*dalam perjalanan balik.. dia bukak cerita ---
"...memang masa tu aku rasa down gila.. bayangkanla sepatutnya aku dengan batch aku will persue study kat US bila kami setel 2 tahun kat sini.. tetiba malam last tu, prof bagi tau dalam dewan tu, program tu dibatalkan serta merta sebab kegawatan ekonomi.. and kami semua kena tunggu satu surat pemberitahuan.. surat tu nanti akan bagi tahu kat mana Uni bakal kami dihantar.. group yang sepatutnya dapat pegi US, lenyap camtu je..
"...memang masa tu aku rasa down gila.. bayangkanla sepatutnya aku dengan batch aku will persue study kat US bila kami setel 2 tahun kat sini.. tetiba malam last tu, prof bagi tau dalam dewan tu, program tu dibatalkan serta merta sebab kegawatan ekonomi.. and kami semua kena tunggu satu surat pemberitahuan.. surat tu nanti akan bagi tahu kat mana Uni bakal kami dihantar.. group yang sepatutnya dapat pegi US, lenyap camtu je..
masa tu aku rasa memang gelap arrr dunia aku.. dengan mak ayah aku takde kat sini.. hidup aku memang teruk masa tu.. masa dapat sambung kat **** tu aku just boleh pegi kelas ---- balik kelas.. camtu je la rutin aku.. memang aku tak penah skor tinggi.. 2.0 tak pon 2.1 je.. memang takat tu je la..
pastu tah camne, ada sorang student perempuan ni, Sarahani nama dia ---- dia kira budak usrah la.. tudung labuh.. sopan.. cantik.. dia sembang dengan aku.. Sarahani macam tahu² je aku memang down gila masa tu.. bagi semangat macam² kat aku.. pada hal memang tak pernah kenal pon.. macam² program usrah / islamik yang dia ajak aku join.. aku pon masa tu redha je.. aku ikut je join..
dan alhmdulillah, hidup aku berubah.. daripada hidup tunggang langgang, aku dah boleh tersenyum puas bila tiap kali azan subuh, aku tak lagi di atas katil dah ! aku mampu bagun dan bersujud pada waktu orang lain sedap meleleh air lior basi ! walaupon sebelumnya aku lah manusia yang akan tarik selimut semahunya..
akademik aku pon naik mencanak.. syukur Ya Rabbi!
akademik aku pon naik mencanak.. syukur Ya Rabbi!
group Sarahani yang aku join tu ada 1 misi --- jelajah bumi anbiya'.. program tu berlangsung 2 minggu kat tanah suci sana.. dan masa kat sana jugak, Sarahani menyuarakan rasa hati dia kat aku..waktu tu final semester dia.. aku memang terkedulah.. gile engko ! perempuan propose aku kot weyhhh ! pada aku, kalo aku silap buat keputusan memang sangat besarlah effect dia weyh !
waktu tu aku cuma terfikir satu je ---- dia dah final sem. pastu nanti dia dah bekerja.. sedangkan aku ? aku ada berbaki lagi 2 tahun.. walaupon umur kami sama.. tapi disebabkan aku masuk lewat, so lewat jugaklah aku akan habes.. dan Sarahani, aku terpaksa buat keputusan untuk menolak walaupon bukan itu kemahuanku..
tak habes kat situ cerita aku dengan Sarahani..
rupanya Ismail (kawan aku yang terlibat sama dalam program jelajah bumi anbiya' tu) ada hati kat Sarahani.. Ismail memang beragama --- kacak --- sopan --- tutur kata tersusun --- berilmu.. pada aku ismail memang perfect lah.. Ismail dan Sarahani nikah di Masjidilharam.. aku terpaksa kumpul kekuatan untuk hadap semua tu..
selesai 2 minggu kat sana, semua krew balik dengan rasa kepuasan yang penuh kegembiraan.. aku ? jangan tanyelah.. memang ada satu rasa perit yang tak dapat aku gambarkan camne..
tapi Alhamdulillah... perginya Sarahani, dia tinggalkan aku dengan "kecekalan"--
dan kecekalan itulah yang buat aku terus berdiri sebagaimana aku hari ini.
sangat betul lah frasa 'behind every successful man, there is a woman'
aku hanya mampu doakan Sarahani terus bahagia selamanya dengan Ismail.
Sarahani, ketahuilah bahawasanya kerana awaklah saya berjaya bangkit.. tiap kali ingat balik pasal ni, rasa nak menitik air mata.. seronok campur sedih --- "
*terima kaseh _ _ _ _ _ sebab tak sangka akan share pasal kisah hidop ni.. mesti besar hikmahnye.
*andai dah tertulis bukan jodoh untuk bersama, dah depan mata pon takkan mungkin bersatu. kan? :)