Menimbang


Perasaan dan perasan adalah sangat berbeza. bila perasaan indah muncul terasa ingin dicanang satu dunia.. terasa ingin dicakna ke segenap ruang masa.. tapi bila perasaan indah itu sebenarnya bakal membawa bersama duka pabila ia dicerita, maka harus ditimbang segala isi yang ada sebelum ia dibuka dan dikongsi bersama.

Perasan tak kadang² kita selalu membangaukan pihak lain bila hadirnya masalah ?  maksud guwa macam lagu bangau oh bangau. menuding jari. faham kan ? dan sebenarnya perkara itu tak patut berlaku pun. kita sendiri patut reflek dulu diri sendiri sebelum dengan senang hatinya menuding jari pada orang lain. kemon ana kemon.refleksi. Pheww ~

Putus asa ? selagi nama manusia memang takkan lari lah dari sifat sebegini. guwa sendiri selama hidup ni rasanya beratus kali hadir sifat ni dalam diri. bilamana terasa segala apa yang guwa buat tak menampakkan hasil positif. hampir² jugak guwa fed-up dengan apa yang guwa usahakan. 

Prejudis -- selalunya satu tanggapan (negatif) terhadap seseorang. lebih kepada satu manifestasi perasaan memandang rendah atau sinis. tapi perkara ni berlaku bilamana kita meletakkan satu label pada sesuatu itu. andainya kita mampu tak meletak sebarang label nescaya kita mampu menginterpretasikan sesuatu itu dalam nilai yang sangat positif.

Pada guwa, misal kata dalam bercinta la. ada je yang kata cinta ni kalau dah digenggam, genggamlah dengan betul, kalau cinta tu nak dilepaskan, lepaskanlah dengan harapan kita akan mendapat cinta yang lebih baik. 

Pendapat salah sorang rakan guwa :  Pada aku, kau tak akan dapat genggam cinta sepenuh kudrat dan keinginan yang ada. Genggaman terlalu kuat akan buat leher Cinta tercekik lalu mati. Genggaman yang longgar akan buat Cinta berlalu dan terus pergi. Ia berubah bersama masa, bertindak bersama masa dan bergerak bersama masa. Cinta datang dalam pelbagai cara dan jurus kita pertahankan Cinta nyatanya tidak akan sama.. Ada orang sanggup pertahankan kerana tak ingin rasa kehilangan. Ada pula yang memilih lepaskan untuk melihat kebahagiaan pasangan. Ada yang sanggup bertahan meski Cinta sangat menyakitkan. Dan ada yang relakan perpisahan andai bersama lebih melukakan. Terpulang kita untuk nilaikan. Puaskan hati sendiri atau korbankan sebuah perasaan.

Penghujung cerita tak siapa boleh duga. Maniskah dia. Pahitkah dia. Itu semua bergantung pada cara apa yang kita guna di sepanjang perjalanan cerita. Segala risiko harus ditelan andai penghujung cerita tak bersama kita. 

*ada yang tersirat selalunya. kehkehkeh







p/s : Encik H, izinkan guwa meminjam beberapa frasa dari karyamu. ampunkan daku huk³

30 comments:

  1. sabar la. kalau dah jodoh tak kemana. akan hadir gak cinta itu kan.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe guwa ok. guwa rilek2 je Lan hehehe

      Delete
  2. refleksi diri -- betul tu sbelum nam tuduh atau salahkan org kita kena tgk diri kita dulu cane

    p/s: ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga, kalau ada jodoh tak ke mana. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat lagu ikan di laut asam di darat tu. hehehe

      Delete
  3. Prejudis... Takut juga bertemu dgn org yg bersikap begini. Tp bila diri sendiri prejudis x perasan pun

    Miss u 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Umi. takot kalo yg jenis camtu.
      Miss u too Umi :')

      Delete
  4. saya pula memilih untuk lepas kan... dan lihat dia bahagia daripada jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. jurus kita pertahankan cinta tak kan pernah sama :')

      Delete
  5. salam ana :)

    kena matang dlm berfikir utk buat keputusan terbaikkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ayie :) yup. perlu matang utk buat keputusan :)

      Delete
  6. kalau da jodoh pasti x ke mn..sabaq nooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak. ana ok je ni. sabaq je ehehe

      Delete
  7. Indah cinta tu kalau saling memahami dan saling percaya antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mmg indah kalo saling memahami dan saling percaya :)

      Delete
  8. the ending of story kita hanya Allah yang tahu..hihi

    ReplyDelete
  9. Cinta terlalu sulit di perkatakan. Lain orang lain perasaan cintanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain org lain cara pengertiannya kan Lia :)

      Delete
  10. konsi idup dgn or lain ni.. bkn senangg

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. tambah pulak kalo kena berkongsi kaseh.
      sangat memerlukan keazaman yang jitu ;)

      Delete
  11. dah lama x komen kt blog ana ni... huhuhu... cite apa ni? CINTA? OMG....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Juanz ! haah la apsal lame sgt tak datang ? =P

      Delete
  12. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih ya kunjungannya ke sini :)

      Delete
  13. penghujuung leh jd apa2. unpredictable ni.haha

    ReplyDelete
  14. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  15. jangan risau la.. kalau ada jodoh takkan ke mana :)

    ReplyDelete