Short Trip Penang | Part 2
anamizu
07 September
14 Comments
sambungan pada Short Trip Penang Part 1 sebelum ni, lepas setel have fun kat atas Bukit Bendera tu, kami p ke Padang Kota Lama pulak.. entrance fee cuma RM3 untuk adult dan RM2 untuk kanak-kanak.. bukak sepanjang Isnin sampai Sabtu dari 9 pagi sampai 6 petang.. kat situ pon menarik jugak bagi aku sebab banyak peninggalan sejarah macam sculpture Francis Light, Meriam Sri Rambai, ada replika British Campsite, pastu ada jugak peninggalan chapel lama..
pintu gerbang yang ada kat dataran Padang Kota Lama.. aku suka seni bina dia yang dikekalkan tu sebab cantik.. kalo jalan kaki amek angin tepi laut ni dengan marka memang tak terasa la luas dia.. hangat bercinta la katakan -- kentut pon wangi kan ? hahaha
ini la yang aku kata replika British Campsite.. memang sempoi.. rasa macam best je kalo camping dok dalam khemah bentuk segitiga tu hehehe
haaa yang ni pulak meriam Seri Rambai... menarik jugak kisah pasal meriam ni.. kalo nak tawu lebih, kena p explore sendiri lah hehehe
dah penat round esplanade Padang Kota tu, masa untuk explore bahagian tempat makan pulak.. kat area Padang Kota Lama ni ada dua bahagian foodcourt -- satu yang baru dan satu lagi yang lama.. kami pilih untuk explore kat yang lama sebab dengar orang cerita pasal mee sotong Hamid kemain sedap tak tau nak kata lagi dah.. jalan punya jalan, jumpak jugak akhirnya kedai yang dicari..
mee goreng dia memang mamak style lah kan sebab kat Penang.. nampak kaler merah menyala tu? haaaa tudia la.. aku dah la jenis tak berapa tahan pedas, sekali dapat haaaa amek hang.. sipbekla order dengan coconut shake dia -- buleh gak la cover pedas tu.. makan pulak time panas bedesing perrhhhhhh memang heaven lah baq hang ! kehkehkeh
setel je melantak mee sotong yang maha pedas ittewwww, kami pon gerak ke destinasi seterusnya.. kat mana? jeng jeng jeng nanti aku story lagi hehehe