Salam tahun 2024 semua! Moga sahabat semua dalam keadaan baik saja.
Buku 2023 sudah selesai. Melangkah masuk ke halaman baru tahun 2024.
Tahun 2024 aku mulakan dengan bawa Mak dan Abah jalan cari makan
di sekitar bandar Teluk Intan Perak.
Lokasi yang kami singgah adalah di Pak Man Nasi Tempurung.
Di Pak Man Nasi Tempurung ni banyak juga pilihan lauk.
Ada kambing bakar, ikan bakar, kerang rebus, udang,
masak lemak daging salai, telur masin dan pelbagai sayur ulam.
Keunikan di sini sudah tentu kerana nasi nya dihidangkan dalam tempurung
yang di skru khas bersama dengan tapak untuk memudahkan berdiri terletak elok.
Pak Man Nasi Tempurung ni baru saja dibuka
pada Awal November 2023.
Dan masih dalam proses penambahbaikan pembesaran kawasan makan.
Jika pergi waktu hujung minggu memang agak panjang barisan
dan berdiri lama untuk buat bayaran kerana kaunter hanya ada satu.
Pada tekak Mak dan Abah aku, mereka berikan rating 8/10 overall okay.
Kawasan parking sangat luas dan mudah untuk diakses.
Cuma jalan untuk masuk agak bahaya sikit
disebabkan perlu melintas jalan raya yang sibuk.
Boleh repeat lagi nanti sebab Mak dan Abah kata sedappppp! hehehe
Wah..menarik ni..
ReplyDeleteUnik -unik la nasi kat Perak..Nasi Bambu pernah makan.Nasi Tempurung pun macam kena cuba ni
tertelan ayaqliur plk tengok talapia bakar tu
ReplyDeletehappy new year..nasi nya di hidang dlm tempurung
ReplyDeletesedapnya dan nampak menarik menu2 yg dipilih
ReplyDeletewaduh waduhhhh
ReplyDeleteini sudah menimbulkan rasa lapar
hehehe
cuma makannya pakai pinggan pakai buang tu yg tak syok
ReplyDeleteSedap2 menu dia.
ReplyDeleteBestnya Ana masih ada Parents.
Kena bwk mereka selalu ni, biar dorang happy.
Wah, bolehlah singgah jjcm ke Teluk Intan. Mekasih share, Ana. :)
ReplyDeleteUnik guna tempurung untuk setiap lauk.
ReplyDeleteTerliurnya tengok daging Salai tu 😃 Kalau mak ayah suka, memang kena selalu selalu pergi ni .. Hehee
ReplyDeleteWowww..boleh cuba pegi kalau balik kg sok 😊
ReplyDeletesedap semua lauknya... sy suka kedai nasi campur mcm ni
ReplyDeleteMacam kena pergi jer Pak Man Nasi Tempurung ni.. Hahaha..
ReplyDeleteterliur betul tengok masak lemak daging salai tu
ReplyDeleteKalau oramg tua bagi rating tinggi maksudnya memang sedap la tu. Diorang dah merasa macam-macam juadah
ReplyDeleteWah.. menarik.. TQ share..
ReplyDeleteIdea yang unik..