Mana Menghilang?

Hai engkorang. Moga sihat hendaknya. Phewwww terasa lama tak berkongsi apa-apa di sini. Februari takda entry langsung ? Sibuk mengalahkan menteri engkau ni Ana kehkehkeh. Maaf ye sebab tiba-tiba arahan datang tanpa di duga. 

Takda hilang ke mana pun sebenarnya sebab masih bekerja di tempat lama dengan gaji yang lama juga. Cuma haritu jadual agak padat dengan Program Kursus bermula 03 hingga 06 Februari di Lost World Of Tambun Ipoh,Perak.

 Tugasan Pertama : Treasure Hunt dalam Lost World Waterpark
Perlu fahamkan clue yang dijumpai & selesaikan untuk dapatkan lokasi terakhir harta karun.


 Tugasan Kedua : Setiap pasukan perlu hantar wakil untuk dapatkan Clue
 tapi dengan syarat perlu naik dalam swing ship tu. 
Kumpulan aku pilih aku arghhhhhhhh aku gayaaaaaaat !

 Tugasan Ketiga : Water Sport 
Perlu keseimbangan & fizikal & kerjasama yang kuat
Sebab setiap ahli pasukan perlu berenang ke seberang sana ambil gulungan tali & clip pada life jacket & berenang semula sampai ke rakit & pass pada ahli seterusnya.
Letih gilaaaaaaaaaaa tugasan yang ni. 
Tugasan Keempat : Rampas !!!

Ini paling aku benci sebab kena hati kering walaupun semua akan basah kat air tu.
Perlu rampas 'foam pool noodle' tu sebab setiap pasukan (4 orang) diberikan 1 benda tu.
Jadi setiap team perlu usaha jaga pelampung masing-masing jangan terbalik dalam masa yang sama perlu rampas dan dapatkan foam pasukan lain. Masa ni tak peduli kawan dah. Demmmmmm semua pentingkan kemenangan je masa nih hahahaha benciiiiiiiiiii~

Tugasan Kelima : Create The Pirate

Yang ni setiap pasukan kena rebut alatan yang disediakan di atas pentas.
Dan perlu hasilkan alatan bertemakan Pirate mengikut cabutan undian.
Ada team yang kena buat 'Pirate Ship'
Ada team yang kena buat 'Pirate Costume'
Malam Akhir pakat melaram bertemakan Pirate Of The Carribean


Dannnn alhamdulillah Pusat Internet aku sekali lagi berjaya mencapai KPI individu terbaik dan terbaik keseluruhan untuk sepanjang tahun 2019 yang lalu. Walaupun aku banyak kali mengadu kat engkorang itu ini, alhamdulillah masih terselit rezeki di situ. 

Mohon doa dari semua agar Projek Pusat Internet ni akan diteruskanlah tak kira siapa pun memerintah sebab Pusat Internet ni dah menjadi hub paling penting dalam petempatan Felda macam di tempat aku ni sebab agak jauh untuk ke bandar kalau semata-mata nak gunakan komputer dan kemudahan internet.

Moga baik-baik sajalah Negara Malaysia.

21 comments:

  1. Wah! seronoknya kursus outdoor macam nih!
    Ferfeeling zaman sekolah.
    Sekarang LWOT dah tukar nama Sunway LWOT kan...

    ReplyDelete
  2. meriahnyer uooolss., ;p

    ReplyDelete
  3. bestnya kursus tuh, sambil berkursus sambil enjoy... tahniah jugak untuk kejayaan itu ya

    ReplyDelete
  4. Happening naw kursus korang, boleh melaram tema Pirate of the Caribbean lagi turr... and congrats Ana! Maju Pusat Internet anak-anak Felda~ :D

    ...btw, jemput join my contest? Deadline dia 15 April 2020~ :"D

    https://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2020/02/contest-saya-mahu-produk-creative.html

    ReplyDelete
  5. seronok kursus beraktiviti macam ni

    ReplyDelete
  6. bestnya kursus camni..
    kenapa la kat sekolah xde kursus camni.. asek kursus dgr ceramah je bosan.. -.-

    ReplyDelete
  7. Heee bestnya!! ;D rindu nak join kem yang ada aktiviti lasak macam ni...

    ReplyDelete
  8. wah seru nih acaranya...

    ReplyDelete
  9. skrg cikgu2 x de peluang nak kursus bina semangat mcm ni sbb x de peruntukan.

    ReplyDelete
  10. ehehe samala xdan nak up apa apa kat blog. sepiii..
    seronok nampak event macam ni. tengok macam lengang kosong je lost world.. baru syiookkk kita yang punya =D

    ReplyDelete
  11. tahniah atas kejayaan tersebut..

    semoga terus sukses dalam apa jua lapangan dan bidang yang diceburi

    ReplyDelete
  12. tahniah^^
    https://haziqahadevin.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

    follow awak ye^^

    ReplyDelete
  13. hye ana... waa...seronoknya skali sekala dpt outdoor begitu... doakan covid 19 ni terhapus.

    ReplyDelete
  14. Sekali pandang ingatkan sunway lagoon tadi ^^'' Tak pernah pergi lost world of tambun *nangis*

    ReplyDelete
  15. Judging by the photos, it looks so much fun.

    ReplyDelete
  16. waa blog ni masih aktif. lama dah tak berjalan sini

    ReplyDelete
  17. wahh... macam best je kursus ni.

    ReplyDelete