Jenuh Mikior Tajuk
anamizu
04 June
10 Comments
Salam Jun. 3 entry je untuk Mei. Semakin berkurang
daripada tahun² sebelumnya. Bukan malas. Masa yang ada semakin terhad. Kalau
sebelum ni ada 3 per empat waktu senggang, tapi sekarang hanya tinggal 1 per
empat je masa senggang tu. Penuh dah to do checklist menanti dengan macam²
kerja yang perlu diselesaikan.. cheyyy ~
Musim cuti sekolah jugak jadi pilihan untuk majlis
perkahwinan. Boleh dikatakan tetiap ujung minggu memang ada jemputan ke majlis
kahwin. Guwa aku sendiri pon jenuh ejas masa untuk attend majlis kengkawan.
Tambah plak bila kena hari yang sama ada 3-4 kenduri.. Jenuh ejas masa ejas
perot segala.. ahakss ~
Pastu masa dok belek fesbuk, nampak la satu benda ni ada
orang share.. kesahnye pasal Si A ni tak dapat nak p kenduri kawen kawan dia Si
B.. Pastu Si A pon tulis la surat untuk Si B ni baca.. surat dia camni :
Assalamualaikum..Sebelum meneruskan pembacaan warkah ini,
ingin sekali ku memperingatkan bahawasanya ia agak berjela dan memerlukan
kekentalan jiwa dan raga. Andai dirimu tak punya banyak masa, biarkanlah ia
sementara di dalam inboxmu. Pabila telah selesai segala kerja, barulah dibuka
semula untuk dihadam barang sebaris dua..
Kehadapan sahabatku _ _ _ _ _ _ yang aku rindu selalu,Aku
tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara.Terasa lama benar aku tidak
memantau-mantau keadaan dirimu.Tetapi memandangkan kini dirimu telah sah
menjadi bidadari kpd suami mu,aku kuatkan juga jari-jemari ini untuk menulis
sesuatu buatmu.Pertama dan buat kesekian kalinya, ingin ku pohon ribuan
kemaafan darimu kerana diri ini tidak hadir di hari bersejarahmu. Ampunkan daku
kerana ketidakhadiranku mungkin sedikit sebanyak menjejaskan tahap kelebaran senyumanmu.
Malah, aku dapat merasakan dirimu diselubungi jutaan tanda tanya kerana
ketidakhadiranku pada majlis mu itu.
Wahai Sahabatku _ _ _ _ _ _,
Ketahuilah bahawasanya tidak pernah sekelumit pon
terdetik dalam naluri ku ini untuk memboikot majlis mu. Namun, disebabkan
faktor daku ini orang bawahan, maka sesungguhnya daku tiada pilihan pabila
diberikan arahan oleh orang atasanku. Aku perlu memenuhi tuntutan kerja pabila
diriku harus ke _ _ _ _ _ _ & juga ke _ _ _ _ _ _ _ pada petang jumaat
hari dimana majlis nikahmu berlangsung. Aku pergi dengan perasaan bercampur
hiba pabila mengenangkan tidak dapat menyaksikan sendiri saat² indah dirimu
dinikahkan pada malam itu.
Sahabatku _ _ _ _ _ _,
Sekali lagi diri ini memohon maaf atas ketidakhadiranku
pada majlis mu itu. Daku tiada kuasa untuk menongkah arus pihak atasan mahupun
melanggar arahan sesuka hati.Sahabatku.. tiadalah apa yang dapat aku katakan
melainkan memohon kemaafan darimu. Aku kirimkan doa semoga dirimu &
Encik Suami terus cekal dengan dugaan² yang datang menggoyah dirimu. Aku doakan
juga semoga mahligai yang dibina kekal selamanya.Sahabatku,Aku hanya mahu kau
tahu bahawasanya, jiwa ku ini sebak tatkala kini sahabatku _ _ _ _ &
_ _ _ telah disunting menjadi permaisuri
hidup suami kalian. Aku masih begini. Tidak tahu lagi penghujung cintaku. Aku
hanya pasti dan aku tahu ia amat susah.Memerlukan pergorbanan yang sangat
tinggi juga memerlukan mujahadah yang sangat tidak berbelah bagi.Namun, aku
hanya yakin dengan satu ini:
"Bukankah KEKASIH kita Yang Abadi ada berpesan
didalam surah Ali-Imran ayat 200,Wahai orang-orang beriman,bersabarlah dan
kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada
Allah.."
Sebelum mengundur diri, Aku mohon kemaafan & doa
dari dirimu. Jodoh kalian telah termetri kini. Rusuk kiri yang dicari selama
ini, telah dijumpai. Semoga jodoh buatku juga bakal mengiringi.
Amin.Assalamualaikum.
Sahabatmu: Aku
Dalam berseloroh (bergurau) mintak maaf sebab dia tak
dapat nak p wedding member dia, ada mesej kat situ.. Kalo aku jadi Si B, masa
baca memula macam geram pon ada. Tapi bila membawak ke part hujung tu mula rasa
tacing sikit sebab Si A sendiri pon tak tau apa ending chenta dia.. Semoga
cepatlah jodoh beliau dan dipertemukan dengan insan baik, dan kekal selamanyalah hendaknya. Aminn =.='