Nah Peluang Redeem FREE Coffee Secret Recipe



Hujung minggu lepas memenuhi undangan majlis aqiqah sepupu sebelah mak aku. 

Dah lama tak dapat jumpa sepupu yang ni sebab tinggal agak jauh.

Waktu majlis kenduri kendara aje selalunya dapat peluang nak berjumpa.


Majlis Aqiqah Nur Naura Medina. 

Moga menjadi anak solehah buat ibu ayah ye.


Kambing golek menjadi rebutan tetamu.
Aku makanlah juga buat syarat sebab abam joki tu bagi.
Buat ghaso-ghaso kata bebudak sekarang hehehe
Tak berani makan banyak sebab risau orang lain tak dapat nanti =P



Selesai je sesi makan-makan dan jejak kasih borak sesama sedara,
aku dan mak meninggalkan majlis dan siap dapat bungkusan dari tuan rumah.
Hanya aku dan mak aje yang pergi majlis aqiqah ni,
sebab ada satu lagi majlis kenduri sepupu sebelah abah aku.
Jadi kami ambil keputusan untuk bahagi dua.

Aku dan Mak -- pergi kenduri sepupu mak.
Adik dan Abah -- pergi kenduri sepupu abah.

Yelah nanti risau ada yang bermasam muka pula
kalau majlis ni kita pergi, majlis sana tak pergi.
Di sana menanti, di sini menunggu.

Balik je dari kenduri aqiqah tu,
Mak ajak kopi-kopi dulu minum petang.

Pastu teringat ada isi free redeem coffee dari Secret Recipe.
Alang-alang Mak ajak kopi-kopi,
jadi teruslah tebus.

Haritu masa isi tu ada promo sempena octofest.
Cubalah engkorang isi mana tahu ada terselit rezeki.
Pada yang minum kopi tu boleh cuba klik sini 


Dannnn ada yang bertanya macam mana cara
yang tu engkorang boleh cuba klik sini

Kita cuba isi aje, dapat tak dapat belakang kira hehehe

10 comments:

  1. Elok pula bagi 2 tempat berbeza Tiada penat.
    Seronok dapat barang percuma.

    ReplyDelete
  2. Wahh aroma cappucino tuuh.. tapi wak dh lama x minum kopi gituuu

    ReplyDelete
  3. dapnye..kupi kupi.. terbau sampai sini.. he he he

    ReplyDelete
  4. wah....ada kambing golek.....itu memang sedap dan berkhasiat

    ReplyDelete
  5. seronok dapat mengopi dengan mak

    ReplyDelete
  6. kalau terjah je... x dpt kopi free ke?😂

    ReplyDelete
  7. Biasanya kalau ada kambing golek, memang sangat cepat habis.
    Betul la kata Ana tu, tak boleh makan banyak nanti orang lain tak merasa pulak.

    ReplyDelete
  8. ala...tekan yg omega tu terus dia kata dah fully redeemed

    ReplyDelete
  9. Ada redeem kopi SR tu.. not badlah kopi dia.. tambah free kan.. hehehe

    ReplyDelete