Jodoh, Mai Lekaih Sikit
anamizu
29 January
19 Comments
Beberapa hari lepas si adik aku call mak aku. Menyatakan hasrat hati dia. Mohon bantuan mak dengan abah aku untuk pergi bawak rombongan merisik calon isteri dia. Pastu nak bertunang jugak. Cumanya merisik dan bertunang nak buat asing katanya.
Mak aku terima call tu pagi masa selepas aku dah masuk kerja.
Aku ni balik lunch break tengah hari nak mencekikla.
Tetiba mak aku bukak cerita pasal tu.
Aku orait je.
Cuma yang jadi kurang syoknya bila mak aku tanya:
"Kakak bila lagi ni. Adik hang dulu dah ni cemana ni ?"
Aku balas rilek je la sambil dok suap nasik.
"Rilek mak. satu-satunya bakal menantu lelaki mak tengah on the way.Mak tolong doa je supaya jangan dia silap rumah masa hantaq rombongan dia nanti."
Terus mak aku buat tak dengaq.
Aku terus gak la telan nasik walaupun rasa terlekat.
*******************************
Awak,
Saya tak tau nak kata cemana.
Kalau jodoh kita, InshaAllah tak ke mana.
Saya doakan yang baik-baik saja.
Lap ayaq mata.