Siapa Manusia Yang Bertuah Tu?

Hai engkorang semua. Macam biasa - alasan cliche setiap kali tersadai posting delay. Mesti cakap sibuk lah kan ape lagi ye dak?  Memang itu lah hakikatnya pun hehehe. Seminggu dua ni memang jadual kerja aku agak padat. 

Sepatutnya setiap kali masuk hujung tahun, bila masuk Suku Keempat (Oktober-Disember) barulah sibuk dengan Program Karnival tapi untuk kalini kami dapat arahan urgent perlu selesaikan semua karnival Pusat Internet sebelum masuk pertengahan Bulan Oktober.

Proposal masa awal bulan Julai lagi kami dah hantar tapi macam biasalah-
Alasan katanya Finance BEKU kan bajet lah, itu lah, ini lah.
Last-last kami jugak yang kena fikir sakit kepala untuk selesaikan.
Bermula dari meeting untuk program,
lepas tu perlu selesaikan beli segala hadiah.
Lepas tu perlu selesaikan proses packing hadiah.
Lepas tu perlu selesaikan proses label hadiah.
Lepas tu - segala tentatif program.
Lepas tu - Poster Utama program untuk promosi.
Lepas tu - 

Phewww memang banyaaaak gila lah persiapan yang perlu dibuat.
Dalam masa yang sangat singkat, kami perlu siapkan semuanya.
Nak taknak, program perlu jalan jugak.
Tak cukup siang - malam pun gerak.
Nak buat cemana masa makin suntuk dah.



Azab tak azab, program perlu diteruskan. Dengan dugaan JEREBU makin teruk dua-tiga hari sebelum program. Aku terpaksa tukar plan lokasi sebab pada awalnya kami perlu buat outdoor (di perkarangan sahaja) tapi bila IPU jerebu makin teruk, aku ambil keputusan pergi gegar rumah Pengerusi Peneroka Felda tempat aku ni untuk minta izin gunakan dewan serbaguna. 

Alhamdulillah dipermudahkan urusan semua. Selesai jugak walaupun macam-macam dugaan datang. Bila hari kejadian tengok crowd penuh sana sini join segala aktiviti, jadi hilang segala penat. Rasa berbaloi segala penat lelah bila tengok orang ramai hadir support program.

Selesai je lokasi sendiri, zup zap kemas.
Ada LAPAN lokasi lagi menanti. Fuhhhh~


4 comments:

  1. banyak persiapan kene buat sampaikan kita yg baca pon rs letih.. haha
    alhamdulillah.. program dpt dilaksanakan dan berjln lancar.. =)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan aamiin :3

    ReplyDelete
  3. bila nk buat event mcmni memang memenatkan, penat nak laksanakan, bila dah berlangsung tu penat melayan semua aktiviti lps tu penat mengemas semuanya... tp bila berjaya rasa seronok sgt

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalankan tugas. Semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete