Jangan Jadi Camni
anamizu
15 July
35 Comments
Ya ampunnnnnn ! Nak kata tua, takdela tua sangat. Nak kata aku banyak makan kepala ikan, pun tidak sebabnya aku memang tak berapa nak minat kepala ikan.. Mungkinkah sebab banyak TERminum air yang banyak semut ? Hishh hape daa nak salahkan semut pulak.. Pada hal sendiri yang lupa.
Frankly speaking lah kan, cheyyyy todia kemain lagi engko nak frankly bagai hahaha.. Takdelah sebenarnye aku memang jaaaaaarang sangat terlupa kalau yang melibatkan perkara-perkara penting contohnya : tarikh kena service kereta, tarikh kena renew lesen / roadtax dan yang berkenaan.. Malah, aku ni lah insan yang selalu jadi tukang ingatkan pada insan-insan tersayang di sekeliling aku..
Tapi kalini entah mana silapnye, aku pun tak tahulah. Aku sendiri boleh pulak terlupa yang bahawasanya lesen memandu aku dah tamat.. Bermula pada tahun bila entah dah dikuatkuasakan yang tarikh luput lesen memandu adalah pada tarikh lahir kita sendiri kan ? salah satu puncanya deme buat camtu adalah untuk nak kurangkan alasan 'terlupa lesen dah tamat tempoh'. Yela dah tarikhnye sama dengan DOB engko, takkan lah lupe lagi kan? tapi kalau benda dah nak jadi, memang Kun Faya Kun jugak.. bukti nya? ni ha. aku sendiri buleh terlupa. bukan satu -- dua hari pulak tu.. lesen aku dah expired 13 Mei haritu. dan aku baru tersedar dua tiga hari lepas ! itu pun sebab aku dengan partner kerje aku dok belek-belek ic masing² pakat dok tengok muka makin membulat dengan jayanya hahaha
Rupanya selama dah expired dalam lebih kurang dua bulan lebih ni, aku kemain lagi ke sana sini dengan konfidennya.. Sampai dah 2--3 kali p Ipoh, Kampar, Subang apa segala bagai.. Sipbekla takdak jadi apa² yang tak diingini selama dah mati lesen nih.. haisshhh ~
Makanya, kemarin dulu tu aku pun apa lagi. Kalut la p ke JPJ Tapah untuk renew. Sipbekla orang tak ramai memandangkan bukan hari Isnin.. Takyah beratoq lama la aku kat situ.. Amek nombor -- bayaq -- snap gambar terus kat situ -- tunggu 2,3 minit -- setel . Aku tak tau lah memang sekarang ni minimum period untuk renew lesen adalah memang 2 tahun ke atau disebabkan aku ni terlewat, so dia kata takleh buat setahun dik, kena minimum 2 tahun.. errr ke cane ea?
Lesen baru sekarang ni dah tak mainla yang laminate-laminate tu.. sekarang ni dah canggih.. lesen dah jenis keras macam ic tu.. kehkehkeh.. Alhamdulillah masih dilindungi. Allahuakbar. Ingat naaaa, jangan jadi lagu ni ok ? :)