Nak Tema Roblox

 


Bulan November ni merupakan bulan sambutan kelahiran beberapa insan tersayang.

Antara yang paling awal adalah si budak kecik ni --- Zhafran Amsyar (anak saudara).



Dan si budak Zhafran Amsyar ni tengah gilakan Roblox.

Sempat dia request nak kek dan semuanya tema Roblox lah katanya.

Mak dia dah pening memikir macam mana nak cari baker yang boleh buat.

Mujurlah juga Kak Izzah (kawan office aku) ada suggest sorang baker tu.

Cubalah tanya kata Kak Izzah mungkin ada rezeki Amsyar.


Dan memang tertulis rezeki Amsyar. 
Aunty Baker tu terima oderan tema Roblox ikut kehendak Amsyar.
Maka, 03 November 2022 (Khamis) malam buatlah sikit makan-makan.
Sebab Amsyar kata dah lama tak dapat buat makan-makan dengan kawan.

Iyelah sebab PKP pun sampai masuk dua tahun kan?
Selalunya memang tiap tahun buat sikit makan-makan.
Untuk tak menghampakan, kita usahakan juga demi si kecil.

Amsyar cakap dia taknak hadiah apa-apa,
dapat makan-makan dengan kawan pun dah cukup.
Wahhhhh lapang hati mama dia dengar jawapan tu.

Selamat hari kelahiran ke Lapan Tahun.
Moga terus jadi anak soleh Amsyar.


17 comments:

  1. wahh besar dh amsyar leh tambah adik mintak kat mama jeew... 😅 😅

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Amsyar. Moga membesar dengan sihat. Jadi anak yang soleh. Belajar rajin-rajin ye sayang. Birthday auntie pun bulan November juga...

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Amsyar..
    Semoga dirahmati Allah dunia dan akhirat🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  4. Senyum lebar nampak sebatang gigi sebatang tiada. Hehe.

    ReplyDelete
  5. happynya amsyar nampak puas hati tu dapat apa yang dia hajat,semoga sentiasa sihat pnjg umur,bijak pandai berjaya cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  6. roblox mmg glemer budak perempuan pun suka theme ni.. happy birthday amsyar

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Amsyar 🎈
    Bagusnya dia, nak celebrate dgn kawan-kawan je... Tapi, request mcm ni yg buat kita lagi terharukan? Tulus je hati anak2 kecil ni :)

    ReplyDelete
  8. Senyum lebar amsyar dapat celebrate birthday dengan kawan-kawan. Tema pun ikut apa yang diidamkan. Happy belated bitrthday ya!

    ReplyDelete
  9. Selamat Ulang Tahun Amsyar...moga sentiasa di bawah perlindunganNya..

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday Amsyar. Seronok dapat makan² dengan kawan² kan.

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday amsyar amboiii tema dia kemain lg👍👍

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir kpd Amsyar. Semoga jadi anak soleh ye... Aamiin....

    ReplyDelete
  13. cantik kek dan cup cakes tu....

    ReplyDelete
  14. Selamat ulang tahun yang 8 tahun Amsyar.
    Semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan keluarga

    ReplyDelete
  15. Hbb ke 8 buat Amsyar
    Semoga jadi insan soleh

    ReplyDelete
  16. Happy Belated Birthday Amsyar.. family Kak Sue pun ada empat orang birthday bulan November nie termasuk Kak Sue sendiri..

    ReplyDelete
  17. selamat hari lahir buat Amsyar. mesti seronok sgt dapat kek bertemakan Roblox :) Anak2 saya pun skrg klu bagi menghadap gajet mmg main roblox je la keja dieorang.

    ReplyDelete