Fabulous February
anamizu
05 February
27 Comments
Macam yang aku pernah cerita pada entry Part 1 dan jugak Part 2, berkenaan rakan sekerja aku (Cik Ida) yang terpaksa berhenti kerja disebabkan perlu fokus untuk penjagaan anak dia. Semoga kehidupan Cik Ida lebih ceria dan bahagia dengan kehadiran baby Assyifa :)
Aku pulak ? Syukur Alhamdulillah setelah struggle kerja sorang sepanjang September hingga Januari, kini aku boleh bernafas lega sikitlah dengan kehadiran rakan sekerja yang baru. Aini namanya. Berpangkat 'kakak' pada aku. Bukan orang lain pun disebabkan Kak Aini sebelum ni bekerja dalam department yang sama cuma di lokasi berbeza (di Kedah) dan dia mohon ditukarkan ke lokasi aku disebabkan suaminya anak jati Felda tempat aku bekerja ni. so yeyyyy ! aku dah ada partner baru : Kak Aini :)
Bermula 31 Januari haritu, bermulalah kisah kami bekerja bersama. Aku sangat bersyukur sebab sama-sama boleh faham tugasan masing-masing disebabkan job scope kami sama je sebelum-sebelum ni. Jadinye memang agak dipermudahkan urusan jugaklah segalanya. Syukur Ya Allah :")
Makanya, disebabkan aku back in action (bekerja secara normal semula sebabnye sebelum ni, memang agak tak normal lah kerja aku sebab terpaksa bekerja Isnin sampai Jumaat sorang-sorang. Sabtu Ahad je lah aku ambik cuti. Tapi sekarang ni dah kena re-schedule semula). Macam agak packed jugak Key Performance Index (KPI) untuk tahun ni yang perlu kami capai. Moga segalanya dipermudahkan untuk aku dan Kak Aini.
How was your life so far gaisssss ? :)