Jangan Ambil Barang Orang

09 July 11 Comments

 



Kes berkenaan dua orang kanak-kanak berbuih mulut kerana termakan racun tikus.

Racun Tikus tu diletak & dicampur dengan keropok.

Keropok tu pulak digantung di pagar-pagar kawasan kebun rumah jiran tu.

Dua kanak-kanak tu ternampak keropok tu & ambil makan.

Berbuih mulut disebabkan termakan keropok yang dicampur racun tikus tu.

Sekarang ni Atok kepada kanak-kanak tu berkeras untuk saman jiran tu.

Entahlah nak salahkan jiran pun tak boleh, sebab kejadian tu berlaku dalam kawasan kebun hak dia.

Bukannya dia saja-saja bagi keropok tu pada kanak-kanak tu.

Naya jugaklah hal ni jadi kes polis sebab dah mengancam nyawa.

Silap haribulan nanti ibu bapa kanak-kanak yang dituduh cuai / pengabaian kanak-kanak.

Moga dipermudahkan urusan kedua-dua pihak.



Jodoh Awal Muharram

09 July 9 Comments

 


Menghadiri jemputan Walimatul'urus Sis Efa sahabat ex schoolmate di Selatan Perak.
Cantik dengan busana biru lembut, Sis Efa selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.
Moga Sis Efa diberi kesabaran, kebahagiaan & kekal hingga jannah aminn~


Dan kemudian mengahadiri satu lagi jemputan Sis Sahariza & En.Syed.

Moga rumahtangga yang dibina kekal hingga jannah.


Juadah kenduri macam biasa ada ayam masak merah, gulai daging & nenas ikan masin.

Ada juga laksa pelbagai kuih muih yang lain, tapi aku tak ambil sebab tangki kecik hehe




Jalan Fun Walk Felda

07 July 11 Comments

 






Harini 07.07.2024 diadakan Program Fun Walk 5KM sempena dengan Sambutan Hari Peneroka yang diadakan pada 07 Julai pada setiap tahun.

Fun Walk 5KM 07.07 ini berlangsung serentak di Felda masing-masing dan menjadi 1 pencapaian dalam Malaysia Book Of Record. 

Program bermula seawal jam 6.45 pagi semua peserta berkumpul di perkarangan kawasan masjid dan bergerak ke arah Dewan Semaibakti untuk dimulakan dengan sesi warmimg up.

Aku dan rakan-rakan lain terlibat sama pada sesi label laluan, pembelian & packaging hadiah untuk sesi cabutan bertuah dan juga dekorasi.

Program Fun Walk Felda ini adalah pertama kali diadakan selama setelah hampir 40-50 tahun pembukaan Tanah Rancangan Felda oleh ayahanda kepada Dato Najib iaitu Tun Abdul Razak.

Ramai generasi muda dpaat turut serta disebabkan diadakan pada hari Ahad (cuti umum sempena Awal Muharram pada negeri-negeri tertentu) dan esok sambung cuti ganti hehehe


Jala Pandan Wadai Kipeng

05 July 9 Comments

 



Orang Banjar sebut Wadai Kipeng (sebab berkeping-keping kot).
Wadai Kipeng ni makanan orang-orang lama kaum Banjar terutamanya.
Selalunya orang dulu-dulu makan Wadai Kipeng ni waktu ada majlis macam kenduri kahwin.
Dimakan dengan roti putih di carik-carik dan cicah ke dalam kuah Wadai Kipeng tu.

Tapi zaman sekarang dah upgred sikit.
Abah & Mak memang tiap kali ada musim durian, mesti akan request Roti Jala.
Haritu Abah request nak makan Roti Jala Klasik Kuning Diraja makan dengan serawa durian.
Kalini Mak request nak makan Roti Jala Pandan dengan Wadai Kipeng.

Aku dah pernah kongsikan Resepi Wadai Kipeng dulu.
Dan disebabkan dulu Sis Anies kata kaler hijo dari KL boleh nampak,
kalini kita kurangkan sikit warna hijo tu, kita guna pure pati daun pandan je hehe.

Orang KL tak nampak sgt kan? hahahaha

Kita berbagi kat MakLang sebelah rumah.
Dengan MakSu sebelah rumah & Makcik Busu rumah sebelah sinun.
Nanti ada rezeki pannjang umur, kita bagi sahabat blog rasa hehehe


Jejari Wanita

05 July 10 Comments


Betul tak ini jejari wanita (Ladie's Fingers) ? hehehe

Ada certain country sebut sebagai Okra kan? 

Alah orang Jowo ngomong Brendy eh Bendi hehehe

Resepi Bendi Celur Ala Chicken Rice Shop.

Celur sekejap kemudian terus angkat masuk air ais sekejap.

Toskan dan chop kan bawang putih & udang kering.

Tumiskan garing dan masukkan cili paste untuk tumis.

Atau gantikan dengan chili flakes pun boleh juga.

Masuk kicap cair sikit & lepas garing siramkan atas jejari wanita itu.

Semudah ABCDE sajo kan? Menu bermalasan namanya hehehe

Helok untuk lutut katanya jejari wanita yiniiii (pelincir lutut).

 

Jem Remote Rosak

04 July 8 Comments

 



Alkisahnya remote control Astro / Njoi untuk TV Abah buat hal.
Kita yang kategori muda remaja ni tak kisah sangat kalau tak tengok tv.
Tapi untuk warga senior macam Abah & Mak, masih kekal dengan TV.
Terutamanya nak tengok berita & hal-hal berkaitan dokumentari yang dia minat.

Masa aku balik kerja 2 hari lepas, Abah mengadu bagitawu remote tu problem.
Mulanya aku hairan juga kenapa Abah tak tengok TV masa petang tu.
Sebab selalunya tiap kali jam 5.00 - 6.00 mesti Abah tengok berita terkini waktu tu.

Rupanya Mak bagitawu remote TV Abah hang buat hal.
Lepas Abah tekan button slow volume, pastu nak tekan kuatkan volume, terus tak boleh dah.
TV jadi bisu. Abah tekan tekan tekan takda jadi apa-apa.
Abah cuba tepuk-tepuk pun sama tak jadi apa-apa.
Abah ganti bateri baru, pun sama tak jadi apa-apa jugak.

Aku kata cuba Mak pinjam remote MakLang sebelah rumah.
Nasib baik selalu berbagi rezeki dengan MakLang kan?
Jadi tak malu sangat nak pinjam remote hehehe
Bila pinjam remote Maklang, tadaaaa boleh on semula suara TV Abah.
Jadi memang sah button on off volume remote Abah tu rosak.

Aku pun tak buang masa terus orderkan yang baru.
Selang 2-3 hari, remote untuk Abah dah sampai.
Yeayyyyy barulah kembali berseri Abah dapat tengok TV guna remote baru hehehe



Jadi Mee Sizzling

04 July 10 Comments

 


Permintaan si Bong sebab lapar katanya lepas balik kerja malam semalam.

Bong memang macam tu. Lebih suka makan di rumah daripada beli di kedai.

Bahan-bahan tak berapa lengkap, campak-campak guna saja apa yang ada.

Sayuran hijau takda macam tak lengkap lah Bong.

Tapi Bong bedal laju je licin.

Bong bagi 5 out of 5 star walaupun takda sayur tapi rasa lagi umpphh katanya.

Entahlah si Bong ni saja nak ambil hati ataupun memang sebab dia lapar hahaha


Jemput Jemput Kentang

03 July 15 Comments

 


Ini bukan jemput-jemput. Ini namanya Begedil.

Kalau jemput-jemput besar yiniiii boleh tercekik dik! hehehe

Topup stock begedil untuk si Bong.

Kadang-kadang tekak jemu makan lauk ayam,ikan,daging.

Jadi goreng begedil dan makan saja dengan kuah sup dan sambal.

Yang tu pun menambah-nambah nasi hehehe



Jom Buat Kerepek Sukun

03 July 11 Comments


 


Masa Abah ke market pagi semalam, Abah terjumpa orang berjualan buah sukun.
Buah Sukun ni pun salah satu buah yang sukar nak jumpa di kawasan Ana ni.
Jarang-jarang sekali nak dapat bertemu dengan buah ni.

Beberapa tahun lepas ada sepokok sukun di belakang rumah Mak Lang jiran sebelah.
Tapi terpaksa ditebang waktu nak besarkan kawasan bilik air di belakang.
Jadi dah tinggal kenangan saja pokok sukun di rumah Mak Lang.

Ini permintaan si Bong lah nak makan kerepek sukun katanya.
Mak kata buat cucur sukun sajalah lebih mudah kerja.
Tapi macam biasalah tekak seorang Bong taknak.
Nak kerepek sukun lagi sedap katanya.

Demi memenuhi permintaan si Bong, gigihlah seorang kakak bersilat selepas balik kerja.
Nak selesaikan mengupas & menghiris nipis-nipis 3 biji sukun boleh tahan jugalah.
Berpeluh ketiak demi sesuap kerepek sukun.

Bukan taknak guna alat penyagat tu supaya lebih nipis, tapi dia buat hal.
Biasalah bila kita nak guna, waktu tu lah kejadian macam-macam.

Jadi kita hiris sajalah guna tenaga yang ada.
Tung tang tung tang, bersilat hadap api dapur,
Siaplahhhh kejadian kerepek sukun rangup.
Puas hati dapat juga 2 balang tinggi hehehe