Joshua Joyce | Transformers Age of Extinction

adik aku (Pian) balik cuti minggu ni dan macam biasa bila dia balik cuti, dia memang akan ada few movies terbaru yang dia sedut dari web mana tah. aku tukang request je hehe memandangkan aku ni kakak dia yang kurengg minat nak p ke panggung, maka aku akan mintak dia tolong donloadkan apa-apa movie yang aku rasa teringin nak tengok. kalini aku request nak tengok Transformers baru kuar haritu. Tapi Pian cakap belom ada lagi yang HD sebab baru sangat lagi citer tu.. macam biasalah sebab aku degil nak jugak so Pian donloadkan jugaklah cumanya memang gambar tak HD tapi yang penting aku dapat tengok clear dari mula sampai habes.
Transformers yang sebelum ni pon aku tak p tengok kat panggung.. semuanya Pian yang tolong sedutkan.. mulanya dulu aku tak faham jugak apa la yang bes sangat tengok citer robot transformers ni.. aku pernah argue masa Pian tekun dok pulun tengok transformers dulu :

aku : hek elehh apa benda la hang dok pulun sangat tengok robot tu?
pian : hang tengok sendiri la kak dari mula. nanti hang sendiri dapat jawapan.

start dari situ aku nekad untuk movie marathon tengok sampai habes (masa tu baru kuar Transformers 1 dengan yang ke 2) Bila aku dah tengok sendiri, fuhhh buleh tahan. aku sendiri tengok tak beganjak dari mula sampai habes.. aku tak tau nak kata faktor dia apa tapi bila tengok semangat Optimus Prime tu sendiri jadi  leader, pastu tahap setia plus friendship antara autobots sendiri dan jugak loyal antara manusia dengan robot tu pun fuhhh tak taulah nak kata.. orang yang rasa je yang tau apa aku nak kata ni..

 Joshua Joyce is part of what's going on

pastu skang ni dah kuar plak Transformers Age of Extinction (siri Transformers yang ke 4 dah ni), perhhh lagi padu ! kalo yang sebelum ni cuma sejam setengah lebih kurang tapi yang ke 4 ni dibantai dekat 3 jam kalo aku tak silap. haaa kalo p tengok dalam panggung memang kematu la bontot hahaha

Line up hero kali ni aku lagi suka dari yang sebelum ni si Sam Witwickie ke hape entah nama budak tu.. kalini Mark Wahlberg(Cade Yeager) plak hero.. fizikal dia pon memang sesuai sangatla jadi hero! Autobots siap buleh geng dengan Dinobots..baru la padan nak fight dengan Army of Decepticons yang selalu kuat and liat nak mati tu.. plus dah ada robot baru plak Galvatron and Stinger.. tunggu next series plak bakal muncul.. Rawwrr !


12 comments:

  1. Transformers Age of Extinction memang terbaik. Suka lakonan Mark Walhberg. Lagi satu suka dengan Dinobots. Filem kali ni ada banyak aksi dan humor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol3 ! sy suka Mark Walhberg jd hero.
      mmg terbaek sgtlah lakonan dia..
      Dinobots pon stylo habes :)

      Delete
  2. pelik jugak kenapa org suka sgt tgk transformers ni tapi tuari tgk yg transformers 3 cambest lak. hehe. padahal yg 1 n 2 tgk cmtu2 je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula sy pon dok heran pasaipa tah org minat sgt.
      tp bila dah tgk sendiri ha tudiaaaa hamekaw hehe

      Delete
  3. Zumal pun suka kisah Transformers nie... Terbaik :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak yg suka hehe :)

      Delete
  4. Transformers 4 tu aku tgk dkat wayang...
    mmg terasa lama dia...hehehe
    Tp siri kali ni terlalu byk product placement arr...sakit sikit mata tgk...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh besla cEro tgk kat wayang ! hehe
      haah tu la byk sgt placement pun aduiii hehe

      Delete
  5. kena layan dr mula ekk cite ni..masalahnya takde masa,sibuk kot..en suami ngan aiman siap pi wayang tgok cite ni..dok ajak sy tak kuasa la dengan anak kecik masuk panggung dah tu tgok robot ja mana layan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo tak layan dari mula mcm x berapa bes la kot nk tgk hehe.. tp tu la PK kalo ada anak kecik mmg leceh la kan nk dok dlm panggung lama2 mesti depa cemuih hehe

      Delete