Jodoh, Mai Lekaih Sikit


Beberapa hari lepas si adik aku call mak aku. Menyatakan hasrat hati dia. Mohon bantuan mak dengan abah aku untuk pergi bawak rombongan merisik calon isteri dia. Pastu nak bertunang jugak. Cumanya merisik dan bertunang nak buat asing katanya.

Mak aku terima call tu pagi masa selepas aku dah masuk kerja.
Aku ni balik lunch break tengah hari nak mencekikla.
Tetiba mak aku bukak cerita pasal tu.
Aku orait je.

Cuma yang jadi kurang syoknya bila mak aku tanya:

"Kakak bila lagi ni. Adik hang dulu dah ni cemana ni ?"

Aku balas rilek je la sambil dok suap nasik.

"Rilek mak. satu-satunya bakal menantu lelaki mak tengah on the way.Mak tolong doa je supaya jangan dia silap rumah masa hantaq rombongan dia nanti."

Terus mak aku buat tak dengaq.

Aku terus gak la telan nasik walaupun rasa terlekat.

*******************************

Awak, 
Saya tak tau nak kata cemana.
Kalau jodoh kita, InshaAllah tak ke mana.
Saya doakan yang baik-baik saja.

Lap ayaq mata.


19 comments:

  1. insyaAllah.. nanti awk dpt jodoh yang terbaik..
    jangan sedih2 ok..
    =')

    ReplyDelete
  2. Takpelah kak Ana. Kalau ada jodohnya tu, adalah :)

    ReplyDelete
  3. Allah has save someone gud for you..^^

    ReplyDelete
  4. Rahsia Allah yang penuh nikmat dan rahmat...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah.. jodoh dan rezeki akan datang tepat pada masanya.. doakan yg baik baik pasti datamg yang baik baik hihi.. salam berhujung minggu :)

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah.. jodoh dan rezeki akan datang tepat pada masanya.. doakan yg baik baik pasti datamg yang baik baik hihi.. salam berhujung minggu :)

    ReplyDelete
  7. Jangan sedih kak ana. Tunggu sat ja lagi :)

    ReplyDelete
  8. nak lap ayaq mata jugak boleh dak? T.T

    takpa, x lama dh insyaALLAH.
    jodoh tu singgah minum kopi kat mamak sat.

    ReplyDelete
  9. Jodoh akak tengah tersesat pergi jumpa ana lain. Ngeee .. nanti dia datang jumpa akak pada saat terbaik ^^ jangan sedih sedih ehhhh

    ReplyDelete
  10. Nak jodoh gakkkk. Tapi rasanya dia tengah busy dating dgn jodoh orang kot. Huwaaaa sobs. Sabar jelah!!! x'D

    ReplyDelete
  11. Ahaa In Sha Allah one fine day ada lah tu yang hantar rombongan :D

    ReplyDelete
  12. Yang penting jangan putus doa.
    Doakan untuk aku sekali. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Semoga dia dtg cpt2 sikit nak tgok kak ana pakai bju cntik2. Hhee ^_^

    ReplyDelete
  14. ahakss...entri Jan semua start ngan huruf J lah

    ReplyDelete
  15. lawak jawapan Ana kat mak tu hehhee

    ReplyDelete
  16. tumpang lap ayaq mata....huhhuhu

    takpe ana...yang terbaik selalunya datang lambat....keep praying...

    ReplyDelete
  17. Jangan sedih sgt. Dia baru nak merisik n bertunang je tu, belum nikah lagi. Entah2 esok lusa ada dtg meminang kau ana. Kau mana tahu.. Dah jadi kau dulu tu. Huhu...

    Btw, adik kau jauh beza dgn kau x umur? Kalau jauh kira kategori nak kahwin awal gak la ni... Suruh dia byk cari ilmu pasal tanggungjawab suami masa belum kahwin ni..

    Lastly, semoga kau ditemukan jodoh yg terbaik utk kau, sejuk mata memandang pada pandangan kau dan tak suka makan aiskrim.eh?? Haha...

    ReplyDelete