Fun And Rilex : Gua Tempurung

16 February 13 Comments
salam. hai engkorang. last few days bizi sikit. pastu pulak partner suruh cuti sebab nanti dia nak cuti pulak. kamiorang berdua ni cuti dua hari seminggu. pilih la hari ape nak. cuma kena make sure Pi1M kena run macam biasa dan jangan tutup for the whole week. so akan ada 4 hari yang akan on duty sorang-sorang. bila kena on duty sorang tu memang agak mencabar lah. tambah pulak bila tiba² masa tu lah masing² datang nak printing, scanning, nak bayar utilities bil lah.. bila masa free, memang free betol =.='

so dah dapat off day tu, aku pon pergi la ke Gua Tempurung which is also in Perak..

dari tempat aku amek masa lebih kurang satu jam camtu.. sebelum pergi tu dah tapaw nasik and lauk siap dah sebab masa bertolak tu dah jam 11.30 pagi camtu.. aku bajet akan sampai dalam 12.30 lebih kurang. of kos masa tu perut berkeroncong mintak nasi.. tengahhari buta memang takkan sudi lah nak makan benda lain selain  nasi. maklumlah perot orang melayu kampung macam aku memang akan cari nasi jugak.
ada 4 pilihan trek untuk explore Gua Tempurung tu. Trek 1 & 2 basically dry trek.. untuk trek 3 & 4 kena turun naik batu² kapur / panjat habes segala dinding yang ada dan juga akan basah sebab ada laluan air sungai.. memandangkan aku memang takde bawak pakaian spare so aku decide amek trek 2 je and the duration is 1 hour 45 minutes (but i made it within 1 hour.. yeeyyy !) from entrance to the Platform 5.. and memerlukan stamina yang agak tough untuk climb up till 640 stairs ! pastu kena return sebab memang tak leh proceed sebab limit trek 2 sampai platform 5 je and renjer gua dah lock pagar siap phewww ~

letih jugak tapi enjoy lah sebab memang that was my first time there eventho aku anak jati Perak. and lepas setel kuar dari gua dengan jayanya, on my way balik tu singgah pit stop jap dekat Lata Kinjang which is also in Perak dekat area Tapah.

saja singgah sebab nak tengok are there any improvement yang dorang buat. sebelum ni agak suram Lata Kinjang tu and my last time pergi sana maybe tahun 2010 if im not mistaken. sampai je sana, pintu masuk dia pon dah ada upgred sikit compared few years back.. tapi bagunan pejabat & kaunter informasi stil under construntion and base on apa yang  penduduk orang asli kat situ cakap, dah agak lama terbengkalai camtu je.. hermmmm entahlah..

planning and marking calendar for the next trip ! hoyehhhhh ~ hehe :D

Feveretable : air masak

11 February 18 Comments
hai engkorang. woahh semenjak dua tiga menjak ni cuaca panas gila. tu baru panas dunia. bila musim panas ni konfemla tekak asyik dahaga je. aku dulu memang jenis susah nak minum air masak. aku jenis yang minum air masak tapi kena yang sejuk baru kuar peti ais punya.. kalo yang tak sejuk memang aku tak pandang. huhhh dasar memilih engko ni ana =P 

tapi--

itu dulu. kini tidak lagi.. macam iklan jual produk pulak. ehh nak cakap pasal minum air masak tadi sebenarnye. sekarang ni, minum air masak dah jadi habit aku. manusia boleh berubah kata orang.. aku sendiri pon tak pasti entah sejak bila dan bagaimanakah aku mampu menjadikan aktiviti minum air masak ni satu habit. kalo sebelum ni kemain la susahnya tekak ni nak telan air masak yang tak sejuk tu. memilih.. 



sebenarnye memang kita kena minum air masak sekurang²nya 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas sehari. haaaa 2 liter engko ! lalu ke ? aku sekarang train diri aku untuk wajib habeskan 1 liter air masak untuk sesi masuk kerja pagi (dari kul 9 sampai kul 1 tengah hari) pastu untuk sesi petang pulak (2.00-6.00) kena habeskan lagi 1 liter.untuk satu bulan dalam Januari aritu agak positif sebab aku berjaya jugak habeskan setiap sesi pagi tu 1 liter.. sesi petang je kadang tak habes. sebab banyak sangat aktiviti yang kena hadap pastu sampai  tak sempat nak minum =.='

dan baru² ni pihak SKMM ada datang bawak goodies yang ada logo skmm untuk diberikan sebagai free gift pada peserta yang join program yang bakal dianjurkan oleh aku dengan partner aku Ida.. antara goodies tu ada jugak botol air 1 liter... kaler pink lagi tau ! ohsem sangat untuk gegerl macam aku kan ? hahaha 


Floor Mats

10 February 11 Comments
salam engkorang semua. harini mommy dengan daddy *wahhhhh mommy daddy sangat engko =.='   ikot rombongan kak ton ke port dickson. bawak kan pengantin anak jiran aku. satu bas peginye. over kan pegi sampai satu bas ? ehh takdelah over sebenarnye... memang dah jadi macam trend orang dalam felda ni, kalo anak dapat jodoh orang jauh, pastu pulak kalo rezeki lebih, memang mak ayah akan sewa sebijik bas pastu angkut la jiran tetangga join rombongan tu.. sambil jalan-jalan nengok tempat orang gittewwww ~

kemain eksaited lagi mak aku dari malam semalam dok mikior ape yang nak di shoppingkan.. yerlah sebabnye rombongan pengantin tu area port dickson--negeri sembilan. dah tentu lah pit stopnye --- Nilai 3 yang sangat bernilai tu. bawak seribu pon boleh tak tinggal nilai sekupang pon dah nanti =P
pastu petang tadi balik je dari kerja, aku tengok lah ape hasil rampasan mak aku. sekalinya naahhh amek engko. mak aku borong floor mat untuk cucu dia. maklumla cucu ada sorang tu je.. aslkan terpandang je Boboiboy ke otromen ke, super heroes ke, memang otomatik je mak aku akan rembat untuk cucu dia.

yelah selalunya kalo untuk cucu, memang segalanya dapat lah. untungla engko cu dapat nenek macam gini.

Feveretable : Rainbow Cookies

08 February 12 Comments
sekarang ni macam trending pasal rainbow cookiess.. ramai jugak member aku update pasal menatang cookies ni.. pastu pulak kat instagram lagi la ramai pakat update betapa nikmat dan lazatnya RC nih. majoriti depa ni menggambarkan RC ni sangatlah heaven lazat dia. sampai tahap apa pun aku tak tau. expert sungguh markerting teknik diorang nih semua sampaikan aku tergoda.. hahaha

so disebabkan teruja yang amat sangat tentang betapa nak merasanya camna tahap kelazatan RC ni, aku pon tak amek masa lama. aku terus order. sebabnya aku dah round sekitar pekan area tempat tinggal aku ni memang takdak seller jual benda nih. demmmm sungguhla.

dan sebenarnya pulak, kalo aku nak buat sendiri sememangnya tak lah. konfem satgi tak jadi.. hahaha.. 

aku order dari Wawa hari selasa malam. tengah hari jumaat dah sampai. masa abang posmen datang hantar barang tu aku memang dah agak menatang ni. tengok je saiz kotak dia, lagi bertambah tinggilah level kekonfidenan aku. ahaaakkss ! lepas setel je sign--abang posmen pon dah belah, hape lagi.. seraaaaanng ! 

hermm aku tak tau nak cakap rasa dia camna. tapi tekak aku merasakannya lazat. sipbaik aku beli dua balang terus. 1 balang ada 50 pcs. satu balang setel aku hadam sorang kat ofis. satu lagi aku bawak balik bagi adik aku si Aiman merasa. sebab niat aku beli ni pon untuk share dengan budak aiman ni. dia la dok provoke aku -- dok buat ayat ceni tiap hari :

"kak... hang rasa rainbow cookies tu sedap dak?" 

chitt buat² tanya konon. aku tau hang nak soh kakak hang ni beli sebenarnya. hahaha

*sesapa nak order, request je kat Wawa tu.. pastu mention je dapat tau dari Anamizu. inshaAllah dapat harga terbaekkkk punya ;)


Feveretable : Pusat Internet 1 Malaysia

07 February 6 Comments
salam jumaat engkorang. semoga Jumaat engkorang semua indah-indah belaka.. aku macam biasa harini masih on duty sorang-sorang sebab Ida my partner officially berehat sampai this sunday dan tempat kerja aku ni pulak memang open seven days a week, from 9 am to 6 pm daily. phewww bapak letih =.='

tujuh hari seminggu. non stop. nak cuti pun kena bergilir-gilir je lah. sebab kamiorang memang takleh cuti bersama-sama unless memang public holiday contohnya hari-hari cuti perayaan SAHAJA atau pun public macam befday agong ke. befday sultan perak ke. selain daripada tu memang kena on duty.. wuhuuu ~

*ini masa training class. nampak heppy je semua*
*kalau masa handle kaunter, phewwwww penat baq hang ! *

dan job scope kamiorang pulak basically handle basic IT training untuk warga Felda dalam sini.. tak kiralah dari sekecil budak sampailah yang sebesar bapak budak dan jugak atok nenek budak..yuran yang dikenakan adalah RM10.00 sahaja dan ada dua pakej :
  • satu -- pakej keluarga (mak atau ayah daftarkan anak beranak plus cucu atau cicit sekali as long as stay with them dengan hanya bayar seploh hengget untuk seumur hidop) atau 
  • pakej individu (seploh hengget jugak bayarannya tapi hanya menggunakan nama sendiri sahaja)
so itulah kami. aku with my partner Ida. kamiorang berdualah kakak cantikkk yang selalu bagi training free pada semua orang yang sudi nak datang belajar guna komputer.. meh la datang tempat kamiorang weeeeee

Floor Plan

07 February 9 Comments
pheww harini packed gila kat tempat kerja. and harini my partner (Ida) dia dapat kerja half day je. sebab suspected kencing kotor.. pitty her. kisahnya begini : 

Ida story me on dis early morning : dari tengah malam semalam lagi dah rasa tak selesa. asyik terasa nak ke toilet je. tapi bila kencing, sikit je. pastu rasa sakit semacam je. dulu pun pernah kena jugak. and doktor sah kan kena kencing kotor. so bila tengah malam semalam asyik jadi benda yang sama,so aku dah agak mesti kena lagi. start dari pukul berapa entah asyik repeat ke toilet je.. air kencing aku siap ade macam ala-ala berdarah pulak tu.. aku dah cuak gila masa tu ana.. aku pun minum la air masak banyak-banyak untuk neutralkan balik kaler air kencing aku.. entah sampai pukul 6.00 kot baru la air kencing aku jadi kaler jernih semula.. pastu barula boleh terlena =.='  

pastu  pagi tadi Ida masuk kerja tapi memang lesu betul la muka dia.. kesian aku tengok dia.. and after lunch break harini, dia sms bagitahu aku yang dia pegi klinik untuk amek ubat apa semua.. dan aku tak sanggup pulak nak biarkan Ida masuk kerja semula  so i decided to let her take a rest je lah dulu sampai dia betul² recover.. *baik tak aku? kehkehkeh

so after lunch break tu memang aku on duty sorang² je la.. dan harini fuhhhh ramaigilababeng orang yang datang.. customer datang untuk bayar bil memang dah wajiblah tiap hari akan ada datang.. pastu yang datang untuk begambar ic photo size, drafting surat untuk tuntutan cerai mahkamah, typing lesson plan.. printing assigments dah tentu lah ramai.. dengan student sekolahnya, student lepasan SPM yang nak apply IPTA online lagi.. pastu pulak dengan cikgu tadika datang mintak tolong buatkan floor plan and nak printing jugak masa tu.. hadoiyai tak benapas mokcik tau ! hewhewhew

dan memandangkan cikgu tadika nak floor plan tu tak reti sabar nak dalam masa yang cepat dan pantas, so aku dengan bangganya terus buatkan floor plan tadika beliau yang sangat cantik begini.



cun kan ? baik puji je lah. kesian kat aku harini tercungap-cungap pulun kerja sorang-sorang tau =.=' huwawawawa .. so nak yang cepat dan pantas kan??  itulah hasil dia. kalo jenis yang buleh tunggu lama, sempat la jugak aku cari mood dulu nak godek and buatkan cantik-cantik guna floorplanner dot com ke hape.. ehh tapi yang camni pun beliau dah cukup puas hati dan kagummmmm sangat tau. hermm yelah, dia nak printing kasi besaaaaaar punya pastu nanti dia akan buat sesi mengenal huruf dan menampal.. haaaaa gittewww


Futus Bekalan Air

05 February 8 Comments
hai u olls. mood gedik santai sikit. ok harini satu hari macam agak packed. awal pagi harini agak kurang best. maklumlah sekarang kan selalu dingin sejukbeku gitu bila awal pagi. nak bangun pon bermalas-malasan je ishhh ~

dah la memang sejuk. mood nak tarik selimut tu makin menebal pulak eventho sedar je kena bangun cepat and kena besiap nak pegi kerja. and luckily aku kerja dalam kampung sendiri. dalam Felda. yes aku lah one of the thousand of anak Felda yang sangat bertuah =.='   dan yang buat aku lagi bertambah malas masa awal pagi tu adalah pabila sudah bersemangat waja nak mandi lalalalalalala sambil lenggang kangkung 

tiba-tiba... jeng jeng jeng ----


pulas punya pulas kepala paip tu, air yang keluar mak ai ! dua tiga titik je ? konfem. takdak air. nak kena mandi guna air yang sedia ada dalam kolah. dia punya tahap sejuk, pheww rasa macam nak mandi P ramlee :  celup air guna jari pastu cuci taik mata. ok dah setel. hahahaha

hermm tapi aku spesis yang takleh kalo tak mandi. sejuklah cemana pon, kena mandi. kalo tidak sakit kepala tahap holiau maaaaaaa ! hey kemon ladiessss, takkan nak pegi kerja tak mandi kot. apa barang main spray² perfume konon kasi wangi pada hal tak mandi hahaha

bila sudah mandi. sudah wangi. baru boleh touch up--touch up sikit. kasi iron itu tudung bawal kangaroo. sarung. kasi pin. jangan lupa pulak pakai baju,seluar apa semua. nanti karang haaaaa =P

sipbaikla masa balik kerja petang tadi bekalan air dah kembali pulih. tempat kerja pulak satu hari fullhouse. customer ramai phewwww =.='  hoyeahhh boleh mandi dengan jayanya seperti dulu kalaaaaaaaaaaaaaaa ;)


Future husband

03 February 12 Comments
ini kesah antara aku dengan sorang besfren aku ni. Nadia. aku dengan nadia kenai lama dah. dari sekolah rendah lagi dah. sampai la ni pon dok keep in touch selalu. pastu kesahnya, lepas isyak tadi aku pon macam biasa arr godek fesbuk. tengok apa yang patut.

tup tup. kat newsfeed aku kuaq menatang ni :

"nadia in a relationship <3>

yelah pada orang lain apa lah sangat setakat update relationship. tapi pada aku, bilamana si nadia sudah hapdet status in a relationship, woahhhhh inikali kena terjah wassap dia teros ! hahaha

so aku pon memulakan sesi terjah ke wassap nadia. dah la nadia tengah dok pulun makan masa aku wassap tu.. langsung kawan tu mintak hold sat. tunggu dia setel mencekik pastu baru dia reply. berasap gak aku dok tunggu.. nerves aku mengalahkan dia yang mula bercinta. hahaha

         

      

            

okeh pertamanya, aku bukanlah kepochi macam yang engkorang dok pikir tu.. eleh takyah nak deny sangatla.. betoi kan? dok pikiaq aku ni minah kepochi kan??? hahaha gurau. aku ni dengan nadia ni je macam gini. kalo dengan orang laen memang takla aku nak macam gaya wartawan gila berita sensasi sampai tahap ni hahaha

sebabnya -- dengan nadia ni- dia sebaya aku. kami ni sama-sama selalu borak pasal jodoh. tengok kengkawan lain yang sama muda sebaya pakat dah kawen.. tinggaila kami ni belom sampai jodoh lagi.. makanya ya ibu ibu, bapak bapak sekalian, ya jadinya kayak gini lah bila orang yang belom berjodoh telah mula dipertemukan dengan bakal jodohnya... gittewwwww =P

aku tumpang heppy bila nadia cita dia rasa 'lain maciammm' sikit kali ni.. rasa yang cemana entah dia pon taktau nak describe. inshaAllah dia planning nak bawak jumpak parent dia tak lama lagi.. aku doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk hang nadia. 

aku dapat rasa kali ni he's the guy. sebab aku rasa hang punya feel tu lain maciammm sikit kali ni.. hehe.. moga bahagia sampai syurga :)



Fareeda Punya Tudung

03 February 11 Comments
isnin 3 februari. untungla sapa keja kat keyell. boleh cuti lagi harini.. aku keja kat Perak je. so dah kena masuk keja.. huwawawa. sipbaik la dapat gak offday CNY aritu.. kalo tak dapat cuti masa raya cina, konfem aku ngamuk kehkehkeh

eh jap.. memandangkan harini agak tak bizi, so aku pon jalan cuci mata nengok² kat fesbuk hape yang ade.. aku konfem majoriti perempuan / wanita memang akan tertarik bila tengok tudung Fareeda. tak kira la berapa layer.. dua ke tiga ke.. ada ring ke takde ring ke.. entah berapa macam fesyen yang lain yang aku tak tau lagi.. tapi tak semua wanita la yang tertarik atau minat kat tudung fareeda nih.. dia bukanlah tak minat sebenarnye... minat tu ada kot cuma salah satu sebabnya--mahai... itu yang menjadi batu penghalang dari wanita untuk memilikinyewww barangkali ahaksss ye lah customade kan. memang adatla mahai. pulak tu jenis material kain pon mestila dari yang jenis terbaek. konfemla harga kena mahai baq hang.
aku ni nak kata bekenan untuk beli, mungkin tak kot. aku repeat. MUNGKIN tak. buat masa ni memang tak mungkin la untuk aku beli memandangkan harga dia pun agak perrhhhh di luar kemampuan daku rakyat marhein ini huwuwuwuwu T___T sehelai tudung dia boleh buat makan 3-4 hari aku weyhh.. sebab tu buat masa ni aku mungkin takkan beli lah.. 

tapi 

err tapi..

bila selalu sangat dok TERtengok model dia pakai cantik--terletak je, pastu pulak kat  fesbuk plak skang ni bila friend kita 'like' je apa-apa mesti akan kuar kat newsfeed.. waduhh waduhh itu bisa menggoncang keimanan guwe nih !

sikit sebanyak mula lah ada rasa goyah dalam diri ini untuk membeli.. haishhhh  =.='  err tapi kalo aku beli pun mungkin aku tak pakai lah. aku planning untuk beli 2-3 helai pastu nak bagi mak aku pakai.. sebabnya aku rasa bila aku pakai tudung jenis sarung gitu, otomatik muka aku macam tahap makcik-makcik.. so better aku tak pakai.. baik aku beli je tudung bawal brand kangaroo-- selai baru dalam enam tujuh hengget je.. hoyeahhh ! hidup tudung bawal kangaroo ! hahaha



Fabulous February

02 February 11 Comments


Pejam celik--pejam celik, dah habes tigapuluhsatu hari dalam bulan januari.. skang dah februari.. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas. for FREE. nasib baik lah udara oksigen ni takleh jual beli.. kalo tidak mesti kita rakyat marhein ni tersepit ataupun konfemlah mati dah sebab tak mampu nak bayar harga oksigen yang makin meningkat  =.='

aku tertengok kat instagram si jihan rajalawak pasal kicap kipas udang botol besar tu.. harga kicap tu rm10 sebotol ! mak oi mahal betol dah skang ni kicap.. silalah bertukar kepada kicap jenama lain ye pasni =P


err tapi kalo tengok pada yang komen-komen tu ada yang kata maybe ini kicap yang dijual kat Jusco.. tu yang harga beza gila.. yelah kat dalam jusco aeon kan nak bayar sewa lot kedai lagi.. bla.. bla.. bla.. pfttt

makanya ya ibu-ibu, bapak-bapak sekalian ya.. pastikan nanti belinya jangan di dalam jusco ya.. cari aja di toko-toko runcit kecil yang enggak guna penyaman udara ya.. barangkali hargannya lebih sippppp gittuuu =P


aku tukar template sempena bertukar bulan.. konon-konon amek mood balik untuk blogging gittewwww ahaksss

pastu ada dua bloglist dah lost. aku dah back up before tukar macam-macam. tapi sampai ke sudah aku tak dapat figure out kenapakah boleh hilang. hurmmm nak kena cari balik satu--satu kawan-kawan dalam list tu huwawawawa



Jangan Kedekut

13 January 13 Comments

salam 13 Rabiulawal. moga semuanya baik² saja. aku? macam biasalah. jawapan cliche -- bizi. arini dah masuk minggu kedua kita di tahun duaribuempatbelas. dah macam² benda jugak yang kita hadap. awal januari aku, bermula agak tak best. dan yang tak best tu aku pon taknak cerita. cuma aku berdoa dan berharap supaya yang tak best tu takkan berterusan. 

aku buat kerja--
apa sajalah,
tak pernah letak HARGA.

apa saja insan sekeliling aku mintak bantuan,
selagi mampu, aku usahakan.

abah-
dari sekecik² aku diajar-- mahu apa saja, sila usaha.
bukan main tadah tangan saja.
alhamdulillah setakat ni jadi manusia.

mak-
berbakul pesan tak pernah lupa--
buatlah apa saja, asalkan hormat orang lebih dewasa.
dan jangan pernah buat sesiapa terasa.

********************************************

aku pon manusia biasa. tak pernah lari pon dari buat dosa. dan aku jenis manusia yang kalau jiwa aku pedih, aku sebolehnya jauhkan diri dari laman sosial. sumpah aku takut. 

takut TERlajak tulis.
takut TERlajak kata.

maklumlah, versi tulisan ni memang lain. kita tulis : lain intonasinya. orang yang membaca : lain intonasi bacaannya. dan yes -- bila jiwa pedih, mengadulah pada DIA. memang DIA selalu ada. itu janji DIA. kita yang manusia kerdil ni je selalu sombong. lupa. 


owhh dan satu lagi. sempena Maulidurrasul ni, janganlah kedekut. tak kiralah untuk apa sekalipun. jangan kedekut sedekah. jangan kedekut berdoa. jangan kedekut senyum. jangan kedekut drop komen. kehkehkeh


Jujur Aku Tak Kuat

04 January 11 Comments

Januari bermula agak sedap. Pada awalnya lah.. masuk hari kedua januari duaribuempatbelas, ada yang kurang enak.. masuk hari ketiga juga begitu.

Jujur aku katakan --
AKU TAK KUAT.


*aku berkira-kira nak add adik aku si Pian jadi admin blog ni.

Dah Nak Habes Tahun

30 December 17 Comments

Assalamualaikum.. kali ni macam rekod paling lama je aku tak hapdet T___T  Takdela bizi sangat sampai tahap takdak masa langsung untuk hapdet.. Ermm tapi.. tapi.. tapi dia macam ade je hal yang membuatkan aku takleh nak hadap depan lappy lelama.. Ofis hour dah memang tentu² la takleh nak wat keje-keje hapdet ceni.. ahakss =P 

So sepanjang duaminggu yang konon macam bizi tu sebenarnye aku ada la dua-tiga-empat aktiviti yang aku setelkan.. Antaranya aku sibukkan diri p majlis bertunang member aku dari kecik --- si kenit kemetot tapi comel gila (Ella).. kamiorang dari zaman kecik lagi main pondok-pondok sesame, main rounders sesame.. pastu main tanah boh dalam tempurung pastu wat konon-konon macam kek lah =P Heaven gila rasa masa zaman kecik-kecik dedulu tu.. wuwuwu

And on 8 December 2013 aritu Ella dah selamat jadi tunangan orang.. Tunangnye pon kecik molek jugak.. memang suweetlah korang dua.. aku ni je entah bila entah nak jumpa bakal suami aku.. sobss sobss


Setel bab Ella bertunang. Pastu start bizi balik wat preparation untuk Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia kat Felda Gunung Bongsu, Kedah.. sebelum² tu pon team kerja kat sana dah roger mintak tolong ape yang buleh kami setelkan dari jauh memandangkan diorang kat Kedah dan kami yang lain kat Perak.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab berjaya harung and tolong team kat Kedah setelkan Openday diorang eventho aku kena hadap macam-macam-macam halangan dan dugaan.. 


Masa ni jugak aku dengan 3 lagi rakan sekerja aku kena terima satu dugaan besar yang sebelum ni tak pernah kami hadap.. Aku terus terang cakap, aku gerak awal sehari ke Kedah pon sebab aku memang dah berniat nak bagi full commitment kat member-member sana. Sebab masa Karnival sebelum tu kat Behrang aku tak dapat fully commit sebab masa tu ada few things yang aku kena setelkan.. 

Sejujurnya aku memang sangat sedih sebab kamiorang berempat kena hentam kaw-kaw punya dengan our superior.. dah la itu final event untuk tahun ni.. dan entah-entah final event sefinalnye.. Sekalinya camtu ending dia.. seriyes aku sedih gila untuk part tu.. Eh bukan aku sedih sebab part kamiorang kena marah tu semua. Tak. bukan sebab tu.. Aku sedih sebab segala usaha murni kamiorang takde ucapan Terima Kasih langsung dari diorang.. Aku tak kesah kalo aku sorang je yang kene marah atau kena hentam, tapi aku sedih sebab ada lagi 3 orang member aku yang kena hentam sama.. Wal hal kamiorang memang betol-betol datang sana tolong setelkan kerja-kerja preparation sampai pukul 1--2 pagi sebelum hari event.. 

Tapi yelah kan, orang kalo dah tak suka, ko buatlah cemane pon memang tetap ko buruk lah dimata dia.. Dan yang aku rasa lebih bersalahnya adelah aku yang drive bawak private jet aku.. Aku rasa macam aku lah puncanya sampai kawan aku yang lagi 3 orang pon terlibat sama.. Sipbaikla mantan Boss dulu ada datang sekali masa hari event tu.. Masa aku teruk kena hentam kaw-kaw tu dia jugak yang back-up saying that dia tak percaya staff yang dia tinggalkan adalah kurang hajar. He knows us well sebenarnye. 

Hurmm banyak lagi sebenarnye yang pahit berlaku sepanjang 2--3 hari event ni.. Tapi aku rasa biar aku dengan 3 orang member aku tu je lah yang tau.. Biarlah ape orang lain nak fikir.. Selagi nawaitu lillahita'ala, inshaAllah dipermudahkan :')




*again -- terima kaseh Encik Nafis.
sebab backup kamiorang malam tu..
our relationship will remain forever.
inshaAllah encik :)




mungkin akan ada perubahan sempena perubahan tahun :)


Dikala Malam Bulan Mengambang

13 December 13 Comments

Assalamualaikum awak.

Terime kaseh sebab awak selalu datang sini.
Datang selongkar entry-entry dulu².
 Walaupun entah hape je yang saye tulis.
Tapi awak keep on selongkar jugak bace.
Terime kaseh.
Again ;)




Adoi bizi lettew konon sampai enam hari tak hapdet ape².. dah la tak hapdet, pastu tak p jenguk blog kengkawan pulak tu.. hnnss hnnnss ampun ya sobat sekalian.. guwe lagi sibuk ngaturin jadual gerakkerja guwe sekarang ini.. hahaha dah jadi minah indon pulak.. ini semua salah Nabil Maharaja Lawak Mega la ni.. dok bantai gelak tengok Nabil jadi Malin Kundang sampai teringat² pulak cara dia becakap.. "ya kan ? ya kan ? ya kan? " --- dia becakap pekat giler indonnye kononnye.. adoi haha

Pheww ok habes part Nabil.. Nampak tak atas tu ? Itu chat conversation antara aku dengan lagi dua orang lagi besfren aku --- si Reff & Iszuwan.. Antara yang masih bujang dalam team tu adalah aku.. Makanya dorang ni pakat dok risau kalo aku dah kawen nanti takot kalo aku dah takleh nak havoc² dengan dorang apa semua.. Tu yang siap pesan kena carik laki sporting hape semualah.. Masalahnye nak mencari tu yang aku tak tahu camne.. Well maksud aku memangla boleh cari, pastu bila dah jumpak nanti kau mesti macam :

"wahhhhhh cenggini la jejaka impian aku !" 

Pastu mata siap kelip-kelip adorable gittew dok ushar je muka jejaka impian kekononnye tu... Pastu tetibe nanti kau tengok masa dia balik kerja ada sorang gerl ni dah tunggu kat depan ofis. Siap salam ciom tangan bagai. sekali hasben orang daaaaaa. PAP ! habes lah mimpi siang kau kat situ. kehkehkeh


Aku sebenarnye takdela risau mane pon pasal jodoh--nikah--kawen ape semua ni.. dedulu masa jiwa tengah panas zaman muda memangla kalut dok fikir bila la aku ni nak berjodoh.
Pastu mengeluh.
haiishhh~

Tapi skang semenjak makin merangkak usia remajatua ni dah makin tak kesah sangat dah..
Belajar muhasabah. 
Belajar redha. 
Belajar telan semua yang jadi memang dah diatur baekkkk punye.

Takyah susah² fikir serabut kepala.. Hadap je ape yang datang. Pastu doa dan senyum selalu. InshaAllah memang dari kau bukak mata awal pagi sampai ke malam lah akan ada benda yang indah² je.

Tak caye try ;)





Data -- Permaisuri

07 December 7 Comments



Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

( korus )
Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara 
Kekal selamanya --

Nothing Else Matters

30 November 14 Comments

Salam November. last entry aku two weeks ago. dah la two weeks ago, panjang berjela macam karangan spm pon ade. naek menyampah kawan-kawan nak hadam =P

bila sampai duaminggu tak sharing ape-ape kat blog, momentum nak menulis menaip tu jadi agak lambat dan agak susah jugak kot untuk jari jemari menari.. hermm tapi perasaan dan tangan sangat menggelegak untuk sharing sesuatu. 

hermm untuk last two weeks, ada beberapa perkara yang aku setelkan dan macam biasalah dengan bantuan rakan-rakan sekeliling jugak.

Alhamdulillah Karnival Fiesta Jalur Lebar 2013 pon dah berjaya kamiorang hadap walaupun baaanyak rintangan dan dugaan yang kamiorang kena telan sepanjang sebelum-semasa- selepas program.. yang penting kemunculan Upin Ipin + Azmeer + Jalil Hamid memang kasi havoc habes lah fiestajalurlebar kamiorang tu.. weehuuuu ~






Bersyukur diletakkan dalam satu Team yang sangat supportive dan membantu rakan-rakan lain ;)


Nyamuk Punya Angkara?

04 November 24 Comments


Dah November rupenye.. tinggal kurang dua bulan tahun duaributigabelas bakal berakhir.. sekejap je.. rasa macam baru semalam je 1 Januari... umur pon bakal bertambah naik ke satu lagi angka la maknanya next year.. Hermm kena capai beberapa checklist yang belom dapat tick lagi nampak gaya nih.. Hnsss hnsss *kembang-kembang idong*

Aku rasa macam agak lama tak dapat on blog nih.. Kali ni bukan alasan bizi dah.. alasan kali ni melibatkan kesihatan.. Aku ni spesis yang agak susah dijangkiti sakit demam.. Which is aku bersyukur sebab aku dikurniakan antibodi yang sedemikian rupa.. Jenis lasak jugakla orang kata.. 

Tapi.. ha ada tapi kat situ.. Tapi baru-baru ni demam dah berjaya attack sistem pertahanan badan aku.. Kisahnya mula begini --- *dah macam nak bercerita hikayat Sang Kancil plak*

Lepas je setel cuti Raya Haji aritu (family aku beraya kat umah abang long aku kat Putra Heights,Subang) disebabkan beliau dapat cuti 1 hari je dan tak dapat nak balik kampung.. Maka beraya lah kami kat sana.. Balik je dari sana aku pon sambung masuk ofis macam biasa lah.. Tiba-tiba masa 22 Oktober (Selasa) tu masa aku masuk ofis pagi tu, aku dah rasa lain maciaaaaamm.. 

Badan rasa seram sejuk.. Menggeletar habes.. Partner aku (Cik Ida) pon memula tu pelik gak tengok aku dok ketar habes.. Tak pernah² aku camtu.. Memandangkan tahap ketar tu makin memuncak, aku pon decide terus landing kat bahagian dalam bilik training + off ekon -- dengan aku pon terus off sekali.. Aku terbaring kat situ dari 10.30 pagi sampailah pukul 1 tengahhari.. Masa nak balik rehat kul 1 tu Cik Ida syorkan aku balik rehat je la katenye memandangkan keadaan aku yang dah macam hape je.. Dan aku pon gagahkan jugaklah drive balik sebabnye takkan aku nak tinggalkan pulak kete kodok aku kat situ.. 

Dipendekkan cite, aku memang demam bermula pada 22 haribulan tu.. Tapi.. ha ade tapi lagi.. Aku buat rilek je tak p hospital.. Itu satu lagi style aku --- taknak p hospital ke klinik ke kalo sakit gitu-gitu.. Sebabnye yelah, aku bajet demam sebab kene hujan mase petang sebelum tu.. dalam duatiga hari baiklah tu nanti -- aku sedapkan hati sendiri tiap kali sakit demam..

22 haribulan membawak sehingga ke 26 haribulan.. Dah masuk 4 hari kat situ.. Takde jugak tanda² macam nak kebah demam aku tu.. Kat tangan pon dah mule naik ruam-ruam merah.. Masa tu dah ada mula rasa risau jugak kot² ada masalah lain ke aku ni sebenarnye.. Last² 27 haribulan tu, mommy and daddy *cheyyy bajet ongkaya sangat* decide angkut aku dan bawak p check up kat Hospital Slim River.. Dalam kul 6 lebih aku sampai sana pastu doktor pon check pastu amek darah apa semua pastu kena tunggu.. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Dari kul 6.30 tu sampai kul 8 lebih jugakla baru aku dipanggil semula (yang sebenarnye kalo ikot aku, aku dah ajak je mak abah aku balik sebab tunggu lama sangat dan tak di inform apa² pon kena tunggu lama ke kejap ke) Bila dipanggil semula masuk ke bilik doktor tu, satu berita yang kurang sedap didengar disampaikan pada aku ---


"kalo ikot pada kandungan darah adik ni, kami saspek denggi.. tapi tak seriyeslah... ermm tapi takpe.. adik boleh balik.. cuma kena repeat check darah lah untuk duatiga hari ni kat klinik kesihatan terdekat ye.." camtu lah kata doktor pompuan tu kat aku..


Makanya, start hari berkenaan (27 haribulan) sampailah 31 haribulan tu aku kena p check darah pagi dan petang.. Mak oi azab jugaklah hai pagi-petang asyik kena cocok je kejenye.. Aku ni dah la antara manusia yang paling susah nak telan ubat-ubatan segala bagai tu.. Pastu kalini kena cocok pulak lagi.. Pftttt punya best rasa dia baq hang ! 

Dan belom setel kat situ.. aku kena p check up lagi pada 6 November nanti.. Mudah²an takde pape masalah lah hendaknye.. Aku tak rela dah kena cocok pagi-petang camtu.. 



*rumah aku takde pon sebenarnye kawasan air bertakung atau kawasan pembiakan nyamuk
*bila saat sakitdemam ceni -- mak + abah lah insan paling dekat bersusahpayah usaha :')
*bila diuji bab kesihatan ceni -- Ya Allahuakbar :')



Orang Perempuan Ni

20 October 26 Comments

Orang perempuan sifat dia kalau kasar---
Sebenarnya  mereka ni lah yang paling mudah untuk didekati.
Sebab mereka kalau gurau kasar, tetap boleh terima.
Cuma satu je tentang mereka ni ---
HATI mereka tetap perempuan.
Kasih sayang mereka tetap lembut.
Dan teman mereka tetap yang satu --- "menangis"


Senang je sebenarnye nak tackle perempuan.
Cuma kena mencuba.
Try.
Tak berjaya ?
Cuba lagi.
Tapi kena bersungguh.
Dan jujur.