Ooo Baru Tahu #1 | Cara Merawat Demam Selsema Tanpa Ubat-Ubatan

11 October 26 Comments

http://matcuoi.comPelangi indah sudah muncul selama beberapa hari lepas.. Sekarang datang ujian kesihatan yakni demam selsema + batuk.. Nak angkat muka pon rasa tak larat.. Hingus pulak rasa meleleh-leleh je adehh takpe bersabarlah wahai manusia.. Sakit tu kan kifarah dosa-dosa :’)

Aku ni pulak memang jenis yang agak susah makan ubat-ubatan sejak dari kecik dulu lagi dah.. So bila demam-demam camni mula la lagi semua benda tak kena.. Yelah bila tak makan ubat, camne nak kebah (sihat) ye dak ?

Sebenarnya banyak je alternatif lain untuk pulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan tu semua.

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah macam hidung berair dan tersumbat ataupun sakit tekak.

Kalau ikutkan petua orang dedulu, ada beberapa jenis bahan yang mampu membantu untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema contohnye :

Halia
Boleh bantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari.

Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan.Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik.

Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah. DIULANGI : MAKAN MENTAH ok =P

Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak.

Air Beras
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam.

sumber : LINK

Ok lah nak kena try gak la petua ni. 
Takleh tahan dah hidung rasa macam 
badut sarkas dah ni huwawawa http://matcuoi.com


Ohsem October ! Part 2

10 October 15 Comments
Sebelum ni aku ada bagitahu yang 'i got something from someone' tu kan??? Jap lagi aku citer.. Ohh sebelum tu maaf sangat-sangat belum sempat terjah balas BW ke blog engkorang sebabnya semalam aku terlibat dengan Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Perak.. Program tu start seawal 7.30 pagi dengan aktiviti yang macam-macam.. 

Setel je program AADK tu aku terus shoot pergi Program Sukan Tahunan Sekolah pulak.. sukan tu pulak start jam 2.30 petang sampailah 6.00 petang... so semalam memang betul-betul outdoor plus berpanas plus berjerebu tebal gilerlah sampai ke petang.. Malamnye tu kononnye lepas isyak nak lah jalan-jalan terjah blog kawan-kawan sekalinya letak kepala terus hanyut tak ingat apa dah hehehe


Ahahhh ! Nindia la yang aku kata 'something from someone' tu ! Rupanya dalam peti surat merah tu ada Majalah Aisyah Edisi Oktober 2014 yang aku dapat PERCUMA yakni FREE pemberian akak blogger paling manis dan murah hati gitteeewww iaitu kak Anies.  Terima kasih Kak Anies ! Yang lagi menggumbirakan hati dan perasaanku ini adalah tu nampak dak yang 15% off tu??? Haaaa tu nama dia voucher free untuk shopping apa saja kat Zalora dot com dot my.. Kak Anies siap klip kan sekali kat dalam first page majalah tu.. siap ada p/s lagi tu ha dari Kak Anies.. InsyaAllah mudah-mudahan bermanfaat. Aku dah belek habeh dah majalah Aisyah ni memang semua info bermanfaat kat dalam tu.. Bagus sangat untuk pembacaan gegadis remaja sebab berunsurkan islamic.. 

Tak sangka dugaan kereta kena scratch dengan trailer aritu digantikan dengan dipermudahkan proses claim insurans untuk repair kereta tu, pastu pulak tak sangka-sangka kereta aku dah boleh ambik masa sehari sebelum raya haji aritu, pastu pulak ujian url blog pon dah pulih pastu pulak siap dapat FREE majalah Aisyah dari Kak Anies.. Alhamdulillah syukurnya rasa..

Eizz ada tanya kat komen box cemane nak buat scrollbox macam kat blog Ana ni kan? Pssttttt meh sini nak habaq.. errr sebenaqnya kan, Ana tak pandaila nak buat tutorial cemana.. sebabnya Ana pon main google je segala benda pastu godek-godek sampai puas hati sendiri.. Pusing code sana pusing code sini pastu setel.. konfem Eizz pon boleh aihhhhh kehkehkeh

Heyy siapa yang teka Ana dapat cheque dari nuffnang hah??? Salah la.. blog ana mana ade nuffnang pon kehkehkeh =P

hidung dah mula ketat.
hingus dan sinus dah mula pekat.
kepala mula berat.


Ohsem October !

09 October 16 Comments
Ok rasanya blog aku ni dah fully recover dari demam url tak terupdate pada bloglist kawan-kawan.. Walaupon aku dah hampir nak gigit peti ais disebabkan tak puas hati punya pasal sebab tak dapat figure out. Lepas bertungkus lumus perah otak check sana sini finally yeyyyy dah ok semuanya ! Alhamdulillah. 

Kereta pon dah kembali pulih. Dah discharge pun dari bengkel sehari sebelum raya haritu.. beraya dengan 'baju baru' jugakla kereta aku hehehe bak kata Acik Idah =P

Dannnnn pabila pulang dari kerja petang hari tadi dengan rasa terujanya aku pon cek la peti surat.. Tup tup haaaaa amek engkau ada surprise ! I got 'something form someone'

Wahhhhhhh dah macam menang lucky draw dapat TV LCD 72inci dah perasaan aku weyhhh ! Esok aku ada one day Program Anti Dadah anjuran Felda kat tempat aku.. Aku agak sibuk sebab terlibat secara langsung sebagai urusetia. Program start seawal 7.30 pagi dengan aerobik senamtari.. wuhuuuu dah agak lama tak join aerobik-aerobik bagai ni.. 

Nanti esok aku share kan apakah surprise yang ada dalam peti surat merah tu sebenarnye hehehe =P

Ok Moh Kite Cube

07 October 16 Comments
Malam semalam aku try godek sendiri akaun feedburner aku untuk check apa lagi yang tak kena sampai kan dah satu minggu url baru aku masih jugak belum diupdate pada bloglist kengkawan.. Mekaseh engkorang yang sudi jugak singgah sini walaupun url aku masih tak berapa nampak updated kat bloglist huwawawawa   Habeh segala keyword aku google asalkan ada kena mengena tentang cara untuk buat url updated kat bloglist.. Merecik segala peluh jantan betina ! sampaikan dah mula rasa macam nak gigit peti ais je tahap geram die tu tau tak ??? Ok yang tu aku tipu kehkehkeh


Tapi tadi aku nampak komen dari Plain tegur :

"woot woot... tetiba url dah boleh diaccess dari bloglist, dah berjaya la ni kiranya? huehue tahniah~ ;3"

Errr kat blog aku memang dah kuar la Nama Blog baru (ana-mizu™) dan updated 1 day ago tu ha.. Hurmm memang amek masa kot untuk robot crawl semula semuaaaaaaa entry-entry blog kita.. yelah sebab nak update link lama bawak ke link baru ye dak? 

Ke benda ni kat blog aku je updated?
Kat blog kengkawan dah ok ke?
Errr ke semua ni dusta belaka? sobss sobss

*entry takde gambar sebab jenuh loading. 
Tenet macam haremmmjadehh je huhuhu

UPDATED :
Alhamdulillah rasanye dah fully recover dah kot kan? kan? kan?
Ce komen ce komen kehkehkeh =P




Ouchh! Its A Smile :)

06 October 27 Comments
A day before Aidiladha -- received a call from the workshop yang aku antar kereta aku tu.. Mulanya aku macam taknak jawab je call tu bila nampak nombor tu naik sebab aku bayangkan mesti akan ada berita kurang menyenangkan hati yang bakal aku terima.

Tapi, ternyata sangkaan aku tak benar sama sekali. Jauh di corong sana aku dapat dengar dengan jelas satu suara tu mengatakan:

"Hello Miss... you punya kereta Pesona Silver number bla..bla..bla.. sudah siap aaaa.. You sudah boleh datang ambil hari ini after 3pm ya.."

Aku yang terasa macam tak berapa percaya, buat-buat tak berapa dengar dan tanya lagi sekali supaya dia ulang semula apa yang dia cakap tadi. Konon-konon macam pekak pulak.

Dah la aku bermuram durja beberapa hari kebelakangan ni sebab masalah blog tak terupdate pada bloglist masih belum setel lagi.. Hal  tuntutan insurans kereta pun masih samar-samar lagi.. 


Bila kali kedua dia repeat ayat yang sama, barulah aku senyum tak mau-mau... Sampaikan aku rasa yang dunia sekeliling aku terhenti seketika tatkala aku mendapat perkhabaran gumbira itu.. wahhhhhh gittewwww ahakssss

Petang tu lepas je setelkan apa yang wajib, aku terus ajak mommy daddy dan abang long beserta akak ipar dan juga si anaknye Rafael yang obses otromen tu ikot sekali p ambik kereta tu kat workshop tu kat Kampar, Perak.

Barula aku rasa semangat untuk beraya bila tengok segala koyak rabak yang haritu dah kembali pulih tanpa ada lagi cacat celanya... Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Terima kasih jugak engkorang-engkorang semua yang drop komen mendoakan segalanya dipermudahkan.. Sayang engkorang ketat-ketat ! Mmmmmmmuahhhhh ! XOXO ! haaaa kat pipi engkorang kehkehkeh



Salam Aidiladha.

Ohh Its October !

03 October 20 Comments
Hurmm dah oktober. I is sad.
















1.Dah godek sana sini.
2.Blog masih tak terupdate kat bloglist kengkawan.
3.Ada sebab kenapa aku tukar url.
4.Sedih T___T

Buat masa ni aku BW je lah tiap hari dan drop url baru aku ni kat komen entry engkorang yang sudi singgah blog aku ni.

Aku tak nampak cara lain untuk make sure engkorang nampak aku 'ada' dan 'online' .
Maafkan aku sekali lagi.

Aku masih menchoba sebaiknya.
Sedang layan The Piano Guys di youtube.

Saiaa ta kuaddd T___T

Sorry Susahkan Semua

30 September 39 Comments



Aku tau dah soalan korang apa dia -- 
KENAPA TUKAR URL ?

ok jawapan aku --
selama ni aku dok guna Diary-kecilku.blogspot.com sebagai url blog.. Lama jugak aku dok perati tiap kali google sendiri url blog, paaaapppp tudia keluar paling atas. Ok lah tu kan nak apa lagi ?  

Tapi.. ha ni dia sebab dia - ada keluar beberapa bloglist lain yang gunakan nama blog yg sama sebijik macam aku punya.. ada dua blog yang aku tengok tu blog dari Indonesia.. cuma bezanya depa guna NAMA BLOG saja sama sebijik tapi dengan url berbeza.. 

Dah tu apa masalah yang aku gatai tangan p tukaq jugak url ?

Aku nak matchkan dengan nama aku. 
A.N.A.M.I.Z.U maka aku decide untuk jadikan url blog aku ana-mizu[dot]blogspot[dot]com.
4 tahun dulu masa aku muda remaja belasan tahun dah rasa comel sangat dah guna diary-kecilku tu.. bila dah makin tua ni rasa macam pfttt pulak nama tu. Disebabkan itu jugaklah aku decide tukarkan dan berikan nafas baru yang berbau lebih harum semerbak kasturi pada blog ini dengan nama baru iaitu ana-mizu.blogspot.com jyeahhhhh~ mudah ringkas dan padu gitttewwww hahaha


Dan aku dok berkira-kira macam nak beli domain. Nak bagi jadi Ana-mizu[dot]com je terus.. tapi nanti dulu lah.. rilek-rilek dulu.. 


p/s : aku tengah jejak rumah korang one by one.. cari secara manual link-link blog engkorang.. kalo sesiapa sudi, tempeklah link blog engkorang kat komen sini ye.

UPDATE : aku pon pening pulak sebabnya bila dah update url / link baru taruk kat bloglist, bila klik link tu dia stil bawak pergi link lama pulak.. aku dah tukar kat setting / feedburner / segala yang buleh tukar kat dashboard tu dah update taruk link baru tapi hurmmmm hadoiyaiii cemana pulak nak buat nih T____T   sabar ana sabar... rilek rilek.. fuhhhhhh tarik nafas -- lepas. fikir jap.





Sharing Info : Proses Claim Insurans Kereta

30 September 213 Comments
WARNING !!!
--ENTRY INI AGAK PANJANG. SILA SIAP SEDIA--

Ok dah setel buat entry Sepuluh Hari Cabaran.. Huhh tak mencabar langsung hahaha phuiii ~ Naik cemuih gak dok buat entry 10 Days Photo Challenge tu.. Tambah pulak nak buat 30 Days Challenge ??? Hahhhh memang idok le nampak gaya nye hahaha

Dan --

Memandangkan baru-baru ni aku terlibat dalam kemalangan (walaupun nampak macam kecil tapi sangatlah BESAAAAAAR di mata aku) sebab sisi kanan belakang kereta aku dah koyak rabak sobsss sobsss T___T   maka aku rasa aku nak share tentang tuntutan insurans kemalangan kereta.. Aku konfem ramai yang tak tahu atau kurang ambil tahu pasal benda ni sebabnya aku pun salah soranglah yang tak ambil tahu langsung pasal insurans-insurans kenderaan ni sebelum ni.. Bila dah kena batang hidung sendiri ha tudia baru aku sibuk buat research sana sini..  (google saja sebenarnye.. ahahaha) Tak ambil tahu banyak takpe, asalkan ambil tahu yang penting-penting. Orang kata malang tak berbau kan ? So gerlsss please.. i mean plizzzzz sayang-sayangku ambil tahu sikit ok ? Untuk kita jugak ;) 

Claim Progress Kereta aku -- nampak gaya macam lambat lagi je baru setel.. Claim File Status pun 'pending adjuster survey' lagi tu.. Ini macam kena mulakan operasi lah nampak gaya. Esok dah masuk minggu kedua kereta aku kat bengkel. Siap sedia lah bermula esok aku akan call selalu depa-depa yang berkenaan.. Hati dah mula hangat je nih kalo nak kena tunggu lama.. grrrr ~

TUNTUTAN INSURANS KENDERAAN
            
Apa itu tuntutan insurans? Tuntutan insurans merupakan satu permintaan rasmi kepada syarikat insurans untuk membayar sejumlah wang berdasarkan insurans polisi sebagai ganti rugi terhadap apa-apa yang berlaku pada kenderaan anda seperti kemalangan atau kehilangan.

Terdapat banyak syarikat insurans seperti yang kita ketahui, contohnya Kurnia Insurans, MAA Assurance, Pacific & Orient, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Great Eastern, Berjaya dan lain-lain lagi yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan kita tahu kenderaan yang kita miliki diinsuranskan oleh siapa tetapi adakah kita tahu bagaimana untuk membuat tuntutan insurans apabila kejadian yang tidak diingini berlaku? Dalam artikel ini akan diceritakan serba sedikit tentang bagaimana untuk kita membuat tuntutan kepada syarikat insurans dan bagaimana untuk tuntutan kita berjalan lancar tanpa sebarang masalah kelak. Apa yang ditulis ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya sebagai “Claim Officer” di salah sebuah syarikat kredit di Malaysia.

BERAPA LAMA TEMPOH MASA NAK BUAT TUNTUTAN TU?

Sebaiknya setiap kemalangan jalanraya mestilah dilaporkan. kegagalan membuat laporan polis boleh menyebabkan kita disaman RM300 tuntutan boleh dibuat dengan cepat. malah, bagi tuntutan sendiri (Own Damage Claim) mahupun OD KFK, Bank Negara telah meletakkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sykt insurans dan pemilik dalam usaha mempercepatkan proses tuntutan iaitu:

1. pemilik mestilah laporkan kepada polis dalam masa 24 jam. lebih dari itu kena saman RM300. melainkan pemandu pengsan, masuk ICU atau patah kaki dan sbgnya.

2. kemudian pemilik mestilah memaklumkan kepada pihak insurans berkaitan. pihak insurans akan keluarkan borang tuntutan dengan nombor bersiri. hari ini, kebanyakan borang tuntutan boleh di cetak secara online oleh pihak bengkel.

3. sebaik saja insurans dimaklumkan, mereka mesti menugaskan adjuster utk menilai kerosakan kereta iaitu dalam tempoh 24 jam.

4. pihak adjuster pula perlu melakukan survey juga dalam tempoh 24 jam. laporan taksiran pula mestilah diserahkan pada pihak insurans tidak lebih 7 hari.so, lepas insurans dapat report adjuster, baru mereka boleh proses claim dan buat bayaran pada bengkel. bermakna, kalau ikut atas kertas, paling awal bengkel boleh repair keta kau ialah pada hari ke 8 atau 9. tapi apa yang berlaku ialah pihak bengkel berlumba2 untuk membaiki kereta tanpa menunggu approval utk menjaga imej dan nama baik mereka. so, selalunya, mereka akan mula kerja selepas adjuster membuat taksiran kerugian.

TUNTUTAN SEKIRANYA KERETA KITA DILANGGAR ORG LAIN

Ada 2 cara utk buat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, maka konpem dia bersalah. dan barulah kita leh wat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB kita.

1. cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. kita baiki kereta kita, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah kita boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta kita tersadai selama 20 hari di bengkel dan kita dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000. kira macam duit teksi lah.

2. cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. kaedah ini diwujudkan oleh Bank Negara pada zaman 90an. proses tuntutan sama iaitu kita claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans kita.dalam erti kata lain, kita claim melalui sykt insurans kita (krn lebih cepat) dan kemudian sykt insurans kita akan claim semula dari sykt insurans pihak ketiga. NCB kita tidak akan terjejas.

NCB ialah No Claim Bonus juga diketahui sbg NCD atau No Claim Discount. Bila kita tak buat sbrg claim dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan menganugerahkan kita Bonus kerana tidak claim.. Kiraannya adalah begini:

1st year = 25% 2nd year = 33.3% 3rd year = 38.33% 4th year = 45% 5th year = 55% (maksimum) NCB boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yg lain.

MCM MANE NK CLAIM INSURANS? CLAIM DR SYRKT INSURANS SENDIRI ATAU CLAIM INSURANS DR PIHAK KETIGA?
kita hanya boleh buat tuntutan insurans dari pihak ketiga seandainya pihak ketiga didapati bersalah oleh polis. selalunya keputusan keluar dalam tempoh 14 hari. anda boleh claim insurans sendiri, dan insurans kita akan claim dari insurans pihak ketiga. ini dipanggil KFK claim (knock-for-knock)

MASA BUAT TUNTUTAN, PERKARA BERIKUT MESTILAH DI PATUHI:
1. Salinan asal laporan polis.
2.Sketch map polis kena gak ada lukisan pelan mcm mana kemalangan boleh terjadi / kena pi balai polis balik utk beli pelan kemalangan(dokument report tu pelan dan keputusan polis..)
3. Keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim)
4.Selain dari itu, pastikan kita menghantar ke bengkel yang tauliahkan oleh insurans. kebanyakan insurans tidak mahu membayar jumlah yang dibaiki pada bengkel yang tidak authorised.
5.Borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja.
6. Pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.
jika kereta tak rosak teruk, anda boleh mintak utk guna kereta dulu sehinggalah pihak insurans hantar adjuster dan kemudian meluluskan jumlah tuntutan.

*Semua dokumen (1,2,3) mesti ada letterhead traffic police department.

BOLEH JELASKAN SKIT TAK PIHAK KETIGA?
Pihak ketiga ialah semua pihak di keliling kita semasa memandu. ia boleh jadi:
a. pejalan kaki
b. pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
c. pemandu dan penumpang kenderaan awam.
d. pemilik harta benda termasuk kerajaan serta sykt konsesi lebuhraya
Apa dia pihak ketiga tu? Pihak yg melanggar anda. di sebelah dia pula, anda ialah pihak ketiga.OD KFK bermaksud Own Damage Knock-For-Knock. bermaksud, anda claim insurans anda, dan insurans anda akan claim semula dari insurans lawan. cara ini lebih mudah dan cepat. dan oleh kerana insurans anda tidak keluarkan duit 1 sen pun, maka sebab itu NCB anda selamat.

REPORT DARI PIHAK YG MELANGGAR TU PERLU TAK?
Tak perlu report pihak yg melanggar.. report sendiri sudah cukup..yg no 3 tu jika membabitkan 3rd party atau orang ketiga.. selalunya berlaku dalam accident jenis KFK (Knock for knock)..keputusan akan dikeluarkan oleh pihak polis dalam tempoh kurang dari 2 minggu setelah siasatan dibuat..jika tiada sebarang aral melintang, masing2 mengaku salah, sekejap je result bole keluar..tambah sikit..
semasa pergi ke workshop untuk membuat tuntutan insurance,anda perlu ada :
1.Salinan geran kenderaan
2.Salinan policy insurance
3.Salinan report police
4.Salinan lesen memandu
5.Salinan I/C
6.Salinan cover note (optional)

Borang tuntutan akan diberi sebelum kerja membaiki dijalankan..document yg perlu ditanda tangan ialah Claim Form..selepas kereta siap, pastikan wshop memberi anda Letter of Offer dan Discharge Voucher untuk ditandatangani..excess perlu dibayar sendiri oleh owner sekiranya :-unamed driver-underage driver-driver experience is less than 2 years (dalam kata lain, still lesen P)nilai excess yg perlu dibayar ialah RM200 (minima) dan RM400 (maksima).

Excess ialah 1% dari jumlah nilai keta yang diinsuranskan dan ianya tidak wajib. selalunya di letakkan pada pemandu yang pernah buat tuntutan atau pemandu yang berisiko (terlalu muda sbg cth).bagi
-pemandu yang tidak dinamakan
-pemandu bawah 21 tahun
- pemandu berpengalaman kurang 2 tahun
-atau pemandu lesen P (ada orang ambil lesen semasa berumur 30)maka dikenakan compulsory excess. ini terletak di bawah jadual 2F dalam setiap polisi insurans kereta Malaysia.jumlahnya tetap iaitu RM400.bagi excess yang diletakkan pada polisi terhadap pemilik pula, sekiranya nilai kereta ialah RM75,000 maka excessnya ialah 1% iaitu RM750.


Aku copy & paste dari blog Bro Afzainizam dan jugak Malaysian Riders. Segala maklumat lanjut sila refer pada diorang ye. Aku cuma share info sahaja untuk rujukan aku sendiri pada masa depan :)

Sepuluh Hari Cabaran | Day #10

28 September 10 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 10 : A photo that makes you smile
Kalau bab photo makes me smile memang aku pilih si budak faiz ni lah.. Sesiapa yang follow dia kat instagram memang tawu lah perangai sengal dia dengan karakter-karakter kelakar plus dengan dialog komik sengal dia tu.. Memang rasa nak tampar laju-laju je bila tengok dan baca hasil nukilan si faiz ni hahaha !  Weyhh Faiz aku pun @VillagePeople gak ! hahaha



Sepuluh Hari Cabaran | Day #9

28 September 8 Comments

10 Days Photo Challenge
Day 9 : A place you really want to go to

Hurmm kalau ikutkan memang banyak tempat yang aku teringin nak pergi.. Dalam Malaysia saja pun dah tak cukup kertas kalau aku nak buat list.. Tapi tempat yang aku teringin sekali nak pergi tudia -- Jepun.. Tak kisahlah ceruk mana pun kat Jepun tu takpa asalkan aku dapat p rasa sendiri tengok taman-taman bunga depa mekarrrrr dengan sakura kembang setaman kehkehkeh.

Pastu pulak aku planning nak tour setiap negeri kat Malaysia.. kat semenanjung ni negeri yang aku belom pernah sampai antaranya -- Johor, Negeri Sembilan, Kelantan. Pastu Sabah Sarawak. Lain-lain negeri at least aku dah pernah jejak la jugak..

Hurmm tapi.. tapi.. buat masa sekarang ni terpaksa hold semuanya sebab kereta aku masuk wad sobsss sobssss T____T

Sepuluh Hari Cabaran | Day #8

28 September 4 Comments

10 Days Photo Challenge
Day 8 : A photo of your favourite dish
sumber gambar : HaziqFaiz

Aku ni kalau cerita bab feveret dish ofkos lah apa saja yang berasaskan kueh teow.. tak termasuk kueh tart atau jugak kueh-mueh ye hehehe.. Apa saja yang ada kueh teow memang aku bedal.. Kalau pergi kedai makan yang first time pun, menu aku memang kueh teow goreng basah atau kueh teow ladna atau kueh teow kungfu atau yang segerombolan dengannya lah. Lain-lain menu belakang cerita.. Yang penting kueh teow dulu mariiii hehehe =P


Sepuluh Hari Cabaran | Day #7

27 September 2 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 7 : A photo of you and your bestfriends


Ahah ! part ini memang dah tentula aku suka.. me and my besfriends hehehe.. aku paling rapat dengan 8 orang daripada 11 orang yang ada dalam gambar tu.. dan kat situ tinggai aku dengan 2 orang lagi je besfren aku yang belom kawen.. ada yang anak dua dah kat situ.. aku anak tekak dengan anak mata je ada hahaha


Day 4 - A photo that  makes you happy
Day 5 - A photo of you making funny face
Day 6 - A photo what is inside your bag / bagpack ?
Day 7 : A photo of you and your bestfriends

Sepuluh Hari Cabaran | Day #6

27 September 6 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 6 : A photo what is inside your bag/bagpack?

haa tudia dalam beg dia ada benda-benda tu (aku pinjam google) dalam beg aku pulak ada apa? jeng..jeng..jeng..

1. Makeup bag - tapi aku tak boh barang makeup pon. aku boh segala kunci, duit syiling, pen & extra brooch / pin tudung (stanby kot-kot pin yang dipakai tercabut ke hape.. hahaha)
2. Gagang Telefon atau nama femes dia kat instagram Pop Phone. connect je dengan 3.5mm jack hole kat phone pastu function dia sama je macam headphone. saja nak stylo kononnya guna gagang tu acah-acah zaman dedulu guna gagang telefon rumah hahaha
3. Batik Purse - boh segala duit kertas, ic,bank card, lesen etc..
4. Powerbank - takdak hat tu mampoih gelabah cari plug sesaja hahaha
5. Obuse Liptint - memberikan warna bibir yang natural gittewwww kikiki
6. Pendrive - dalam tu lah segala file / folder penting
7. Lipbalm - untuk mengelakkan bibir kering dan menjadikan bibir yang mongel dan mulus hahaha
8. Monopod + holder / clip - takdela guna selalu pon tapi kira sentiasa ada dalam beg
9. 3 in 1 Universal Clip Lense - pon kadang-kadang je guna sebabnya masa nak begambar kemain kalut sampai lupa nak guna hahaha

Cukup la yang tu je ada dalam beg aku.. barang wajib la tiap hari ada.. kalo nak travel jauh, ada extra barang lain pulak aku tambah hehehe

Day 4 - A photo that  makes you happy
Day 5 - A photo of you making funny face
Day 6 - A photo what is inside your bag / bagpack ?


Sepuluh Hari Cabaran | Day #5

26 September 14 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 5 : A photo of you making funny face
tudia kena boh gambaq muka funny face pulak dah.. jenuh punggah segala folder yang ada.. rupanya banyak dok buat muka comey sesaja tiap kali begambaq.. walaupon tak berapa nak comey mana sangatla kan.. pastu dok buat peace yaw dengan muka maintain senyum.. funny face macam takdak je..last-last jumpak gambar kat Pangkor ni.. cukup funny ke idok ? semua muka pakat nganga je tu aku tengok.. ya ampunnn sahabatku semua hahaha

ni kalo member-member aku taw aku hapload gambaq ni mampoih la aku kena ceramah + tazkirah mingguan tak habeh-habeh ni hahahahaampunnnn =P

Day 4 - A photo that  makes you happy
Day 5 - A photo of you making funny face

Sepuluh Hari Cabaran | Day #4

25 September 10 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 4 : A photo that makes you happy


proceed lagi dengan challenge nombor 4 -- A photo that makes you happy.. ini jam masa aku dengan kengkawan terjah Penang.. Pastu round-round la kat area Queensbay Mall tu wahhh kemain meriah lagi dah sekarang kat situ.. macam-macam ado! Aku paling eksaited bila tengok ada satu stall tu jual berger tapi nama beger dia sempoi habeh la ada nama Twin Tower ada nama Beger KL Tower pastu ada baby Monster Beger kot kalo tak silap haaaa.. Kalo nak taw lebih kena p terjah sendiri lah bentuk beger dia tu cemana kehkehkeh

*dua tiga hari ni asyik ujan lebat je tiap petang.. siap dengan guruh kilat segala.. yang tak syoknya sebab kereta aku masuk bengkel so kena lah menunggang kekuda yakni motor abah aku.. tapi alhamdulillah tiap kali nak habes ofis hour je hujan pon reda.. syukurrr ya Allah :')

*yang tak besnya bila hujan lebat -- tenet mesti macam haremm.. nak buleh hapload satu gambor tu mak aiiii buleh la p memasak dulu basuh baju dulu huhuhu =P

Day 4 - A photo that  makes you happy

Sepuluh Hari Cabaran | Day #3

24 September 9 Comments

10 Days Photo Challenge
Day 3 : A photo of someone you love
Cabaran diteruskan lagi untuk hari ketiga... ofkos lah mommy daddy.. acah-acah #OngKaya gittewww bermommy daddy kehkehkeh  Alhamdulillah aku masih ada both of them yang terima aku apa adanya.. buruk baiknya aku. senget benget nye aku -- 

Hashtag #SaiaTaKuad kalo terpaksa tempuh hari mendatang tanpa insan berdua ini.. Lebyu lah ! Muahhhh ciked ! ahakssss 

Sepuluh Hari Cabaran | Day #2

23 September 19 Comments
semalam dah berjaya untuk entry pertama.. harini proceed untuk challenge nombor dua pulak.. jeng.. jeng..jeng..

10 Days Photo Challenge
Day 2 : A Photo Of Yourself A Year Ago
Throwback setahun yang lepas.. ini jam ada annual refresher program 4 hari kat Langkawi masa Mac 2013.. walaupon challenge tu suruh boh gambar 'a photo of yourself ' tapi aku boh 'a group photo of me and my colleagues' .. kira aci gak la kan ? kehkehkeh


10 Days Photo Challenge
Day 1 - Facebook Profile Photo + 5 facts on photo
Day 2 - A photo of yourself a year ago


Sepuluh Hari Cabaran | Day #1

22 September 16 Comments
benda ni sebenarnye idea kepada sesiapa yang rasa alaaa takde idea la nak hapdet  ape kat blog.. dan sebenarnye tak perlu rasa stress pon dalam blogging ni.. apa saja yang berlaku keliling kita in our daily routine tu pon boleh jadi satu entry dah.. 

harini tangan aku gatal google sana sini.. jumpa benda ni.. dengan ini aku mencabar diri aku sendiri untuk buat 10 Days Photo Challenge ! so mulakan dengan yang pertama jeng.. jeng.. jeng.. 

10 Days Photo Challenge
Day 1 : Facebook profile photo + 5 Facts on photo
Fact #1 : Bila aku belek-belek album profile picture kat fesbuk aku, ternyata lebih dari satu gambar kartun yang aku guna selama ni sebagai default picture =P

Fact #2 : Walaupon guna gambar kartun, aku masih kekalkan ciri-ciri keayuan dan imej muslimah yang bertudung menjadi pilihan aku. sopan santun sungguh kan aku? kikiki

Fact #3 : Ada 4 owner doodle yang berbeza.

Fact #4 : Kartun Pertama (sebelah kiri atas bertudung putih) -- Doodle milik Rayzak (nickname dia kat devian art. Imej Anime Eye tu aku tak sure siapa pelukis dia sebab aku jumpa kat google image je.. Kartun Ketiga (sebelah kiri bawah bertudung peach) -- Doodle milik Blogger Amirah dan Kartun Keempat yang tutup mata tu milik blogger Merah Itu Jambu atau MIJ atau Athirah.

Fact #5 : Majoriti imej kartun yang aku guna tu semua sebab aku suka MATA dia kecuali yang tutup mata tu takde mata. sebab yang tu MIJ lukis sempena #R4BIA.

*sebenarnye sekarang ni mood aku tak berapa happy.. ada sikit rasa kurang best sebabnye aku dah bawak kereta aku p berubat pagi tadi kat workshop member ayah aku dekat sebelah Petronas Kampar, Perak.. Berdasarkan apa yang tauke tu cakap lepas die dah belek segala dokumen yang aku bawak -- maybe will take less than 3 weeks kereta u boleh siap la.. ok aku lega sikit kat situ.. moga-moga dipermudahkanlah segala urusan.. so untuk few weeks ahead ni patah kaki sikitla aku takde kereta.. mujurlah ofis tak jauh sangat so boleh pinjam motor ayah aku je p keje horeyyyy !