Sekuel kisah Bimbo aku tak berbunyi langsung 2-3 hari lepas. Konfemlah aku gelabah bila chobaan menghidupkan dia tak berjaya. Nasib baiklah jugak masa kejadian dia takmau hidup tu betul² kat parking rumah. Kalaulah kejadian tu kat perjalanan ke hape entahlah cemane pulak aku nak hadap agaknye.
Masa kejadian kereta aku : Persona tak boleh hidup haritu, ada beberapa langkah yang perlu dibuat. Terutamanya kalau engkorang jenis gegerl yang noob dalam hal-hal kereta (macam aku ni lah =P). Ada beberapa sebab kereta tak boleh hidup antaranya :
1.Check bateri
Kemungkinan bateri dah sampai jangka hayat perlu ditukar. Selalunya ada DUA JENIS bateri : jenis kering dan jenis air. Kalau yang jenis air kena selalu periksa. Biasanya kalau servis setiap 5000KM tu periksa air dia cukup ke tak. Bagi bateri yang berusia 2-3 tahun ke atas kena keraplah periksa. Kalau bateri yang jenis kering pulak (free maintenance), periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau masih ok, warna dia hijau. Kalau ada cincin hitam tu dah mula lemah dan kalau hitam, memang dah sampai masa untuk tukar.Bimbo aku guna bateri kering (selalunya jangka hayat dalam 2 tahun lebih kurang perlu ditukar)
Jangan biarkan kereta hidup dalam jangkamasa yang lama kalau takde sesiapa yang memandu. Pastikan lampu kereta dipadam selepas guna. Apa yang perlu kita buat kalau bateri lemah dan kereta tak boleh hidup? Boleh guna cara 'jump start' sambung dengan bateri kereta yang lain. Kalau tak dapat start juga, memang kena beli bateri baru teruslah (ini kena mintak kepastian daripada mekanik yang kita percayalah)
Jadi apa yang membuatkan
bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu
jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas
bateri tu rosak.
Bateri yang dah padam habis
sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu langsung dah tak menyala tu
dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain.Jadi penyelesaiannya? Kena la
bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik
tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa
memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin
takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak
la tu! Jadi lupakanlah bateri tu dan pergi tukar alternator baru.
Untuk kereta manual? (kes
Bimbo aku ni manual lah) Takyah tukar bateri. Masuk gear 2, tekan clutch dan
mintak la sape² tolong tolak, agak² dah berjalan sikit tu lepas clutch dan
enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang
sia² je.
Nak jump start pulak
hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene
letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal
negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri
yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut
meletup bateri tu.
Satu lagi, kalau bukak
bonet je tengok betul²ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene
curi tak?
Kalau panel meter menyala
tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade bunyi "tik tik tik
tik" tu pun menandakan bateri lemah.
*Abah aku tak galakkan aku guna bateri basah sebabnye aku ni konfem takkan reti nak jaga maintenance bateri tu karang =P
2.Minyak Petrol
Ini pun boleh jadi faktor kereta tak boleh hidup. Kemungkinan minyak habis atau pun minyak tak sampai atau tersumbat.Pam petrol kereta atau 'oil filter' mungkin bermasalah dan menyebabkan minyak tak sampai ke bahagian komponen² dalam kereta.
3.Starter Problem
Starter ni digunakan untuk menghidupkan enjin dan jika kereta rosak memang tak dapat hidup. Starter yang rosak akan menghasilkan bunyi seperti geseran besi bila dihidupkan. Kalau ada dengar bunyi yang lain dari kebiasaan masa menghidupkan enjin, berkemungkinan starter kereta tu dah mula haus dan perlu ditukar sebelum dia terus tak boleh hidup langsung.
4.Spark Plug dan Ignition Coil Rosak
Ahah! Yang ini antara
petanda benda ni rosak, pick up kereta mula tak memuaskan. susah nak hidup dan
semput-semput, kereta terasa berat dan perlahan walaupun dah tekan habis rapat
ke dinding dah pedal minyak tu. Fungsi spark plug ni sebagai pencucuh untuk memulakan
pembakaran (ignite) kereta kita. Kalau rosak biasanya memang kena beli baru
sebab rasanya memang takde orang yang membaiki Spark Plug ni. Buatlah cemana
pun memang konfem kereta takkan mau hidup kalau spark plug tu rosak walaupun
guna cara jump start. Ignition Coil rosak lebih kurang sama kesan dan petanda
dengan kerosakan Spark Plug.
5.Steering Lock dan Gear Level
Yang ni tak mungkinlah
dalam kes Bimbo aku, sebabnye beliau kategori MANUAL. Pernah jugak terjadi kes
kereta takleh hidup pastu punye la panik! (terutamanya gegerl yang noob lah
citernye) Tapi bile sedar tengok gear tu kat D lah, kat R lah, kat 2 atau L.
Memang lah tak hidup dek non. Untuk kereta jenis automatik, kena pastikan gear
level tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan hehehe
6.ECU Bermasalah
ECU ni adalah komputer atau
otak kereta. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor pastu
menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. Kalau ECU tu yang rosak
cepat-cepat hantar baiki. Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu
dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan
board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh
beli ECU baru je dan kos dia memang Allahuakbar nak telan ayaq lioq pon boleh
tercekik wo hehehe.
Sumber : KakiPromo | Konmeiinstitution
Dan kalau dah mintak tolong mekanik yang kita percaya untuk tolong check apa masalah berkenaan macam yang kat atas tadi tu, masih jugak kereta tak boleh hidup (ataupun mekanik tu sendiri pun dah pening dan redha sebab tak mampu nak dapat kesan apa punca sebenar masalah kereta kita tu takmau hidup jugak), cara terakhir adalah kena tahu kereta kita tu under insurance apa (untuk minta bantuan towing).
Dalam kes Bimbo, dia under ETIQA Insurance & Takaful . Jadinya, lepas dah tak dapat jugak kenalpasti apa masalah dia takmau hidup tu, aku terus je call Etiqa Oneline:
Nombor telefon ETIQA ONELINE :
1 300 13 8888 (untuk kerosakan dalam Malaysia sahaja)
Kalau under insurance lain, engkorang kena dapatkan nombor untuk call pihak berkenaanlah. Dalam kes Bimbo, aku call je Etiqa pastu pihak diorang akan dapatkan beberapa butiran penting dan bila dah buat semakan dan pengesahan barulah akan hantar pihak towing ke lokasi kat mana kereta kita tersadai tu.
Dalam kes Bimbo, kereta aku tersadai kat parking rumah aku sendiri dan dalam kawasan kampung yang agak jauh dari pekan. (Jadi kita kena alert dan make sure sentiasa dapat latest updates dengan pihak insurance dan jugak pihak towing).
Under Etiqa Insurance, bayaran untuk towing adalah :
50KM pertama (PERCUMA)
selebihnya akan dikenakan RM3.00 per 1KM
Total bayaran untuk towing Bimbo : PERCUMA (jarak rumah aku untuk sampai ke Proton Service terdekat di Pekan Bidor adalah lebih kurang 45KM camtu. Jadi FREE ajelah part towing. Phewwww lega jugak kat situ.
Bila dah selamat sampai je kat Proton Service tu, Bimbo pon dimasukkan ke ICU dan mengadaplah sesi 'bedah siasat' kat situ sampailah dapat tawu apa masalahnye. Bermalam jugaklah Bimbo kat situ sebabnya waktu sampai kat service center tu dah jam 4.00 petang.
Esoknye lepas selesai orang solat Jumaat, pihak Proton Service tu pon call dan inform Bimbo dah berjaya dibaikpulih dan sihat sepenuhnya. Ok lega dengar bila dah ok. Cumanya nak mendengar part 'bayaran' tu yang berdebar. Rasa macam nak tekeluar jantung aku.
Jadinya, apa masalah Bimbo aku tu sebenarnye?
Sudahnye, tudia charge yang aku kena bayar :
- Diagnostic Test RM63.60
- Labour Change S/Cam Cover RM31.80
- Seal Cam Cover RM51.13
- Spark Plug RM40.28
- Total (Include GST) RM186.80
Owhhhh rupanya Bimbo aku tu masuk kategori 'Spark Plug Bermasalah'.
Berangkatlah
aku ke Proton Service tu naik motor dengan Abah aku. (Betapa panasnye kena
bahang matahari yang panas terik gila waktu sekarang). Terus masa tu kepala
hotak aku terbayanglah cemana rasa mak dan abah aku balik kampung naik motor masa
kematian Nenek aku aritu sobssss sobssss :(
Itu
sahajalah charge yang aku perlu bayar untuk 'sakit' Bimbo buat masa ni. Dan
nasib baik jugak bukan melibatkan ECU bermasalah. Kalau yang tu yang problem,
aku sempatlah jugak tanya kat tauke Proton Service tu, lebih kurang 5-6
ratuslah katanya. Adehhh mak aihhh.
Syukur
Alhamdulillah Bimbo dah kembali 'bernyawa'. Barulah lega. Kalau tidak tido
malam pon tak lena punya dok pikiaq pasal dia sesaja =P