Juadah Itik Masak Lemak Cili Api

05 June 12 Comments

 

Orang lain bersesak dalam jemmm sempena Cuti YDPA baru-baru ni.

Aku bersesak di dapur saja memandangkan adik beradik balik berkumpul hehe.

Ayah si Adik Kakak peminat daging itik.

Dibelinya itik 2 ekor dan request minta buat salai masak lemak cili api.

Kami yang lain kurang pandai makan daging itik.

Kalau telur itik pandailah makan hehehe


Jala Brownies Coklat

04 June 9 Comments

Hari Jumaat memang selalunya jadi pilihan Bong bawa sesuatu menu untuk rakan sekerja dia.
Dan selalunya Bong yang bagi menu apa yang dia nak bawa.
Ada masa Bong bagitahu awal dan dapatlah sediakan bahan yang sebaiknya.
Kalau Bong terlambat bagi menu, jadi Bong redho apa saja menu yang muncul hehehe
Alhamdulillah Jumaat minggu lepas, dapat sediakan Roti Jala Brownies Coklat.
Dapatlah Bong bawa 2 box untuk kongsi rezeki dengan kawan-kawan dia.Kawan Bong tanya nanti kakak kau open order tak sebab nak order.Bergantunglah andai waktu tu ada kelapangan, inshaAllah kita terima order hehe

********************************************************

Macam biasa masih lagi teruskan tugasan menyediakan bekal untuk Bong setiap hari.

Bong masih lagi kekalkan momentum untuk menjaga kalori pengambilan makanan.


Menu Bekal Bong setiap hari wajib ada dada ayam, sayur dan buah-buahan.

Bong lebih suka menu wrap atau sandwich sebab lebih mudah cepat untuk makan.

Maklumlah tempat kerja memang mengejar waktu dan terhad waktu rehatnya.

Tak boleh nak berleha-leha waktu rehat.



Jimbaria Rumah Opah

04 June 5 Comments


Cuti sekolah datang lagi dan bermakna masa untuk berjimba ria di rumah opah!
Adik & Kakak memang paling seronok balik kampung sebab boleh berendam.
Kolam sekangkang kera aje yang ada ye sebab pocket Acik Ana belum cukup tebal hehe


 Ayah si adik kakak request nak makan nasi tomato. 

Memang seronok sangat bila ada yang minta menu jenis macam ni.

Semua lengkap dalam satu hidangan. 

Senang kerja tak perlu bersilat lama di dapur tu hehehe


Jalan Cuti Sekolah

04 June 6 Comments

 


Cuti sekolah memang sinonim dengan pelbagai majlis keramaian terutamanya kenduri kahwin.

Majlis Walimatul'urus anak Mak Lang aku (Adik kepada Abah) di Bagan Serai Perak.

TIGA pasangan pengantin jalan sekali.

Anak-anak Mak Lang aku yang bertiga ni memang ke mana-mana bertiga.

Jarak umur diorang hanya beza 2 tahun sorang & sebab tu mereka rapat bertiga.

Dan memang dah lama diorang plan untuk Walimatul'urus tarikh yang sama.

Buat majlis serentak tiga terus lebih memudahkan urusan Ibu katanya.

Yelah kalau nak buat asing, nanti kesian ibu nak kena hadap & urus tiga majlis berbeza.

Syukur selesai semua dengan lancar walau dalam cuaca yang panas betul.


Selesai saja di majlis walimatul'urus sepupu bertiga, kami singgah di Gerai Non Bihun Sup.
Pelbagai jenis sup ada dan aku pilih kue teow sup ayam.

Makan sup di gerai tepian sawah padi ditemani angin menderu di kala tengah panas,
ditambah pula dengan semangkuk ABC dan Cendol fuhhhhh~



Makanan Vendor Tiga Ringgit

21 May 19 Comments

 






Dengan zaman sekarang yang semakin kerassssssss,
sangat bersyukur bila ada jualan makanan yang berharga 3 ringgit.

Portion sangat sesuai untuk jenis tangki kecil.
Setiap jenis makanan berharga hanya 3 ringgit.
Beli tiga jenis baru sembilan ringgit.
Moga peniaga yang niaga begini terus diberi kesihatan yang baik.
Dan dilimpahkan rezeki seluas-luasnya aminnnn

Mari Join Giveaway Dari Kotak Ayu

21 May 11 Comments

 



Sempena birthday anak sis Syazni Rahim  (SR) awal Mei, SR nak berkongsi rezeki dengan pembaca blog beliau. Jom meriahkan sama-sama!


Syarat-syarat Giveaway Kotak Dari Ayu!  adalah:

1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com

2. Buat 1 post di blog/media social tuan/puan bertajuk Giveaway Kotak Dari Ayu! 

3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2). 

4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini

5. Boleh join dari semua platform yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).

6. Beralamat di Malaysia.


Menambah Baik Shoutbox Foot Print

20 May 11 Comments

 



Terima kasih sahabat-sahabat yang selalu singgah & tinggal komen.
Dan ada juga sahabat yang singgah tapi tak tinggal komen,
hanya nak tinggal jejak di ruangan shoutbox sahaja.

Shoutbox asal pada mulanya dulu aku letak pada bahagian "Foot Print"
Tapi semenjak kebelakangan ni, kerap kali Foot Print tu invisible.
Jadi ada sahabat yang nak tinggal jejak disitu tak boleh nak tinggal jejak.


Disebabkan Foot Print selalu hilang dari radar,
kini kita upgred dia menjadi Thumb Print & duduk bahagian atas.

Moga dapat beri peluang pada sahabat yang nak tinggal jejak, 
boleh gunakan ruangan Thumb Print yang baru ni.


Merasa Kek Tapak Kuda

17 May 19 Comments

 



Kek Tapak Kuda sudah beberapa bulan lalu lalang iklannya.
Disebabkan semalam taukey kek buat jualan dengan harga istimewa,
haruslah kita support local bakers hehehe

Sempena dengan Hari Guru, mereka buat Kek Tapak Kuda Saiz Mini.
Ada beberapa variasi dan aku pilih Coklat Matcha Crunchy dengan harga 6 Ringgit.
Sedap juga filling matcha crunchy kombinasi dengan coklat.
Tapi tak boleh makan banyak. Jadilah buat ghaso-ghaso hehehe

Menu Bekal Bong Lagi

16 May 10 Comments

Menu Bekal Bong diteruskan dengan empat lagi menu atas pemintaan Bong. 

Tiga Menu siri pertama haritu permintaan Bong juga.


MENU BEKAL BONG DAY 4 : GRILL CHICKEN WRAP WITH SRIRACHA,KEWPIE MAYO SOS



MENU BEKAL BONG DAY 5 : MASHED POTATO GRAVY SOS WITH CORN



MENU BEKAL BONG DAY 6 : GRILL CHICKEN CHEESE SANDWICH



MENU BEKAL BONG DAY 7 : BROWN RICE + GRILL SPICY POTATO + SCRAMBLED EGG

Antara tujuh menu untuk diet journey Bong.
Kakak cuba turuti apa saja permintaan.
Yang penting bila pulang, bekal musti licin kosong.
Kalau tak kosong, no more menu tomorrow hehehe

Merasa Satey Minang

16 May 12 Comments

 



Satey Minang atau ada juga yang sebut Satey Padang.
Bong beli masa dia balik dari kerja semalam.

Bong sekarang dalam tempoh 'berpantang' sebab sedang usaha kurangkan gula putih & nasi putih.
Jadi Bong belikan Satey Minang ni untuk kami ahli jemaah dalam rumah & Bong rasa 1 cucuk je hehe

Pertama kali merasa Satey Minang ni.
Dibungkus dalam daun pisang bersama nasi impit beserta kuah dan sedikit bawang goreng.

Unik juga sebab selalunya makan satey di Malaysia,kebanyakan kuahnya asingkan hehe.
Sedap juga kuah Satey Minang lengkap dengan pelbagai rasa masin manis pedassss.
Kalau tak pedas, bukan Minang lah kan? hehehe