Masa 08 September haritu hari ulangtahun kelahiran Abang Long aku yang ke 42. Mula-mula Kakak Ipar (Kak Long) plan minta tolong aku untuk bawa Mak & Abah sebagai kejutan tapi Abg Long ajak balik kampung (rumah Mak & Abah), maka terpaksa cancle lah kejutan.
Kek indulgence Kak Long order daripada kawan dia home baker.
Masak sendiri je ikan pari bakar & shellout
Kak Long pada mulanya dah planning macam-macam nak buat kejutan sempena birthday husband dia (Abang Long aku).
Tup tup masa hari diorang dalam perjalanan nak balik ke rumah Mak & Abah aku, kereta diorang pula meragam. Ada benda apa entah yang menyebabkan kereta jadi semput-semput dan kerap mati sendiri pastu bila start pun jadi lambat nak hidup.
Terus potongggg mood Abang Long.
Kakak Ipar plan kononnya nak ajak makan-makan kat luar.
Tapi bila tuan badan dah hilang mood, decide makan-makan kat rumah aje lah.
Mak & Abah pun lebih seronok makan-makan kat umah je sebab selesa.
Bakar-bakar ayam, buat shellout sikit, ikan pari bakar sikit & masak spagetti, fries, nugget.
Lebih jimat pun iye jugak masak sendiri ni.
Maklumlah zaman sekarang hidup ni kerassssss ye dak?
Moga Abang Long dipermudahkan segala urusan kereta dia aminnnn.
Moga Abang Long dipermudahkan segala urusan kereta dia aminnnn.
Alhamdulillah dapat buat makan-makan walaupun tidak dapat ikut rancangan 100%
ReplyDeletenampak meriah juga tu walau dirumah...rumah Ana kawasan pantai ke?nampak macam pasir tepi pantai..
ReplyDeleteHappy belated birthday Abang Long. Moga sentiasa didalam lindunganNya, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, gather2 di rumah nampak meriah...aktiviti shell out & BBQ mmg sentiasa best..
ReplyDeletealhamdulillah.. tak jadi keluar pun takpe. asalkan ada keluarga bersama dah cukup bahagia..ye dak?
ReplyDeleteKalau ada orang tua, memang biasanya mereka lebih selesa makan di rumah berbanding ke kedai makan.
ReplyDeleteMasak sendiri gini pun nampak meriah tu hidangannya 😋
Menu yang dibuat pun. Terlihat sedap juga kak. Tak kalah dengan makan di restoran seafood. Apalagi ikan pari bakar tu..dah terlihat enak 👍. Saya suka sangat pari. Dagingnya memang beda dengan daging ikan lain kan.
ReplyDeleteHappy birthday untuk Abang long. Semoga dipanjangkan umur, disehatkan selalu.
muda lagi tu. abe kie dah 50 thn. happy birthday to abg long..
ReplyDeleteNampak menyelerakan semuanya.. macam kat kedai. Nice efforts untuk menghargai org yg tersayang di hari jadi.
ReplyDeleteAdik beradik ipar duai kalau dah balik kg berkumpul mmg meriah.. masak kat rumah akan jadi lebih meriah.. shellout lak tu siap pari bakar..
ReplyDeleteMeriah menunya tu 😋
ReplyDeletemeriahnyer ., hehe
ReplyDeleteHidup ini memang keras dan hati mesti kuat untuk hadapi dugaan tersebut
ReplyDeletehidup ini keras dan hati mesti mahu kental.... hidup zaman serba serbi mahal ni mmg benar2 menduga semua pihak
ReplyDeleteMakan dekat rumah paling selesa. btw happy belated birthday utk abang long
ReplyDeleteWalaupun masak sendiri tapi rupa tu dah level masak kat kedai hehe. Yang penting dapat berkumpul satu family ramai2 kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Yang penting bersama yang tersayang..
ReplyDeleteSemoga urusan abang long dipermudahkan.. Aamiin..