya
boleh jaga dia dengan sempurna." kata Mohd Azijja Zafran.
Katanya, kejadian itu
bukan saja meninggalkan parut di muka, malah kesan psikologi terhadap isterinya
menyebabkan dia bertekad untuk memberi semangat dan kekuatan sebagai seorang
suami.
"Alhamdulillah
keadaan Eqa semakin baik. Cuma di bahagian tangan masih ada terasa sakit.
Apapun sebagai suami saya berjanji akan melindungi dan memberi kekuatan padanya
sehingga akhir hayat.
"Apa guna rupa
paras yang elok jika hati tidak ikhlas menyayangi seseorang. Saya sudah lama
kenal hati budi Eqa dan biarpun wajahnya berubah, bagi saya dia tetap secantik
hatinya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azijja berkata apabila
bergelar suami, dia kini boleh berdamping dengan Eqa secara sah dan memberi
kata-kata semangat jika isterinya itu diganggu memori hitam berkenaan.
"Saya bantu isteri
hilangkan rasa trauma dengan mengajaknya solat berjemaah. Dengan itu hati akan
lebih tenang dan dekat dengan Allah," katanya yang sebelum ini memaklumkan
akan mempercepatkan pernikahannya pada bulan ini berbanding Mac depan.
Dalam kejadian jam 2
petang 30 November tahun lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya
ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri
Aman, Pasir Puteh.
Turut dicederakan
dalam kejadian itu ialah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58... "
Hurmm dah tertulis takdir Eqa diuji sampai tahap muka ditoreh, mata ditumbuk. Manusia... manusia.. Kejadian ni masa 30 November 2014 haritu. Berat dugaan dia tapi Alhamdulillah sekarang dah sah bernikah. Boleh dah suami jaga dia sebaiknya. Allahuakbar. Moga bahagia sampai Jannah.
Harapnya kita-kita juga begitulah.
Salam Maulidur Rasul =)