Ayuh Mengundi!



12 Ogos 2023 - Pilihan Raya Negeri untuk 6 negeri (Kedah,Penang,Kelantan,Terengganu,Selangor,N9).

Moga dipermudahkan urusan semua.
Moga pemimpin yang kurang memberi mudarat menjadi pemimpin.
Moga selamat semuanya.



Disebabkan sana sini sibuk mengundi, maka aku yang tak terlibat ni, jadi chef mengundi kat dapur je.
Menu pun yang mudah ringkas je lah untuk jamu tekak.

Ikan kerisi & ikan pelaling goreng rangup.
Abaikan ekor, sirip ikan goreng tu,
sebab anak saudara dah ngap dulu.
Habis kemetot ekor ikan tu.

Sambal sotong lauk feveret kakak ipar.
Masak lemak sayur pucuk dan suun feveret abang long.
Ulam dan sambal belacan feveret aku.

Cukuplah menu untuk hari pengundian.
Syukur Alhamdulillah masih ada lauk di meja makan.


9 comments:

  1. Uiks makan ekor pula. Hehe.
    Selamat mengundi.

    ReplyDelete
  2. wahhh best nyaaa... x nak jemput kami sekali ke?😁

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, tengok. :)

    ReplyDelete
  4. moga2 negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  5. Ada lauk sambal plus masak lemak ngammm terok dah tu :D
    Alhamdulillah syukur selalu atas nikmat dan rezeki dari-Nya 🤲

    ReplyDelete
  6. masak lemak fucuk wahh sedapp gabung dgn ikan gorzng

    ReplyDelete
  7. enaknya selera kampung! Mesti makan bertambah nasi ni....

    ReplyDelete
  8. Ikan kerisi goreng memang sedap!

    ReplyDelete
  9. Ya Allah nampak pulak sambal sotong tu..sedapnya

    ReplyDelete