kerana zikrullah
anamizu
18 October
17 Comments
" Selamat pagi wahai bidadari syurga..
eh takdelah awak.. saya pun insan biasa.. hambaNya yang lemah.. kadang-kadang saya menangis kerana Allah.. dan kadang-kadang bila membayangkan indahnya Syurga, saya senyum sendiri.. macam budak kecik pulak rasa.. hehe
awak.. jom kita solat Dhuha.. bila kita selalu buat sesuatu tu, akan jadi rasa rindu bila kita tinggalkan.. kan ? dan.. dekat syurga nanti ada 1 pintu yang dinamakan Dhuha.. khas untuk mereka yang melakukan solat Dhuha.. indah kan awak ?
saya ni banyak kekurangan.. banyak kelemahan.. kadang-kadang saya menangis bila terfikir rumput yang kita selalu pijak tu pun sentiasa bertasbih dan berzikir memuji Allah.. kenapalah saya tak mampu untuk sentiasa basahkan bibir saya ni dengan zikrullah camtu.. semoga saya akan dipertemukan dengan insan yang mampu membimbing saya hanya keranaNya.. insyaAllah kan awak :) ... "
celik mata di hening subuh.. gosok-gosok mata.. check inbox dapat ayat camtu.. tak ke terasa tersentuh jiwa dan raga ? tak ke terasa bahagianya masih diberi peluang bernafas ? tak ke terasa betapa indahnya ciptaan Allah yang bernama Manusia ni pabila berada pada landasan syariat yang lurus ?
semoga esok sentiasa ada untuk kita menginsafi diri ini :)