Nad Ladzim | Segmen Mari Berkenalan

21 November 8 Comments

Jom meriahkan segmen Nad Ladzim.. Sambil blogwalking sambil berkenalan sambil tambah kenalan hehehe..  Sokong kawan-kawan blogger ;)  Mudah je syarat-syaratnye..  Ehh siap ada pemenang bakal dapat hadiah tau !

Salam kenalan semua kengkawan yang sudi singgah sini hehehe.. Klik banner untuk support :)



Nak Rumah Camne?

20 November 28 Comments

Aku baru je setel tolong apply online rumah PR1MA untuk abang long aku.. Harga rumah zaman sekarang perhhhhh telan air lior je la aku nengoknye.. Selagi mana belum kawen ni memang idokle aku layak nak mohon beli rumah..Tambah pulak bukan kerja gomen, takyah buang karan la nak apply.

Abang Long aku sendiri yang berpendapatan kasar bulanan lebih daripada had minimum gaji yang diletakkan untuk apply rumah pon masih tak dapat mohon loan rumah.. Kesah benar abang long aku sendiri , masa bercakap sendiri kat kaunter jualan rumah tu, staff tu tanya kerja apa dan pendapatan apa semua. Bila dengar je abang aku bukan kerja gomen, terus staff tu cakap :

"Errr maaflah bang, kerja macam abang ni susah sikit kami nak approve loan rumah. Yelah sebabnye risiko kematian tu tinggi.. Tapi kalo kerja gomen, senang sikitlah bang.. Abang try lah tanya-tanya sedara mara yang kerja gomen ke kot-kot boleh guna nama dia untuk apply.. InshaAllah kami boleh lah segerakan bang.."

Nampak dak?  Ni kesah benar abang long aku sendiri ni.. Takde reka-reka punya. Aku tak kata apa-apalah pasal kerja gomen ke non gomen ke tapi memang tak patut betoi la apa yang staff tu cakap. Hancur berkecai rasa nak meleleh air mata kat situ jugak kata abang long aku masa staff tu cakap camtu..

 macam Disney house pulak nengoknye
Little Cottage  Garden Resort. Ehemmm ! >.<

Yang belum berkerja, takkan rasa benda-benda diskriminasi ni semua.. Nanti tunggu korang-korang dah kerja, dah kena batang hidong sendiri, itu jam memang bestttt gila rasa dia.

Aku dah berniat takmau rumah besar-besar ni semua.. Dapat sebijik cottage ala-ala cenggitu pon dah cukup dah.. Dapat buat kat tanah kampung mak ayah aku sekarang ni, memang aku jadikan tourists attraction habes la.. Kalau kat Sabah ada rumah terbalik, inshaAllah nanti aku buat Little Cottage Garden Resort kat Perak ni. Haaaa gitteww.

Perhhh tudia punya berangan. Pedulikkan. BERANGAN je antara yang tak perlu keluar satu sen pon sekarang nih... kehkehkeh =P


N4 | Photobook

19 November 22 Comments

Kesahnye aku TERgatal tangan nak try customize photobook yang keluar promo kat Groupon aritu.. Maklumlah dok usyar baekkk punya promo kan.. Tup tup TERbeli lah promo voucher untuk personalised photobook tu.. Dia ada macam-macam size dan harga so untuk first attempt ni aku pon amek Medium Softcover 40 pages yang sepatutnya berharga :

RM165.00 + RM10.00 (postage) = RM175.00 tapi 
sebab aku beli promo voucher tu so harga yang aku perlu bayar adalah 
RM35.00 (untuk 1 voucher) + RM10.00 (postage) = RM45.00 sahaja. [save RM130 !]

Pada aku memang save baaaaanyaklah  kalo compare nak p tempah sendiri p kedai apa semua. Mana tenaga lagi, minyak apa semua lagi. Cuma yang memboringkan sikit tu adalah nak kena susun / customize sendiri gambar-gambar yang kita nak. Masa tu memang jenuh la bercintaaa jugaklah aku nak menyiapkan.. Ini baru sikit je ni. Baru 1/10 je rasanya daripada koleksi-koleksi gambar yang ada. Bila dah puas hati tengok hasil daripada Photobookmart ni, baru la buleh proceed next order pulak.. 

So sekarang dah tak payah lagi lah nak cuci sekeping-sekeping gambar pastu nak kena boh pulak sekeping-sekeping dalam album.. Sebenarnya orang zaman sekarang ni dah pakat tak berapa rajin dah pon nak cuci-cuci gambar apa semua kan? Ikot suka masing-masinglah kan mana yang bekenan di hati.. Macam aku ni bukan apa -- sentimental lebeyhhhhh sebab tu rajin dok buat benda-benda lagu ni kehkehkeh =P

http://eemoticons.netPsttttt~ jangan lupa join 1st GiveAway by Anamizu.. Mana taw kot banyak sambutan kalini, next time kita bagi hadiah voucher Groupon plak ke kan? kan? kan? kehkehkeh =P


Nota Untuk Sang Awan

19 November 27 Comments


Sebenarnye ini telemovie dan dah ditayangkan pun masa 4 November aritu kat TV2.. Aku kebetulan tertengok citer ni sebab masa tu dok main tekan-tekan remote tukar-tukar channel.. Pelakon dia Beto Kusyairy dan Aisya Hasnaa.. Dalam tu Beto ni lumpuh sebab eksiden. Wife dia meninggal dan lepas eksiden tu dia terus macam give up sebab terlampau sayangkan wife dia. Adik dia (Anne Ngasri) yang jaga dia sepanjang lepas dia eksiden tu dan banyak kali suruh abang dia move on tapi abang dia agak degil. Beto ni penulis dan dia nak kaji tentang communication melalui burung merpati so dia pun tiap hari tulis sajak / puisi dan ikat pada burung tu sebab dia percaya burung-burung tu akan balik semula. Adik dia tak percaya semua tu. 
Nak dijadikan cerita, burung tu boleh pulak ditakdirkan sampai kat si Aisya Hasnaa, maka diorang pun saling berbalas lah surat melalui burung merpati tu. Macam-macam jugak masalah si Aisya ni kena hadap -- dengan perangai adik dia yang tak sudah-sudah menyusahkan dia dok mintak duit je kejenye. Dah la hidup tahap pemalas tak tau nak cakap dah. Keje dok pow kakak die je mintak duit. Yang si kakak pulak terpaksa keje cari duit sendiri untuk sambung belajar sebab si ayah pun diberhentikan kerja... Sesiapa yang terlepas tengok haritu boleh la tengok online. Kat sini ade rasenye. Aku selalunya tengok situ je kalo terlepas cite ape-ape yang best kat tv. Maklumlah sekarang ni kan zaman semuanya di hujung jari. kehkehkeh =P

Pssst~ siapa lagi yang belum join 1st GiveAway by Anamizu
Ada lagi beberapa hari sebelum 28 November. Meh la join meriahkan lagi hehehe http://eemoticons.net