Jom Infaq | Maksud Infaq?

ini kesah hari terakhir bekerja sebelum ofis ditutup secara rasminya sempena cuti raya aidilfitri.. aku on duty sorang-sorang je lah harini sebabnya partner aku dah gerak balik ke sungai petani lebih kurang 8.15 pagi katanya pastu dalam jam 10 pagi lebih kurang aku tanya lah sampai kat mana dah -- dia kata baru sampai area jelapang (ipoh) je. selalunya waktu bukan musim raya kalo 2 jam perjalanan tu dah boleh sampai area taiping dah.. jemmm merata phewww  =P

harini sipbek half day je.. tu pon sebab nak setelkan submit monthly report segala. kalo ikotkan hati memang malas la nak datang kerja, tambah pulak partner pon dah cuti.. tapi memikirkan tanggungjawab, gagahkan jugakla datang hehehe

setel submit report segala -- jam pun dah dekat pukul 1 tengah hari -- dah kemas-kemas semua tetiba datang pulak sorang brader ni.. aku memang kenal dia. sebelum ni dia memang selalu datang guna perkhidmatan kat ofis aku tu tapi semenjak dia dah kawen dan pindah duduk johor, dia dah jarang la datang.. rupanya dia datang nak mintak derma / sumbangan untuk buat surau di kawasan taman perumahan yang dia duduk skang di johor tu..
mulanya aku macam was-was nak bagi sebab jumlah pemberian tu dah ditetapkan sebanyak yang tertulis kat kupon tu.. tapi bila fikir balik -- takpelah die nak tipu ke atau nak jujur ke itu antara dia dengan pencipta.. yang penting niat kita ikhlas untuk bagi.. memandangkan aku pon dah nak tutup kedai, kami pon takdela sembang lama -- aku bagi sumbangan -- dia bagi keratan tu -- pastu kami pon balik.

sepanjang perjalanan tu aku dok terfikir jugak ape maksud INFAQ ni ea sebenarnye.. kerap jugak ada dengar kat iklan tv / radio pasal infaq ni.. balik tu bila aku google owwhhhh ini maksudnye :

"infaq mempunyai makna menafkahkan atau membelanjakan harta yang kita miliki. terutama untuk kepentingan agama atau memberikan harta ke jalan Allah..."

sumber : gusharton 

owhh camtu rupanya maksud infaq ni.. maklumlah sekarang ni banyak penggunaan perkataan atau term dari bahasa arab rasanya macam iftar, suhoor, dai'e dan tak lupa infaq ni jugak..


29 comments:

  1. semoga bahagian yg diinfakkan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  2. Oh baru tahu. Thanks for that info. Lebih kurang mcm menderma dan zakat la ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Amar. Ana pon baru je tahu.lebih kurang camtu lah gamaknye Amar.

      Delete
  3. Nak lebih keberkatan berinfaq dengan barang yang kita sayang. Salam Aidilfitri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betoi tu CP. "berilah brg yg paling kita syg"

      Delete
  4. Dah lama tak dengar perkataan infaq lepas sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa sekolah dulu tak pernah dgr perkataan ni hehe

      Delete
  5. Oh. .. itu ke maksudnya... teman baru je tahu... terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah gitu la maksudnye. sesame. teman pon baru je tawu nye.

      Delete
  6. Mula2 tahu maksud infaq ni masa sekolah menengah dulu.
    Selalu dengar ayat ni "infakkan harta di jalan yg benar"

    Selamat hari raya sis. :D

    ReplyDelete
  7. Ingat lagi masa sekolah dulu ada belajar perkataan infaq ni...
    Dapat ke mulut budak2 jahat, terus jadi mencarut...
    Tak baik betul aku zaman sekolah dulu...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. weyhh cEro maksud hang infaq tu
      jadi dafuq ke hapa weyh????

      haiyo tak baek taww hehehe

      Delete
  8. SS cuma tahu perkataan 'rendang' 'ketupat' 'lemang' je buat masa ni... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu top three words dlm minggu nih kehkehkeh

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak ye Zumal :)

      Delete
  10. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)
    Moga Allah kira apa yg telah di infaq kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin jugak :)
      inshaAllah moga2 Allah kira apa yg telah diinfaqkan :)

      Delete
  11. Replies
    1. Terima kaseh. smoga bermanfaat bersama :)

      Delete
  12. tak nak infaq duit raya dekat sini ke? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje salahnye HJ. tapi syaratnye kena umor bawah 12 tahun. haha

      Delete
  13. ha tu la. takpala tak kesahlah.
    aslkan ikhlas kita bagi :)

    ReplyDelete
  14. tu la kan..klu nak tipu tu antara dia dengan Allah

    ReplyDelete