Nak Gigit Je Rase !


Setakat yang aku berjaya detect kelemahan diri aku sekarang ni adalah 3 perkara :

1. Aiskrim
2. Kasut
3. Budak kecik
Memandangkan sekarang dah start cuti sekolah maka musim ijab qabul pun tiba. Sana sini orang kawen. Wedding invitation pon mula membanjiri notification fesbuk apa segala. Lepas p melawat site jadi mandor pagi tadi, aku terus terjah kenduri kawen adik member aku. Aku saja plan takmau datang awal-awal sebabnya niat aku nak tengok pengantin dan jarang pengantin akan muncul selagi belum jam 12.30 tengah hari. 
Aku sampai kat rumah pengantin lebih kurang 12.25 camtu la. Terus je aku terjenguk-jenguk cari mana kelibat member aku tu.Jenuh jugakla nak menempuh ruang yang dibanjiri manusia sana sini. Rupanya si member aku tu ada berdiri kat bawah khemah yang penuh manusia tu dengan beberapa lagi ex-classmates kamiorang dedulu. Aku terus lah terjah ke situ.
Last-last pengantin sampai jam 12.40 camtu lah, aku tak peduli dah kat pengantin sebab sebok dok cubit-cubit pipi si Muhammad Al-Fatteh ni. Geram gila tengok si Fatteh ni ! Anak kepada salah sorang ex-classmates aku dulu. Dah la jenis tak kesah sapa jugak yang hulur tangan nak amek dia, laju je dia sambut. hahahaha nak gigit je rasa tau dak fatteh oi ! gerammmmmm !
Aku pulun berebut pakat nak dukung si Fatteh ni dengan sorang lagi member aku. Last-last mommy Fatteh suruh cepatla kawen katanya. hahahaha hadoii =P






16 comments:

  1. alahaii. comel sungguh budak ni. gerammm nya lahaii ><

    ReplyDelete
  2. pergh, geram betul tgk pipi dia. hehe. dah la jenis x kesah.

    ReplyDelete
  3. akak. check email. nadyya ada bg something ^-^

    ReplyDelete
  4. alahaiii comelnyaaaa !! ina pun lemah bila bab2 budak kecil ni..

    ReplyDelete
  5. comelnya fatteh nie lahaiii. .kalau sy dekat pun agaknya nak gigit2 cubit2. .tembam je. .:D

    ReplyDelete
  6. hehehehe..nk baby cepat2 la kawen :)

    ReplyDelete
  7. Btl tuu..klo g knduri, pegi tghari mse pngantin kuar..hihi
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  8. Follower #4197.
    drshikinzainal.blogspot.com
    Keep in touch.

    ReplyDelete
  9. mak aihh. comel gilaaa kott. gewammmm

    ReplyDelete
  10. pipi diaaaa. ya Allah. gerammmmm.

    ReplyDelete
  11. Habeslah Fatteh ramai dok gomol si tembam ni..

    ReplyDelete
  12. Amboi mulatnye si fatteh tu..geram jgak tgk..heheh :)

    ReplyDelete
  13. wah, akak suka ais krim macam mana tu? nnti kita jmpa, saya belanja :P

    ReplyDelete