Nan Roti Atau Pizza Mini?
anamizu
24 November
31 Comments
Selesai program tahunan Expert Workshop (EW) bagi site aku di Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak pada 24 November 2014 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. EW ni adalah annual program anjuran Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) dimana seorang pakar (expert) diundang khas untuk memberi tunjuk ajar secara PERCUMA kepada 30 orang peserta sahaja. Program EW ni merupakan salah satu program wajib bagi setiap Pi1M di bawah kendalian Packet One Networks.
EW yang sebelum-sebelum ni antaranya berkenaan EW Solekan & Andaman (Basic Make Up & Grooming | Women), EW Gubahan Hantaran Bunga Hidup dan jugak EW Basic Photography & Photo Editing).. Dan untuk siri ke empat tahun ini adalah EW Roti & Pizza..
Kalo tiga siri sebelum ni semuanya bukan edisi 'makanan', maka kalini kamiorang decide untuk amek expert yang boleh buat edisi makan-makan pulak.. Tu yang terhasilnye EW roti & pizza ni haaa.. Bukan ape disamping dapat belajar (siap demo dapat uli sendiri), peserta jugak dapat bawak balik hasil roti & pizza yang dah siap dibakar tu..
Dah la dapat ilmu FREE pastu siap dapat tapaw bawak balik roti yang gebu gebasssss gitu ha.. Bukan sebijik / sepotong je.. Berbijik-bijik dan berpotong-potong dapat setiap seorang.. Puan Siti Fairus jugak seorang yang tak lokek dengan bahan-bahan dan ilmu.. Tu yang semua pakat senyum lebarrrr dapat tapaw roti bawak balik hehehe
Ekceli kalo ilmu ni betol-betol dipraktikkan, takyah susah-susah lagi fikir nak bantu tambah pendapatan keluarga.. Terutamanya isteri-isteri suri rumah sepenuh masa.. Sambil uruskan rumah, sambil uli doh roti dan pizza nih pastu jual.. Hahhh silap-silap jadi toke roti. Boleh kalah roti nan kedai mamak depan tu haaaa.. kehkehkeh =P