Nak Hantar Ke Mana Barangan Terpakai?

 


Zaman sekarang ni semakin keras dengan pelbagai dugaan hidup seharian.

Dan ada antara kita kurang bernasib baik dan agak susah dalam menempuh kehidupan.




Untuk sesiapa yang tinggal sekitar kawasan Tanjung Malim Perak, 
ada satu Pusat Pengumpulan Barang Terpakai terletak di Taman Bandar Tanjung Malim.

Landmark pun tak susah nak cari.
Hanya perlu waze Pasaraya TGM Tanjung Malim.
Dan perlu terus ke depaaaaan sikit dan belok kanan.
Terus akan nampak kawasan tapak pengumpulan ni.




Pengendalinya Puan Habibah Yaakob sangat ramah.
Dan bukan terhad hanya pakaian terpakai sahaja,
Kita boleh juga hantar buku-buku dan toys untuk diagihkan pada yang memerlukan.

Terutama pada golongan asnaf dan perumahan Orang Asli yang berhampiran.
Tak lupa buat mangsa yang terlibat dengan tragedi banjir.

Tapi sebelum hantar pakaian terutamanya,
Adalah lebih baik kita asing, packing & label siap-siap.
Supaya mudah kerja agihan pada golongan sasar.

Sebab dah pernah berlaku dulu longgokan pakaian terpakai,
ada jugak yang hantar pakaian yang dah taraf kain buruk .

Kesian pada petugas sukarela yang perlu asingkan pulak semuanya :(


Post a Comment

16 Comments

  1. bagus usaha Puan Habibah...berbakti pd golongan yg memerlukan...

    ReplyDelete
  2. Kalau dekat.. Smpai jugak nie...

    ReplyDelete
  3. waa bagusnyaa... sy pun nak hantar cuma terlalu jauh...

    ReplyDelete
  4. ammi pun nak cari tempat mcm ni kat seremban.
    baju2 arwah mama haritu mmg ammi pack siap letak label lagi dan hantar kat rumah ibu tunggal dan anak yatim. pengendali tu kata kalau baju yg tak sesuai dorang akan letak di tempat yg lain pulak

    ReplyDelete
  5. Akk suka tempat collection macam ni... Sekurang-kurangnya dapat menderma dan panjangkan lagi hayat barang tersebut utk manfaat org lain.

    ReplyDelete
  6. Harap banyak tempat-tempat begini.

    ReplyDelete
  7. bestnya kalau dekat boleh mama hantar tudung2 g sebabun ni hihi.. kdg2 kesal juga dgn tindakan org yg bagi baju taraf kain buruk ni.. ntah apa2

    ReplyDelete
  8. kalau buku saya berminat dengan barang terpakai

    ReplyDelete
  9. harap adalah pusat pengumpulan barang terpakai mcm tu di setiap daerah di kelantan ni. mudah utk sy derma barang2 preloved...

    ReplyDelete
  10. Terbaiklah Puan Habibah usaha yang sangat bermanfaat kepada mereka yang kurang berkemampuan. Di Seremban tak pasti ada ke tak tempat macam ni

    ReplyDelete
  11. tolong lebarkan sayap ke sini? banyakkk barang terpakai nak bagi ni

    ReplyDelete
  12. ni nak masuk fasa hujung tahun memang rajin nak tapis barang. mana yang elok, tapi dah lama tak pakai dah siap asing dah. cumanya tak tahu la nk letak mana. pusat longgok tu pun macam tak terjaga je kalau hantar situ. kalau ada sape2 yang tahu tempat yang macam ni area shah alam, roger lah

    ReplyDelete
  13. Baguslah ada tempat macam ni. Kalaulah dekat, memang dah sampai dah.

    ReplyDelete
  14. Tempat seperti ini memudahkan sangat untuk mendermakan barang2 tak terpakai tapi masih layak kasih. Saya pun biasanya memberikan barang tak terpakai kepada tempat seperti ini. Hanya saja agak susah di sini. Jadi kalo tak ketemu, saya kasih saja kepada orang yang suka memungut sampah di rumah2, dan biasanya mereka nanti yg akan menjual kembali atau memberikan kepada yg butuh

    ReplyDelete
  15. ohmyyy this is so good. happy tengok =)

    ReplyDelete
  16. bagusnya ada yang buat macam ni. harapnya lebih banyak yang buat usaha macam ni sebab kira memudahkan urusan orang lain sambil beramal. nice sharing btw <3 semoga sentiasa sihat hendakNya~

    ReplyDelete