Sepuluh Hari Cabaran | Day #9
anamizu
28 September
15 Comments
Cabaran kedua terakhir yakni cabaran #9 nampaknye aku kena listkan DUA feveret eskrem flavor. Wow! Ini aku suka hahaha. Dah la memang hantu eskrem. Pantang tengok peti eskrem mesti aku terjah tak kasi chance hahaha
Day #9 : Two Favourite Ice Cream Flavor
Of kos lah pilihan pertama yang bertakhta di hati aku ini ha chocolate flavour. Mana mampu aku nak tolak tepi kalo dah nampak eskrem berperisa coklat pastu disalut pulak dengan kepingan coklat rangup disertakan pulak dengan taburan bijirin kekacang hazel yang menyempurnakan lagi kerangupan bunyi bila eskrem tu digigit lembut penuh syahdu. Ditambah pulak kalo eskrem tu vanilla coklat pastu boh pulak oreo crunch taburrrr menghiasi seluruh pelosok eskrem vanilla tu tadi. Perhhhh! meleleh ayaq lioq sambil menaip. Adehhhh eskremmmmmmm plisss come to me T___T
2.Chocolate Mint
Flavor kedua pilihan tekak aku ni ha Chocolate Mint. Kalo yang vanilla chocolate tu mudah je nak jumpa dalam pelbagai bentuk dan rupa (sama ada dalam bentuk scoop atau pon popsicle) tapi yang chocolate mint ni setakat ni aku jarang jumpa yang versi popsicle. Selalunya mesti kena beli jenis scoop baru ada flavor ni. Pastu tak semua brand pulak tu ada flavor ni. Sambil makan eskrem yang sejuk ditambah pulak flavor mint yang 'berangin' tu perhhhhhhh berdoudle-double sejuknye rawrrr!
DUA ni flavor yang paling aku suka. Flavor lain pon aku tak tolak sebenarnye selagi nama dia eskrem cumanye dua flavor ni yang paling aku naik hantu. Pantang tengok mesti sangkut terus. Jarang sangat aku boleh berlalu tanpa beli barang se-scoop dua hahaha
2.Chocolate Mint
DUA ni flavor yang paling aku suka. Flavor lain pon aku tak tolak sebenarnye selagi nama dia eskrem cumanye dua flavor ni yang paling aku naik hantu. Pantang tengok mesti sangkut terus. Jarang sangat aku boleh berlalu tanpa beli barang se-scoop dua hahaha