Santau : Manusia Bertopeng

 


Ingatkan zaman dah makin maju, dah takda lah kes santau santau apa semua ni.

Rupa-rupanya tidak ya tuan tuan.

Hati manusia ni bila dah busuk, apa saja pun sanggup buat.


Gambar pinjam Google


Kat tempat kerja aku ni ada sorang akak tu yang kami panggil Kak Fiza.

Kak Fiza ni jenis ceria orangnya. 

Setiap hari datang kerja mesti dia akan memeriahkan suasana.

Tapi satu hari tu aku nampak Kak Fiza ni macam lebih banyak senyap je.

Dan bila Nana bukak cerita, barulah aku faham.

Rupanya Kak Fiza ni kena buatan 'keluarga terdekat' berpunca tak puas hati pasal tanah.

Tanah hak milik arwah ayah dia tapi 'keluarga terdekat' tak puas hati.

Nak rebut tanah tu dengan hantar santau pada semua ahli keluarga Kak Fiza.

Bisnes kakak, bisnes abang dia malap disebabkan hasad dengki 'keluarga terdekat' tu.

Nana kata Kak Fiza pernah cerita yang 'keluarga terdekat' tu,

nak habiskan semua waris yang ditinggalkan arwah ayah Kak Fiza.

SEMUA tu termasuk segala anak menakan, cucu menakan.

Supaya bila semua waris mati, mudah untuk dapatkan harta tanah tu.

Dan Nana kata lagi, Kak Fiza pernah kena santau sampai melekat segala

paku, mata kail, pisau cukur dan miang buluh.

Allahuakbar deritanya hanya Tuhan yang tahu.

Harini Kak Fiza tak masuk kerja sebab semalam dia kena santau teruk lagi.

Mohon doakan kesembuhan untuk Kak Fiza sekeluarga ya.

Moga kita semua dijauhkanlah daripada busuk hati manusia yang sebegini :(


Post a Comment

17 Comments

  1. Punya tamak harta.
    Semoga Kak Fiza sembuh semula.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. ada lagi yang sanggup buat benda² macam tu ya. Keluarga terdekat pulak tu. Harta punya pasal, lupa mana yang haq, mana yang bathil. Sedihnya. Moga KakFiza sekeluarga diberi kekuatan untuk lawan sihir tu.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...semoga kak fiza cepat sembuh...pasal harta gelap mata hati semua...risau je...moga kita dijauhkan dari perkara2 mcm tu..aamin

    ReplyDelete
  4. semoga kak fiza terus kuat hadapai ancaman santau ni dan diberi jalan penyelesaian...

    manusia tak ada iman begitulah... tunduk pada nafsu hanya demi harta dunia yang tidak kekal....

    ReplyDelete
  5. kerana harta..hurmm . mak kawan kakLM pun ada yang kena kes tanah juga. melepek kesian, hampir 2 tahun baru dapat jumpa ustaz yang serasi ubatkan

    ReplyDelete
  6. Allah..moga k.fiza sihat & sembuh seperti biasa..tu lah manusia ni bila dah hati busuk, tamak menguasai diri tak ingat dah dosa pahala..sapa kata zaman moden ni, x de dah menda2 macam ni..ada je..

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar...lately makin kerap dengar orang kena santau..moga keluarga kita semua dilindungi Allah dari perkara syirik

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar..zaman fitnah dan sihir berleluasa sekarang ni. Semoga kawan ana diberi kesembuhan dan seluruh ahli keluarga di lindungi olehNya.

    ReplyDelete
  9. Semoga yang suka buat sihir diberi petunjuk dan hidayah.. Harap Kak Fiza sembuh dan kembali sihat seperti biasa.. Tak tahu nak kata apa dengan perangai ambil jalan mudah sampai lupa dosa besar iaitu menyekutukan Allah - naudzubillah min dzalik

    ReplyDelete
  10. Moga kita semua dilindungi. Hidup ni sekejap je dekat dunia, akhirat yang lama

    ReplyDelete
  11. zman moden ni masih ramai yang berkiblatkan duit dan sanggup menyikut tunjuk ajar syaitan ya... tak takut ke di akhirat nanti

    ReplyDelete
  12. Allahu...
    Tapi santau sihir memang wujud kan..
    Rasullullah yang maksum tu pun pun pernah kena sihir kerana dengki.
    apa lagi kita ..Semoga kita dilindungi Allah

    ReplyDelete
  13. Walaupun di dunia mungkin perit tapi mudah2an apa yg dilalui oleh Kak Fiza menjadi tekit untuknya ke Syurga dan diampunkan segala dosa2. Syafakillah.

    ReplyDelete
  14. semoga penjahat yg bertuankan iblis itu akan dikenakan siksaan di dunia lagi. Di akhirat memang confirmed masuk neraka!

    ReplyDelete
  15. Tamak sungguh, harta orang pun nak direbut! Padahal kita bukan hidup selamanya, tak perlulah sibuk rebut harta.

    Tak tenang sebenarnya hidup mereka yang berhati jahat ni.

    ReplyDelete
  16. Allahu...teruknya hasad dengki 'keluarga terdekat' tu...semoga Allah membalas perbuatan jahat mereka...semoga Kak Fiza sekeluarga tabah & terus berusaha berubat..

    ReplyDelete
  17. berlaku pd keluarga adik sy skrg... sihir is real... sebelum covid dlu pernah kena 'hantar' then thn ni 'dihantar' lagi.. asal nak naik pangkat je ada je 'game sihir' ni.. bg support kat kak fiza tu tau... bagitau berserah je dengan Allah... usaha berubat dengan ustaz

    ReplyDelete