Juling Bijik Mata
anamizu
18 July
10 Comments
Yaaa mood rajin aku mai dah.. kalau mai angin rajin, kemain lagi aku pulun hadap skrin godek coding blog ni.. kalau mai mood malas -- sampai berbulan la aku buat tak peduli langsung.. dari awal blogging dulu lagi dah aku perati je perangai aku sendiri jenis cemana.. hahaha
Bukan apa, (selama kewujudan diary-kecilku ni) aku ni jenis tak berapa buleh stay dengan satu tu je dalam berblog. maksud aku dari segi template, jenis font, warna, dan jugak susun atur.. Aku jadi cepat cemuih (jemu lah kata orang utara hehehe)
Untuk part header saja kalo ikot yang dok ada dalam koleksi aku, fuhhhh ada gak la sepuluh kot.Tu baru header.. tapi kebanyakannya memang hasil air tangan aku sendiri la yang tak berapa nak seni ni hahaha.. dari segi template pulak -- berdasarkan hasil kajian yang aku buat atas diri aku sendiri, aku dapati aku lebih banyak gunakan simple template. Faktor utama dia adalah sebab dia simple la. senang nak godek. hehe

Pastu dari segi jenis font pulak setakat ni aku cuma guna font jenis Verdana, Trebuchet MS, Comic San, Consolas dan yang paling latest skang ni aku guna font Short Stack. Dari segi warna pulak, memang aku lebih suka warna cerah putih camni. bukan apa sebab aku selalunya on dikala malam bulan mengambang jadinya haruslah guna kaler yang terang benderang kalo tidak nanti jenuh pulak meraba aku dalam kelam kehkehkeh
Dari segi susun atur, tak banyak berubah pun.. semuanya base on simple template je.. Mood rajin dok ubah template / coding blog ni bagusnya adalah dapat memantapkan lagi lah skill mengenal dan menggodek coding. Tapi yang tak besnye adalah mata naik juling la jenuh dok perati coding nak capai tahap puas hati yang kita letak sendiri tu kikiki
#PrayForAll :'(