Ada Apa Di Melaka | Part 1

10 August 8 Comments
Ada Apa Di Melaka Part 1 

Lepas kena soal jawab macam-macam masa sesi MCMC site visit aritu, aku terus bawa diri ke Melaka. Sebenarnya dah lama plan nak jelajah Melaka ni tapi ade je halangan. Akhirnya masa 01 dan 02 April haritu aku dan 6 orang lagi rakan zaman sekolah dulu ambil keputusan untuk luangkan masa ke Melaka.

Pada mulanya yang bakal terlibat :

1)Wan dan Lin (mak buyung serta 2 orang puteri diorang)
2)Ref dan Sam (mak buyung serta 1 orang puteri)
3)Roy dan Apiz (belum ada putera puteri)
4)Rozi (bujang)
5)Zura (bujang)
6)Aku (bujang trang tang tang)

Tapi bila dah sampai hari, tetiba Roy dan Apiz tak dapat join.
Tinggal 2 keluarga + 3 bujang je yang pergi.

Kami booking hotel awal Februari haritu untuk pastikan kami ada tempat tidur.
Maklumlah Melaka ni kalo weekend memang selalu fully booked sesaje.

Kami booking Hallmark Hotel Melaka.
Aku handle part book hotel
Book guna Apps Agoda je. 
Dapat special price untuk hari berkenaan.
Aku book 3 bilik family terus. 
Walaupun yang family hanya 2 keluarga saja,tapi memandangkan aku dan dua orang lagi member tu bujang jadi kami decide ambik 1 bilik besor senang nak begosip kehkehkeh

Kami bertolak masing-masing dari lokasi berbeza.
Aku gerak dari Perak sorang dan ambik member aku kat Stesen MRT Putra Heights.
Masa tu stesen MRT tu belum beroperasi lagi.
Wan dan Lin gerak dari Sham Alam pada Jumaat petang.
Ref dan Sam pun gerak Jumaat petang tapi dari Pahang.
Jadi, yang bekeluarga diorang dah sampai kat Melaka masa Jumaat malam.
Aku dan geng bujang bertolak Sabtu pagi disebabkan 31 Mac petang tu ada MCMC site visit tu.

Tengah syok-syok layan lagu sambil borak dalam kereta aku,
masa tu Zura yang drive sebab aku dah drive dari Perak sampai RnR Seremban.
Tak jauh lepas gerak dari RnR Seremban dalam 30 minit camtu,
Tetiba terasa kereta berat sebelah dan macam ditarik ke sebelah kiri.

Sah! Tayar pancit ! Aduhhhhai.
Udahla masa tu kami tiga-tiga perempuan.
Kalo gerak sekali dengan Wan dan Sam boleh jugakla diorang tolong.
Rozi agak panik sebab memikir siape lah nak tolong tukarkan tayar tengah highway tu.Aku decide mintak Zura tolong berhenti kat tepi yang agak-agak selamat.

Zura minta aku call bantuan PLUS untuk maklumkan tayar pancit.
Aku pon call pihak PLUS dan maklumat diminta.
Dalam masa 20-30 minit bantuan akan sampai katanya.
Zura yang macam 'jantan' sikit keluar untuk letakkan tanda amaran kereta rosak.
Dia tak benarkan kami keluar sebab lori besar-besar dan laju-laju masa tu.

Masa tengah tunggu bantuan PLUS tu, kami update pada geng family yang dah sampai Melaka.
Masa yang sama ada konvoi motorsikal lalu.
Biasalah konvoi motor memang meriahlah. 
Tetiba aku nampak ada 3 rider konvoi motorsikal tu patah balik.
Diorang menghala ke arah kereta aku yang pancit tu.
Diorang offer untuk tolong gantikan tayar.
Mulanya kami kata takpelah sebab dah call PLUS.
Tapi diorang cakap takpelah kalo tunggu PLUS takot lambat.
Sementara tu takpelah diorang boleh tolong dulu.

Zup-zap-zup-zap. Siap !
Sangat bersyukur sebab masih ada insan mulia cenggitu di saat kami susah T___T
Dah lah kami bagi duit, diorang taknak.

"Kecik je ni" -- kata diorang. 
Terharu rasanya ya Allah T_____T

Aku sangat berterima kasih pada rider bertiga tu (Azam, Zairi dan juga Khairul).
Diorang pesan jangan viralkan muka diorang. (takot member bahan karang katanya).
Disebabkan diorang taknak ambik duit yang kami bagi, so aku paksa minta fon number.
Diorang kata tolong doakan diorang selamat sampai ke Melaka pon dah cukup.

Ahah ! Suratan atau kebetulan??? 
Jeng jeng jeng ~

Nanti sambung Part 2 kehkehkeh 


Apa nak jawab bila boss besar datang?

09 August 8 Comments

Salam kenal pada semua. Terima kasih pada engkorang semua yang sudi singgah dan baca apa yang aku bebelkan hehehe.
Untuk pengetahuan, aku salah sorang staff yang bekerja di Pusat Internet 1 Malaysia di Perak di bawah portfolio Kementerian Komunikasi.Pada akhir Mac haritu, satu official site visit daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cyberjaya telah datang ke lokasi tempat aku bekerja.
Di setiap lokasi Pusat Internet sepatutnya ada dua orang staff tapi masa hari lawatan tu, partner aku perlu hadir kursus di Ipoh. Makanya, aku perlu hadap semua para pegawai tu sorang-sorang.
Site Visit ni sebenarnya bertujuan untuk memberi gambaran jelas kepada bakal Pegawai Pelatih yang akan berkhidmat dengan MCMC. Dan pemilihan lokasi pula dipilih berdasarkan Top Three di setiap negeri dan wakil dari setiap Telco (pembekal perkhidmatan contohnya TM, Celcom, Digi).
Macam Pusat Internet tempat aku berkerja ni dibawah kendalian Telco Webe.

Baaaaanyak soalan yang ditanya memandangkan Pusat Internet tempat aku ni dah masuk tahun ketujuh beroperasi bermula pada Februari 2010 dulu.

Antara soalan-soalan yang ditanya :

"Cuba bagi saya 5 sebab kenapa kami (Pihak MCMC) tidak perlu tamatkan kontrak / perlu teruskan kewujudan Pusat Internet di sini"

"Bagi saya 5 sebab utama kenapa awak masih setia bekerja disini walaupun sudah TUJUH TAHUN perlu hadap perkara yang sama setiap hari"

Encik yang berbaju kaler brown (tengah-tengah) tu yang bagi soalan-soalan killer sebab beliau merupakan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Infrastuktur.

Soalan-soalan lain cuma soalan basic dan data tu boleh cari dalam sistem sebab kebanyakannya statistik  dan jumlah sahaja yang diminta.



Masa sesi soal jawab tu, Pihak Atasan aku hadir sama. Lepas dah selesai segala soalan, diorang pon dah gerak balik, pihak atasan aku call :

"Congratulations for being the most confidence and outstanding staff on the site visit today. Good job! Saya sendiri sangat kagum dengan cara awak jawab soalan-soalan yang MCMC tanya tadi. Camtulah staff saya ;)"

Aku jawab 'ok terima kasih encik.' -- cenggitu aje lah.
Itu nasib baiklah jawapan aku memuaskan hati.
Cuba kalo aku tak konfiden dan jawab tergagap-gagap.





Ada Program Cuti Sekolah Edisi Mac

08 August 6 Comments

Setiap kali cuti sekolah, kami memang diarahkan untuk mengadakan akviti sempena cuti sekolah. Jadi, untuk cuti sekolah Mac 2017, aku dan partner baru aku (Zati), kami decide untuk adakan Program Cuti Sekolah Edisi Mac 2017.

Antara aktiviti yang kami adakan adalah pertandingan Kuiz, Jigsaw Puzzle, Crossword Puzzle dan juga Slideshow Creator. Kesemua aktiviti yang nak dibuat mestilah berkaitan dengan #DigitalLifestyle. 

Kami diberi kebebasan sepenuhnya untuk berfikir sekreatif mungkin untuk buat sebarang aktiviti asalkan tidak terbabas dari tema Digital Lifestyle.

Macam biasa, aku memang suka bab-bab buat aktiviti bersama dengan adik-adik sepanjang cuti sekolah. Aku lebih suka handle adik-adik pelajar sekolah rendah sebab lebih mudah untuk bagi kerjasama dan lebih dengar kata.

Aktiviti diadakan selama tiga hari berturut-turut. 
Alhamdulillah berjaya aku dan Zati selesaikan dengan jayanya.

Untuk majlis penutup, macam biasa.
Aku order Kek Bajet RM15.00 (500gram) daripada Sis Nora.
Puas hati tengok adik-adik makan dengan seleranya.
Sis Nora siap bagi free sebijik kek lagi sebagai sedekah kepada adik-adik tu semua.
Terima kasih dan semoga bisnes Sis Nora bertambah maju.

p/s : throwback Program Cuti Sekolah (PCS) Mac 2017. disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni aku baru nak share segala mak nenek throwback =P 



Antara Feveret Aku : Pau Goreng Kacang Merah

07 August 14 Comments

Aku memang antara penggemar Pau Goreng Kacang Merah. Beberapa tahun sebelum ni, ada sorang makcik jiran belakang rumah aku yang aku panggil sebagai Wak Tini.

Wak Tini seorang yang berketurunan Jawa dan sangat pemurah.
Setiap kali ada buat kenduri di rumah dia, mesti takkan ketinggalan akan ada kuih pau goreng ni.
Air tangan Wak Tini memang cukup membuatkan aku tak lena tidur kalau tak dapat rasa.
Tapi awal tahun 2016 yang lepas, Wak Tini pergi meninggalkan kami semua.
Kini takde lagi Pau Goreng hasil air tangan Wak Tini.

Awal tahun haritu, aku dapat tahu ada sorang sis ni berniaga Pau Goreng Frozen.
Pau Goreng Kacang Merah pulak tu !
Mana mungkin aku biarkan cenggitu saja.
Aku pon tak buang masa terus roger sis tu.
Rupa-rupanya beliau bukanlah sis sebabnya dia sebaya dengan aku hahaha !

Pau Goreng Frozen Mama E'da namanya.
Aku dah cuba. Banyak kali.
Memang menepati citarasa aku.
Rasanya memang saling tak tumpah macam yang Wak Tini buat !
Tapi Mama E'da takde kena mengena hubungan apa-apa pun dengan arwah Wak Tini.

Semoga bisnes Mama E'da terus maju.
Hidup Pau Goreng! hahaha tetibe =P

p/s : throwback keenakan Pau Goreng Frozen Kacang Merah.
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P 


Aniya Kitchen | Nasi Arab Mandy

06 August 7 Comments


Nasi Arab Mandy daripada air tangan Cik Alin owner Aniya Kitchen memang sedap. Ayam yang diperap semalaman memang terasa semua rempah ratus resepi rahsia daripada keluarga Cik Alin.

Menjanjikan kepuasan yang luar biasa, bukan sahaja disebabkan ‘portion’ nasinya yang banyak malah saiz ayamnya juga besar. Memang tak rugi sesiapa yang mencubanya.
Nak lagi mudah? Roger saja whatsapp Cik Alin dan buat tempahan. Nasi Arab Mandy anda akan sampai ke depan pintu.

Selain daripada Nasi Arab Mandy, ada pelbagai lagi menu nasi yang lain dan unikya menu oleh Aniya Kitchen ini kerana setiap hari menu nasinya adalah berbeza.

Tapi rasanya Cik Alin hanya buat delivery di sekitar kawasan Slim River,Perak. Kalau untuk lokasi lain mungkin boleh tanya pada Cik Alin sendiri.


p/s : throwback kesah Nasi Arab Mandy ni masa Cik Alin buat promo price Mac haritu :) disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, aku baru nak share segala mak nenek throwback =P


Antu Durian !

05 August 12 Comments

Aku ni nak dikatakan hantu durian tu takdelah hantu sangat. Tapi kalau ada depan mata memang aku takkan lepaskan. Mesti kena bedal dulu 4-5 ulas hehehe

Mungkin ada yang dah cukup kenal dengan Durian Crepe. 
Atau ada yang tak pernah cuba lagi?
Durian Crepe ni sebenarnya isi durian yang dibalut dengan kulit lembut.
Ditambah dengan whipping cream.

Dan untuk yang konfius tentang gambar aku kat atas tu, kenapa ada color hijau dan coklat?
Selalunya durian crepe mesti color kuning kan?
Yes betul. Kuning untuk Durian Crepe.
Hijau tu Oreo Crepe.
Coklat tu Milo Crepe.

Kat tempat aku tinggal ni, ada sorang akak tu dia jual Aneka Crepe.
Maksudnya bukan terhad Durian Crepe sahaja.
Ada Oreo, Milo, Strawberry, Mango.
Bakal ada blueberry dan nutella crepe katanya.

Crepe akak ni antara yang paling sedap dan ikhlas pembuatannya.
Aku dah cuba beberapa crepe di mall tapi tak begitu menepati citarasa.
Ada yang kulitnya keras.
Ada yang isi dalamnya lebih whipping cream je.
Rasa duriannya hujung-hujung aje.
Biasalah niaga dalam mall memang kena kira semua segilah kan?

p/s : throwback kesedapan Durian Crepe masa Mac haritu.
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P

Anugerah Pekerja Berinovasi

04 August 18 Comments

Tahniah untuk diri sendiri. Setelah penat lelah perlu strunggle hadap kerja sorang-sorang selama beberapa bulan disebabkan partner cuti bersalin. 

Ditambah dengan pengurusan atasan yang macam tak reti handle issue. Aku malas nak ulas panjang pasal tu. Diorang gaji besar sepatutnya cukup adil lah untuk handle perkara cenggitu.

Arhhhh lantaklah. Yang penting, aku setelkan kerja-kerja aku.
Diorang nak adil ke, tak adil ke, sendiri tanggunglah.

Alhamdulillah untuk tahun ni, aku dianugerahkan Pekerja Berinovasi. 
Entahlah. Sebenarnya hati jahat aku kata :

"Eleh sebenarnya boss bagi award ni kat hang, sebab hang dah banyak hadap macam-macam perkara. Kira depa nak tebus kesalahan depa lah tu pasal bagi award ni kat hang."

Hati baik aku pulak kata :

"Haaaa tengok! Kalau engkau sabar, mesti ada je Allah bagi keindahan. Tapi kena sabar lah k"

Hermmm.
Pedulikkanlah semua tu.
Yang aku tawu, kerja-kerja aku semua setel.
Dan yang penting smart watch tu aku punya ! hahaha


p/s : throwback aku terima award ni masa Refresher Training Februari di Cameron Highland.disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah aku baru nak share segala mak nenek throwback =P


Annual Leave : Makan Angin Terengganu

03 August 10 Comments

Kesahnya, selama aku bekerja start 2010 hingga 2016, aku belum pernah ambil Annual Leave. Ya aku tawu bunyi macam penipu besar kan? hahaha tapi itu lah hakikatnya wahai tuan-tuan.

Dan buat pertama kalinya untuk tahun 2017 ni, aku ambil cuti tahun iaitu pada 26 & 27 Januari. Itu pon semata-mata nak sambung cuti Chinese New Year yang jatuh pada 28 & 29 (Sabtu dan Ahad).

Memandangkan aku jarang dapat cuti yang panjang, untuk cuti yang agak panjang tu, aku pon ambil keputusan untuk follow akak ipar aku balik ke Kuala Terengganu. 

Pergi ke sana pon bukanlah untuk makan angin semata-mata sebab parents akak ipar aku buat kenduri kesyukuran sempena cucu dapat masuk ke asrama penuh. Jadi dah alang-alang aku dapat cuti panjang, aku pon angkutlah mak pak aku sekali pergi ke sana.

Setel je majlis kesyukuran, sempatlah jugak akak ipar bawak round jelajah sekitar situ. Singgah makanlah kami di Mr Steak House Kuala Terengganu. Dah namanya steak house, tentulah western kan. 

Disebabkan perut masing-masing dah tahap kebulur masa sampai situ (jalan-jalan tak ingat dunia punya pasal), kami pon makan habes licin semua. Terasa sedap betul ! hahaha

p/s : Throwback kesah makan angin Januari 2017 di Kuala Terengganu.
Maklumlah baru dapat mood menulis semula kehkehkeh


Anggaplah ia sebagai kenangan...

02 August 8 Comments


Aku pernah cerita pasal partner aku yang bertukar-tukar semenjak kes my first partner terpaksa berdepan dengan kes bersalin awal (pre-mature baby). 

Dan selepas first partner aku (Ida) terpaksa buat keputusan berhenti kerja atas sebab perlu fokus pada urusan baby dia, lepas tu aku dipertemukan dengan rakan sekerja baru iaitu Kak Aini.

Tapi jodoh kerja kami tak lama sebab pertengahan Disember tahun lepas, Kak Aini diarahkan untuk bertukar lokasi lain disebabkan staff di lokasi tu dapat tawaran kerja di LPPKN cawangan Kota Kinabalu, Sabah.

Dan itu salah satu sebab kenapa tahap kemurungan untuk menulis semakin bertambah-tambah. Sudahlah aku kena hadap handle kerja sorang-sorang start bulan September hingga Januari masa tahun sebelumnya.

Bila dah dapat partner kerja baru (Kak Aini), rupanya sekali lagi aku perlu hadap kena kerja sorang-sorang. Aku takdelah nak salahkan sesiapa, cumanya pada pendapat aku, pihak pengurusan atasan aku sepatutnya lebih bijak untuk handle masalah macam ni. Bukannya terus menerus pergunakan aku. 

"alaaa saya tahu awak boleh handle punye lah"

Semudah itu je ayat yang diorang lontarkan kat telinga aku.
Mau tak terbakar hati.

Tapi apakan daya, aku layankan aje lah.
Sampailah aku dapat sorang lagi partner baru.

p/s : throwback  facebook reminder awal tahun haritu. 
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P


Adik dah selamat, kakak bila lagi?

01 August 20 Comments

"Adik dah selamat, kakak bila lagi?" . Ya itu memang soalan wajib ditanya kepada sesiapa saja yang menghadapi situasi dimana adik yang bertemu jodoh dulu.

Disebabkan aku dah matang (hahaha) jadi aku dah kalis sentap dah soalan-soalan cenggitu. Dah lali kata German. 

Bagi aje lah jawapan yang boleh buat pakcik / makcik tu terdiam tak tanya apa soalan dah pastu. Contohnya :

1) "InshaAllah hujung tahun ni. Tunggu nanti saya bagi kad"

2) "Raya Cina tahun depan cadangnya. Nanti saya jemput"

atau nak lagi best, jawab aje cenggini :

3) Sambil pandang suami makcik tu (selalunya golongan makcik-makcik je suka tanya soalan cenggitu), cakap kat suami dia dengan penuh manja :

"Abangggggg... tengok tu kan orang dah tanya. Bila lagi majlis kita.." 

Kahkahkah contoh aje.
Karang tak pasal-pasal jadi kes #AfifahAliff .

p/s : throwback majlis nikah adik aku pada Disember last year. 
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P


Ada yang rindu tak?

01 August 12 Comments


Assalamualaikum. 

Hermm macam lama je tak update. 
Tak tahu nak mula dari mana.

Banyak benda yang berlaku.
Aku cari mood dulu.
Nanti aku cerita satu-satu.

Rindu ! 

Apalagi yang diharapkan...

14 August 9 Comments
 "Perkenalan yang singkat. Tak sangka dia jodoh As rupanya" - itu ayat pertama yang terkeluar dari mulut As (kawan kerja aku yang handle site kat Felda Trolak Utara).  Kisah cinta As buleh dikatakan banyak pancaroba nye juga. 

Bukan seorang dua je insan yang pernah menyulam cinta dengan As. Ada dua tiga orang juga tapi setiap daripada kisah cinta tu berakhir dengan tak berapa indah.

Rupanya benarlah : "Allah dah janji setiap insan ada bahagiannya - rezekinya, ujiannya, jodohnya. Cuma cepat atau lambat saja"

Hasben As (Fattah) hadir dalam hidup As selepas bermacam kisah pahit As kena telan. Fattah decide nak jumpa family As terus selepas beberapa bulan perkenalan dan lepas tu terus bawa keluarga datang berjumpa dan kenal antara keluarga masing-masing. Terus bincang hal untuk bertunang (3 bulan je bertunang dan lepas tu terus walimatulurus). 

Ceria habes muka As di hari bersejarah dia diijabkabulkan sah menjadi suri hidup Fattah. Dan secara rasminya juga As dah takkan bersama team kerja kami lagi lepas ni sebab encik suaminya nak As ada depan mata setiap saat hehehe =P

Alhamdulillah tahniah dipermudahkan segala urusan As dan Fattah. Semoga kekal bahagia selamanya.

Tak perlu serabut fikir hal kerja lagi dah lepas ni As. Boleh fokus jaga Encik Suami je hehehe


Jomblo Happy

29 June 12 Comments
Kisah partner kerja aku terpaksa ambil keputusan untuk melepaskan jawatan dia pada Ogos tahun lalu disebabkan bersalin baby pre-matured (usia kandungan dia waktu tu baru mencapai 7 bulan). Kisah penuh boleh baca kat sini kalau rajin.

Disebabkan itu juga, aku terpaksa bekerja secara lone ranger bermula 1 September 2015 hingga 31 Januari 2016. Berapa bulan aku kena handle kerja seorang diri?
Almost 5 bulan cenggitu. Pagi petang aku tempuh segalanya sendiri sementara rakan aku juga terpaksa fight dengan keadaan baby dia di NICU waktu tu :(

Semua tu kenangan dan juga pengalaman untuk aku. 5 bulan terpaksa tempuh bekerja sorang-sorang walaupun sepatutnya kat ofis ni memang kena ada 2 org petugas setiap masa. Aku bersyukur sebab selama aku terpaksa handle segalanya sorang-sorang tu, Allah kurniakan nikmat kesihatan dan juga permudahkan segala urusan harian aku. Kalau tidak entahlah...

Dan semestinya ia ( 5 bulan terpaksa tempuh sorang-sorang) adalah sesuatu yang tidak berapa indah sebenarnye. Dengan segala bebanan kerja kita perlu hadap dan telan sorang-sorang, segala caci maki custmer kita kena hadap sorang-sorang. Boleh jadi gila jugakla hehehe.

Tapi, ahah ada tapi di situ.

Allah bagi ujian, tidak melebihi kemampuan hambaNya kan? 

Dan yes alhamdulillah tak sangka-sangka, baru-baru ini company aku bagi satu announcement yang cukup indah dan membuatkan aku rasa macam nak terbang. 

"based on your performance rating : 5 out of 5 ! " kikiki syukurrrrrr =P

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan Allah berikan kita hujan dan kilat.Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari,rupa-rupanya Allah nak berikan kita pelangi"

Syukur Alhamdulillah. Bolehlah bernafas sikit untuk bantu-bantu keluarga :")

Janji Mesti Dicapati

13 June 6 Comments
Dah lebih seminggu kita dalam bulan Ramadhan. Aku makin jarang berkesempatan hapdet blog dan jarang dapat ziarah kengkawan blog macam dulu-dulu. Aku tak pasti sama ada masa yang mencemburui aku atau pon aku yang tak reti nak ejas timing dengan efisyen. Tapi yang pasti, sekali lagi aku kena well prepared mentally, physically & spiritually.

Kenapa aku perlu begitu?
Sebabnya, rakan sekerja aku yang baru (Kak Aini - yang menggantikan rakan sekerja aku yang lama iaitu Cik Ida), sekarang sudah berada pada 8 bulan kandungan. Kalau takde apa-apa masalah, due date nye adalah pada 22 Julai nanti. 

Maknanya, aku perlu bersiap-siaga untu sebarang kebarangkalian. Aku doakan semoga Kak Aini dan baby sama-sama sihat dan baik-baik sahaja. Semoga dipermudahkan urusan keduanya. 

Dan untuk diri aku jugak. Semoga aku bertabah dalam menghadapi sekali lagi ujian : perlu bekerja secara Lone Ranger selama 2 hingga 3 bulan ;)

************************************************************
Habes part rakan sekerja dan juga kesah aku yang bakal berdepan lagi sekali kena kerja Lone Ranger. Masuk part birthday adik aku pulak.

Aku ada 2 orang adik yakni kedua-duanya lelaki. 
Adik aku yang bongsu (Aiman), birthday dia 15 Jun.
Dan daripada observation aku,(baguih dak aku alert dengan keadaan adik aku ? kehkehkeh)
wallet si Aiman dah lama agak lusuh dan jugak agak outdated.
(memandangkan dia pon dah meningkat remaja (form 5 dah tahun ni),
jadi bertepatan pulak dengan tarikh birthday dia pada 15 Jun, aku pon dengan rasa baik hati tolong belikan kat dia wallet baru. 

si Aiman ni, dia jenis malas dan tak suka nak ikut kalau aku ajak keluar untuk survey atau mudah kata p shopping la. dia lagi rela bertapa dok dalam bilik dia ngadap online streaming movie.
Disebabkan dia rela hadap laptop dia daripada nak ikut p shopping, aku bagi link kat dia dan suruh dia pilih sendiri mana-mana wallet yang berkenan di mata dia. Dia pon pilih design yang atas tu kaler coffee.

Of course lah aku bagi limit harga sekian-sekian sampai sekian-sekian. Aku bukannya kaya mana nak tolong beli yang ratus-ratus =P

Aku bagi dia pilih kat website www.nile.com.my je. Kat situ harga mampu beli especially untuk poket aku yang tak berapa nak tebai ni. 

Masa aku suruh dia pilih tu, aku takdelah bagitawu ini untuk hadiah birthday dia, aku buat macam biasa je dan aku letak alamat ofis je supaya kurier tu tak terus hantar kat rumah supaya bukan Aiman yang terima sendiri. Biar aku yang terima dulu pastu baru aku upgred packaging kasi ekslusif sikettttttt =P



Mungkin Berhenti Di sini

23 May 10 Comments

Banyak perkara berlaku dua tiga menjak ni dan macam biasalah alasan cliche - busy sikit lately, tu pasal makin bersawang sana-sini.. Baru ada peluang menjenguk menulis sebaris dua. 

Throwback kesah kamiorang kena attend 2 hari kursus di Puncak Gunung Jerai, Kedah masa 10-11 Mei haritu. Kesahnye kamiorang (Team Kerja aku : 7 orang daripada site area Perak ni) kena drive sendiri untuk pergi mendaki naik ke puncak gunung tu. 

Kami semua 7 orang tu PEREMPUAN. Takde lagi dah LELAKI yang boleh diwakilkan untuk jadi leader selepas Ali (partner kerja aku sebelum ni) bertukar kerja. Kamiorang yang gegerls ni semua kena berdikari. Kena drive panjat sendiri ke gunung tu. 
Untuk tambah sedih lagi, kursus tu start pukul 9.00 pagi dan kamiorang yang gegerls ni pada mulanya disuruh bertolak pada subuh gajah untuk sampai sebelum jam 9.00 pagi tu. Waddehek ? Pleaseee la consider sikit. Masa mula tu aku memang nak melenting dah tapi ku tahan jebat =P

Sipbaiklah lepas sedikit 'perbincangan' , pihak atasan bagi greenlite untuk kamiorang gerak awal sehari so kamiorang gerak tengah hari 9 Mei lah memandangkan kursus tu start 10 Mei.

Aku jadi supir dan drive private jet aku si Bimbo [Plain suggest tukarkan je nama Bimbo jadi nama lain disebabkan beberapa tragedi yang berlaku sebelum ni. I will consider it Plain ;) ]

Jadinya, aku drive kereta aku(Pesona Manual) bawak lagi 3 orang member kerja naik dengan aku dan member sorang lagi drive kereta dia (Vios Auto) bawak lagi 2 orang member. Kami travel lah dua bijik kereta mendaki naik terus ke puncak Gunung Jerai tu.

Itu merupakan kali kedua aku jejak kaki ke sana. Sebelum tu dah pernah naik (attend kursus jugak) tapi masa tu zaman pemerintahan Encik Boss yang memang tak pernah kasi kamiorang terutama yang gegerls ni travel jauh sendiri. Encik Boss yang tolong drive sendiri bawakkan ke lokasi kursus.

Semenjak pemerintahan bertukar tangan ni, jangan mimpilah nak merasa yang indah-indah macam dulu T_____T 

Kursus ni melibatkan wakil seluruh negeri Perlis, Kedah, Penang dan Perak. 2 hari kursus tu memang hadap je lah segala sesi dalam seminar hall tu. Takde sempat nak explore hape benda langsung. Dengan aku pergi tu pon takde mood, ditambah pulak sistem room exchange roomate yang diorang tukar-tukar sesuka hati, lagi menambahkan sakit jiwa raga aku. 

Ditambah lagi dengan 10 sesi slot kursus untuk dua hari tu. Pada hal tak penting mana sangat pon kesepuluh-sepuluh slot tu. Pada aku yang betul-betul perlu di 'hightlight' kan cuma 2-3 slot je.

Dah la tiba-tiba sehari sebelum pergi, jadual kursus ditokok-tambah. Daripada takde slot outdoor aktiviti, tetiba buleh pulak ditambah. Dah la masa tu memang aku dengan team kerja aku dah bertolak tetiba boss dok forward email daripada Pihak Penganjur menyatakan ada pertambahan slot outdoor aktiviti (maknanya perlulah bawa proper attire yakni pakaian sukan). Macam haramm. Nak datang dari mana pakaian sukannya kalo kamiorang semua dah ada dalam kereta dan dah bertolak. Aku memang buat kering je. Peduliklah hape nak jadi, jadilah.

Member-member lain masing-masing muka cuak. Katanya nanti tak bawak, konfem boss bising bla bla bla... Aku malas nak pedulik. Lantakkan situ. Dah lah memang aku takde hati langsung nak attend kursus yang dah terang-terang tak penting mana pon.

Part kursus malas nak cerita. Tak best hape langsung. Sudahlah masa mula sampai, kamiorang dah cun dah select meja port tengah-tengah tetiba disuruh pindah ke meja paling belakaaaaaaaang sekali. Seminar Hall tu boleh tahan besar. Sudahlah memang hati dan jiwa tak rela, disuruh pulak pindah randah ke belakang, lepas tu asyik petik je :

"ok group yang belakang tu nanti make sure ada tanya soalan ye. kalau tidak siapla"

Ewahh kemain pulak engkau nak melantun-lantun. Masa orang dah duduk table tengah, engkau suruh pindah, bila dah duduk belakang jauh gila tu tetiba sedap je main petik-petik. Kecik besar kecik besar je aku tengok.

Pastu penyudahnye, sesi outdoor aktiviti tu dibatalkan sebab slot sebelum tu bersama dengan pihak HQ dah ambik masa lama disebabkan banyak soalan-soalan yang diperdebatkan disebabkan ramai yang tak puas hati begitu begini.

SLOT OUTDOOR AKTIVITI dibatalkan. Pada hal semua orang dah diarahkan pakai pakaian sukan dah masa tu tetiba dibatalkan dan semuanya berakhir di situ. Nampak dak betapa tak sistematiknya pengurusan waktu? Sipbaik kamiorang (aku & team kerja aku) memang buat tak reti je pasal pakaian sukan. Kamiorang bedal je pakai jeans. Itu je yang ade pon.
Last-last, sesi bergambar je. Pastu terus je masing-masing gerak turun daripada Gunung Jerai tu dan balik.Itu je kesahnye. The End.

Apa pun kena redha

29 April 3 Comments


"Jujur aku katakan, berjejak menyusur nasib bukanlah satu perkara mudah. Aku tahu. Memang susah. Dan cukup payah. 
Terkadang tanpa pilihan, kita paksakan diri untuk cuba melangkah dan terus melangkah. 
Ikhlas? 
Tak. 

Bila kau terpaksa, usah dibicara perihal ikhlas.
Aku sendiri, bila terpaksa, aku memang tak pernah ikhlas.
Boleh dikatakan tak ikhlas langsung.
Kot.
In fact, jauhhhhhhh di sudut hati, aku harap yang takdir itu kelak akan berubah.

There's always hope. Berharap ke arah positif memang tak salah.

Akan tetapi, dalam masa yang sama, aku cuba untuk redha.
Kerana berbanding ikhlas, aku kira redha itu nilainya berkali ganda lebih bermakna.

Jadi, atas sebab itu, meski tidak ikhlas, aku cuba untuk terus berjalan dengan redha.
Apapun, aku tetap terpaksa.
Ia masih dalam konsep keterpaksaan.

So? Macam mana nak berjalan bila nasib tak menyebelahi kita?
Macam tu la.
Jalan macam biasa.
Tak ikhlas?
Tak apa.

Yang penting kena redha."