Anak Ikan-Pekasam Puyu

 


Salam hujung minggu. Moga sahabat dalam keadaan sihat semuanya. 

Jalan-jalan ke mana hujung minggu? 

Aku tak ke mana-mana. Habiskan masa di rumah je dengan keluarga.




Masa pegi ke pasar  pagi dengan Mak & Abah, ada nampak pakcik jual ikan puyu.

Ikan Puyu memang antara feveret Mak & Abah.

Memang tak lepaskan peluang terus beli.

Selesai siang dan cuci, Mak kata nak jadikan ikan pekasam puyu.

Sebab dah banyak kali terkena, bila beli ikan pekasam yang dah siap,

ada je yang kurang kena pada tekak.

Jadi ambil keputusan untuk buat sendiri.

Cara buat pun tak susah mana.

Sangai (goreng kering) je beras ikut anggaran banyak mana ikan.

Kemudian tumbuk beras yang dah di sangai (tumbuk tak terlalu halus)

Garamkan ikan puyu dan gaulkan dengan beras yang di sangai.

Masuk dalam bekas bertutup dan simpan 4-5 hari.

Lepas dah 4-5 hari, dah boleh goreng ikan pekasam tu.

Potongkan bawang, Cili Padi & perahkan limau nipis. Fuhhhh!

Ini antara menu 'bahaya' sebab daripada nak diet, boleh punah harapan diet hehehe



13 comments:

  1. jujur tak pernah makan ikan pekasam ni. nnti kalau terjumpa boleh try

    ReplyDelete
  2. Ikan puyu goreng garam kunyit biasa ja pun sedap, apatah lagi ikan pekasam homemade 😋

    ReplyDelete
  3. Aduh sedapnya! Makan banyak pekasam ini buat macam lauk. Bahaya.

    ReplyDelete
  4. Makan nasi panas dengan ikan puyu pekasam goreng bawang memang tak tahu kenyang

    ReplyDelete
  5. waduhhh sedapnya dapat makan dgn nasi panas2 niiiii bertambah-tambah pun tak sedar ;-)

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. mkn dgn nasik panas fuhh

    ReplyDelete
  7. Ikan puyu yang gemuk² mesti sedap kan. Hihihi. Tapi kite seram nak makan ikan puyu. Tulang dia halus² tajam.

    ReplyDelete
  8. selalu dapat ikan loma atau ikan sepat kalau beli pekasam...homemade pekasam, sedapnya..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya.. Lama tak makan ikan pekasam..

    ReplyDelete
  10. dah lama tak makan ikan pekasam ni, tak sanggup nk hilangkan bau dia lepas goreng ehheehhe

    ReplyDelete
  11. Wah..buat sendiri! Tentu lebih sedap rasanya.

    ReplyDelete
  12. sedap kak oiii. hahahhaa

    ReplyDelete