Menu Ramahan 3 & 4

18 March 16 Comments

 

Untuk Ramadhan Ke 3 menu aku sekeluarga pula adalah :

NASI AYAM MADU ALAH AMBOI AMBOI


Menu paling lengkap 1 sajian. Ada karbohidrat, protein, serat.
Sepinggan lengkap dan mudah kerja kan? hehehe

Menu Ramadhan Ke 4 pula adalah :

LONTONG KUAH LODEH HAI MAK LODEH

Lontong Kuah Lodeh ni pun ada lengkap dalam satu sajian.
Karbohidrat, protein,serat dalam satu hidangan.
Memudahkan kerja orang dapur juga, tak perlu banyak fikir hehehe

Kuih ni pulak karipap, popia sira pedas dan kuih kaswi pandan.
Ini pemberian daripada Mak Lang Jiran Sebelah (Ahli Mesyuarat Tingkap Geng Mak) hehehe

Selesai juadah untuk Ramadhan ke 3 & Ramadhan ke 4.
Bua masa ni aku masih belum jejak kaki ke Bazar Ramadhan hehehe

Menjemur Agar-Agar Kering

18 March 14 Comments

 






Memandangkan cuaca amat panas kaw kaw tak hengat dunia, jadi datang mood rajin buat agar-agar kering ni. Disebabkan cuaca panas stabil sepanjang minggu lepas iaitu 34-36°C, jemur 3 hari dah boleh kering helokkkk kejadian agar-agar kering ni.

RESEPI AGAR-AGAR KERING 

-2 atau 3 paket agar-agar tali
-1/2 kilo gula (kurangkan jika mahu kurang manis)
-1 paket gula batu
-nisbah air ( 1 paket agar-agar = 1.5L air)
-pewarna 

CARA BUAT AGAR-AGAR KERING

-rebus agar-agar hingga cair semua
-masukkan gula & gula batu
-setelah larut, tuangkan ke dalam loyang & masukkan pewarna
-setelah sejuk, potong & susun dalam dulang
-jemur pada terik matahari (paling cepat 3-4 hari)

Dannnnnn apabila sudah kering keluar kerak gula (daripada gula batu), sudah boleh masukkan ke dalam bekas simpanan kedap udara. Benda ni nak buat dia agak leceh tapiiii bila makan, sekejapannnnnn saja sudah licinnnn. 

Tapi zaman sekarang lebih mudah sebab ada Food Dehydrator Machine. 
Lebih mudah dan membantu lebih cepat proses mengeringkan agar-agar.
Terutama pada yang berniaga memang sangat membantu. 
Tapi sebab kitonyo oghe kampung, kito jemur jahhhhhh hehehe

Milk Tea Ginger

15 March 13 Comments

 






Haritu ada jiran sebelah rumah (Anak Maklang Sebelah Rumah) bagi Ginger Milk Tea ni.
Mula-mula aku skeptikal apa lah rasa halia dalam air tu nanti tapi rupanya bila dah rasa, 
wowwww boleh tahan sedap jugak di tekak aku.

Kombinasi air teh tu dengan halia jadi amazingggggg jugak (pada tekak aku lah).
Sebelum ni selalu juga dengar orang minum air teh o halia.
Tapi untuk Teh Susu dan Berhalia ini kali pertama aku cuba minum dan sedap juga.
Halia ni umumnya memang tahu bagus untuk keluarkan angin dalam badan.
Jadi untuk sesiapa yang beranginnnnn tu boleh lah minum.
Tapi awassss minum di malam hari saja ya sepannjang Ramadhan ni hehehe





Menu Iftar & Sahur

15 March 14 Comments

 

Menu Iftar Ramadhan Hari Ke 2 aku sekeluarga mudah je sebab Mak & Abah cakap teringin nak makan Bubur Nasi atau Bubur Lambuk.

Mudah je nak sediakan Bubur Nasi ni.

Terjunkan saja segala jenis sayur yang kita suka.

Mak dan Abah aku suka jagung muda dan Bunga Kobis.

Jadi memang lebihkan sayur yang itu lah.

Tambah lobak merah, lobak masin dan daging kalau suka.

Jangan lupa sambal kicapnya untuk lebih kickkkk waktu makan berbuka puasa hehe


Untuk kerang rebus pulak permintaan adikku si Bong.

Nak kerang rebus yang ada rasa pedas-pedas sikit katanya.

Mudah kerja kakaknya sebab memang mudah langkah menyediakannya hehehe

Lebih bertambah mudah adalah waktu sahur makan menu ini saja.
Tekak memang agak susah nak terima makanan di waktu subuh.
Jadi sahur bubur nasi adalah salah satu pilihan mudah untuk Mak & Abah aku untuk telan hehehe

Marhaban Ya Ramadhan!

14 March 15 Comments

 

Salam Ramadhan pada semua. Moga sihat-sihat saja dalam menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan.

Iftar Ramadhan Day 1 aku dan keluarga dimulakan dengan menu : 

CRUNCHY CRABSTICK ROLL & AYAM BAKAR MADU 


Crunchy Crabstick Roll ni mudah sangat buatnya.
Guna roti putih saja. Roll hingga roti tu leper & gulungkan crabstick (rebus dulu).
Untuk lekatkan gulungan tu gunakan bancuhan tepung gandum sikit.
Selesai gulung tu celup dalam telur & salutkan serbuk roti.
Siapa yang suka cheese, boleh tambah masa nak gulung bersama crabstick tu.
Masukkan dalam peti ais sekejap (30 - 40 minit macam tu) & goreng dan hidang panas-panas.
Ini permintaan Mak untuk iftar hari pertama.

Bong (Adik Bongsu aku Si Aiman) pula request nak ayam bakar madu katanya.
Taknak yang beli kat bazar ramadhan katanya sebab nanti tak kena dengan tekak dia.
Yelah dik mujurlah engkau ada kakak yang masih bujangan ni ha boleh memenuhi tekak tu.
Ayam bakar madu ni aku perapkan dengan 11 rempah ratus resepi rahsia hehehehe (gurau je)
Bahan perap yang selalu digunakan macam halia,bawang putih,lada hitam,garam,sos cili,minyak..
Perap simpan 1 malam sebelum bakar untuk lebih masyukkk bahan perap tu pada ayam.
Bila dah siap bakar tu,aku terjunkan semula ayam dalam kuah ayam madu yang dimasak. Fuhhhh~