Masuk Mei Dah

05 May 0 Comments
Hai semua. April dah selesai. Masuk Mei dah. Setakat 4 bulan di tahun 2019 ni macam mana? Dah berjaya capai target yang kita letak pada awal tahun haritu ke? Atau masih belum berjaya capai apa-apa lagi? Kalau masih belum berjaya capai apa yang kita target tu takpe jangan putus asa. 

Andai penat, rehat sekejap asalkan jangan berhenti.

Kerja apa sekalipun yang kita buat, sama ada masih meneruskan pelajaran di universiti ke ataupun sedang berusaha struggle dengan surrounding pekerjaan yang tak seronok, kita tetap kena teruskan ke depan. Pedulikkanlah apa orang nak cakap, yang penting kita kena pastikan kita buat tip top apa yang patut.

Semoga engkorang yang bersedih - dikurniakan ketabahan untuk menempuh hari-hari mendatang.
InshaAllah ada hikmah. Aku pun sama macam tu juga. Kadang-kadang rasa down sangat tapi itulah kita perlu teruskan hidup demi insan-insan tersayang sama ada mak ayah atau keluarga kita atau juga insan tersayang lain. Cuba senyum sikit. Ha kan manis tu hehehe

Anak-anak merentas desa

22 April 12 Comments
Masa 13 April (Sabtu) yang lepas, satu program Felda Fun Run telah diadakan di kawasan Felda tempat aku tinggal bersempena dengan pihak pengurusan baru di sini. 

Program ni merupakan julung kali diadakan sebab sebelum ni memang tak pernah lagi Pihak Pengurusan Felda buat. Kalau ada pun mesti anjuran pihak luar dan dengan kerjasama pihak pengurusan tapi kalini betul-betul semuanya disediakan dan dianjurkan oleh pihak pengurusan felda kat sini untuk komuniti setempat sekitar sini.

BUKU ATURCARA PROGRAM



Semua peserta berkumpul di kawasan Padang Awam pada jam 7.40 pagi dan selepas tu ada ucapan perasmian sikit oleh Pengurus Felda kemudian bacaan doa dan selepas sesi warm up baru flag off dibuat oleh Pengurus Felda sendiri pada jam 8.10 pagi. 

Tak lama pun peserta larian masing-masing dah tiba ke penamat sebab hanya 5 km sahaja. Sambil lari pusing kampung merentas desa je sebenarnya sebab acara julung kali diadakan katanya nak buat santai-santai aje. Mungkin pada masa akan datang nanti baru lebih mencabar.

Seramai 380 orang peserta yang melibatkan diri dalam program ni dan terdiri dari pelbagai peringkat umur sebab kebetulan 13 April tu memang takde majlis lain di kawasan sekitar sini. Ada juga penyertaan dari SJK Cina & SJK Tamil dari kawasan sekitar. Memang majmuk pelbagai kaum ada. Hadiah pulak banyak hamper barang makanan dan juga barangan dapur sebab yelah kebanyakan hadiah hasil sumbangan ahli jawatankuasa penganjur dan orang persendirian.

Takpelah sekurang-kurangnya ada juga aktiviti berfaedah macam ni daripada terlibat aktiviti sosial yang lain kan? Semoga banyak penambahbaikan untuk program akan datang nanti.

Ada siapa yang sudi tolong?

21 April 3 Comments

Hai engkorang. selalunya kemana cuti hujung minggu? Macam aku ni selalunya tak ke mana sangat cuma bawa ibu atau ayah meluangkan masa ke Pasar-Pasar Tani atau Pasar Hari yang ada di sekitar kawasan tempat tinggal aku ni (Pekan Sungkai hingga ke Pekan Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan). 

Tambahan pula masa dua tiga hari lepas, ada Anak Saudara Mak Aku (anak adik mak aku) bagitahu nak datang ziarah sebab kebetulan akan datang ke majlis walimatul'urus saudara sebelah ayah dia. Jadi sekali jalan nak ke kenduri kawen tu, diorang ambil keputusan untuk singgah ke rumah aku sebab dah lama juga tak datang ziarah katanya.

Anak Saudara Mak Aku (aku namakan dia Abang Ali). 
Abang Ali dan isteri dia je (Kak Umi) yang datang sebab anak-anak semuanya di asrama.

Abang Ali ni kisahnya dulu hidup susah dan ayah & ibu dia amanahkan mak & ayah aku untuk tolong besarkan Abang Ali dari usia beberapa bulan sehinggalah Abang Ali berumur 11 tahun. Segala mandi, makan, bersunat semualah mak dan ayah aku yang jaga Abang Ali ni selama tu. Dan disebabkan itu jugalah Abang Ali ni tak lupa jasa mak ayah aku selama menjaga dia dulu.

Masa umur dah masuk 12 tahun, Abang Ali diambil semula oleh mak ayah dia dan hinggalah Abang Ali usia remaja lebih kurang 20an macam tu, barulah mak dan ayah dia serahkan semula pada mak dan ayah aku sekali lagi untuk 'dijaga' atas beberapa faktor kejadian yang berlaku pada masa tu.

Dan bila Abang Ali dipertemukan jodohnya dengan Kak Umi(seorang wanita Kemboja yang berhijrah ke Malaysia demi meneruskan kehidupan), kini diorang boleh menarik nafas lega lepas anak-anak pun dah membesar dan dapat sambung pelajaran dengan kehidupan lebih selesa. 

Bila dengar Kak Umi cerita bagaimana struggle nya dia masa mula-mula datang ke Malaysia dulu tanpa pernah sekolah, tak pernah kenal huruf, rasa sebak sangat sebab Kak Umi anak perempuan sulung dan dalam kehidupan di Kemboja yang sangat struggle, masyarakat sana lebih utamakan pendidikan untuk anak lelaki berbanding anak perempuan. 

Kata Kak Umi :

"Anak-anak perempuan perlu beralah. Perlu beri peluang pendidikan (gunakan duit yang ada) pada anak lelaki kerana anak perempuan ni belajar tinggi pun nanti tempat hanya di dapur. Anak lelaki perlu pikul tanggungjawab lebih besar sebab perlu jadi ketua keluarga jadi anak lelaki perlu lebih diutamakan untuk dapat peluang pendidikan"

Kak Umi berhijrah ke Malaysia masa usia 15 tahun. Belajar menjahit sarung bantal dan selimut untuk dijual di pasar-pasar hari. Bayangkan betapa sukarnya hidup di tempat orang. Siapa yang sudi nak tolong kalau bukan diri sendiri kata Kak Umi lagi. 

Dan disebabkan pengalaman susah tu semua, Kak Umi taknak anak-anak melalui apa yang dia terpaksa tempuh. Dia taknak anak-anak rasa susah macam mana dia pernah rasa. Dan Kak Umi juga setiap kali menjelang Hari Raya Korban, dia dan Abang Ali akan buat korban untuk masyarakat islam di Kemboja (Kak Umi masih ada sepupu-sepupu yang sudah memeluk Islam dan masih tinggal di Kemboja). 

Sebab Kak Umi kata, di Kemboja sana, kebanyakan masyarakat Islam nak merasa dapat makan daging halal hanya setahun sekali tu sahajalah. Allahuakbar sebak dengar Kak Umi cerita T___T


Ate bila mood rajin datang

21 April 7 Comments

Hai engkorang. Moga sihat sajelah hendaknya. Hujung-hujung minggu selalunya mesti sibuk bawa anak-anak jalan-jalan ataupun pergi makan kenduri. Itu kalau berkesempatanlah kan? Kalau tidak terpaksa luangkan masa berehat di rumah aje lah.


Meh sini aku nak kongsi cerita.
Ada DUA PERKARA berlaku bila mood rajin datang.

PERTAMA : BLOG BERTUKAR WAJAH. Tadaaa! 

KEDUA : SAYURAN HIDROPONIK SUBUR


Itu dua benda yang terjadi pada beberapa minggu lepas disebabkan semangat rajin tiba-tiba datang entah dari mana. 

Pertamanya : Blog Bertukar Wajah.

Ini sebenarnya lebih kepada disebabkan ada sedikit masa terluang dan ditambah kelajuan internet berada pada tahap bedesup. Kalau line sendu je macam siput sedut memang non hado lah nak bertukar-tukar ape segala. Mood pun memang takkan datang. Moga-moga kekal lama sikit lah tahap laju internet sedap macam ni. 


Kedua : Sayuran Hidroponik Subur.
Ini pulak disebabkan baru-baru ni Pihak Atasan ada buat kempen #SatuDepartmentSatuSayur jadinya team kerja aku tak terkecuali daripada program ni. Kami dibekalkan dengan Set Hidroponik dan juga Baja A + Baja B (jenis cecair). Kami cuma perlu cari benih sendiri apa yang kami nak semai. Dan aku cuba semai Bayam Brazil & Kangkung untuk permulaan. Dan rupa-rupanya takdelah susah mana teknik hdiroponik ni. Patutlah sifu tu ade cakap : "Tanam,Tinggal dan Tuai" . Memang terbukti mudah. Perlu pastikan penjagaan baja dan air sahaja. Bebas dari racun perosak. Lebih selamat.



Jadi buat masa ni, setiap hari datang kerja aku akan pandang dulu sayuran hijau hasil tanaman aku sendiri ni. Kononnya wahhhh petani berjaya gitu ahakkkksss


Ada yang tak boleh minum susu ke?

18 April 20 Comments

Hai engkorang. Semoga sihat ceria bahagia sajelah semuanya. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan dan selalunya ramai yang memilih untuk berdiet di samping berpuasa. Ada yang waktu sahur hanya minum susu dan makan kurma sahaja untuk bertahan hingga ke waktu berbuka puasa.

Aku pernah jugak cuba untuk minum susu tapi selalunya mesti gagal. Gagal tu maksud aku bila dah masuk je susu tu dalam mulut mesti masa tu jugak akan termuntah balik. Dan pernah satu kali tu aku dah berjaya telan susu tu tapi malangnya beberapa saat lepas tu termuntah balik keluar segala isi dalam perut T___T

Aku pernah cuba minum susu perisa Coklat dan alhamdulillah boleh pulak telan elok je takde muntah ape segala. Susu yang pure color putih dengan susu perisa strawberry je aku tak boleh. Yang coklat ok je.

Seronok tengok orang minum susu takde muntah pun. Ke ade jugak yang sama macam aku tak boleh minum susu?


Ais Milo Kepal

16 April 11 Comments


Hai engkorang. Semoga sihat ceria bahagia aje semua ye. Hujung minggu baru-baru ni adik-beradik aku masing-masing ada pulang ke kampung sebab dah hampir sebulan diorang tak balik. 

Jadi bila dah berkumpul ramai-ramai tu

Resepi Ais Kepal Milo

Bahan-bahan:

  • 1/2 susu krimer manis
  • Ais batu secukupnya untuk dikisar
  • 1 sudu besar serbuk coklat
  • 8 sudu serbuk Milo


cara-cara:

  • Kisar ais batu gunakan blender (jangan pulak guna blender cili tu kang naya bibir)
  • Kemudian, masuk ais yang dikisar tadi dalam mangkuk.
  • Campurkan serbuk milo, serbuk coklat dan susu krimer manis. 
  • Kemudian, gaul dengan mixer.
  • Selepas itu, siram campuran tadi di atas ais kepal.
  • Untuk topping, engkorang boleh tambahlah ape-ape taburan kacang ke atau oreo crumb ke ape-ape yang engkorang rase nak taburlah takde sape marah.
  • Lepas tu tadaaaa dah boleh ngap.


Sebenarnya terpulang ikut tekak kita sebab sukatan susu ni agak banyak.jadi ikut pada anak tekak masing-masinglah ye nak adjust manis setakat mane. 

#ProjekDapur ni kalau Abang Long & Akak Ipar aku ade pulang ke kampung barulah ade jalan projek. Kalau tidak postpone dulu sampailah diorang ade sebab kalau aku tunggu anak sedara aku Si Budak Kenit sorang tu lah baru ade semangat nak buat. Topping tu segala cococrunch, chocorice ape segala dengan straw besor tu pun si Budak Kenit punya request lah tu hehehe


Aiseyman... Kan Dah April..

01 April 15 Comments
Hai engkorang semua. Mac dah habis weyh ! How was your Mac ? Bahagia dak? Moga semua indah belaka saja untuk engkorang ye. Bulan Mac untuk aku pulak pada hujungnya ada sikit cahaya menerangi kegelapan.

Hasil usaha keras berjaya membuka mata Pihak Atasan dan dengan itu Makcik Engkorang ni dapatlah sikit 'Habuan' lepas dah separuh mati punya buat kerja sepanjang tahun 2018 yang lepas. Alhamdulillah ada dapat sikit Ang Pow sebulan gaji. 

Walau tak banyak mana sebab yelah sebulan gaji aku ni bukan 5-6 ribu pun tapi cukuplah untuk buat bagi mak ayah, tolong adik-beradik apa yang patut.

Dan satu lagi berita yang memberi cahaya jugak adalah berkenaan issue PUSAT INTERNET AKAN DITUTUP. Haritu aku ada cerita kesedihan sikit kat entry sebelum ni. tapi nampak gayanya bila rumous tu dah mula tersebar segenap ceruk last-last keluar kenyataan rasmi menyatakan bahawa PUSAT INTERNET TIDAK AKAN DITUTUP. Lega syukur alhamdulillah. Kalau tidak Makcik Engkorang ni kena berhijrah cari kerja ke tempat lainlah.

Jadi buat masa ni masih bersyukur sebab masih ada kerja dan masih ada gaji. Sebenarnya memang tak boleh berharap pada kerja hakiki ni semata-mata ditambah pada zaman yang makin mencabar keimanan macam sekarang ni. Herghhhh kemon Ana kemon~


Masuk Tahun Ke Sembilan

03 March 26 Comments
Kejadian blackout di tengah hari terik di Resort Pangkor tu membuatkan semua orang tak selesalah. Mana tak nya dah lah cuaca memang tengah panas terik, dibantai pulak takde elektrik. Nasib baik waktu tu masa sesi check in dan serahan kunci bilik. 

Lebih kurang 30 minit macam tu tiba-tiba elektrik dah kembali ada. Kami semua pun diberi masa sehingga jam 2.00 petang untuk refreshment dan perlu berada di Seminar Hall pada jam 2.30 petang untuk sesi perasmian program.


Nasib baik elektrik dah ade dan sempatlah mandi berangi-wangi ape segala. Kalau tidak memang masing-masing ketiak basah maklumlah turun naik feri ape semua tarik beg dari jeti sana tu huhuhu

Alhadulillah rezeki masih menyebelahi aku buat kesekian kalinya untuk pencapaian sepanjang tahun 2018 walaupun aku merungut mengadu kasih kat engkorang pasal 'semangat kerja' yang semakin menghilang. Maklumlah selama aku mula bekerja di sini dari tahun 2010 hinggalah 2019 sekarang ni, Boss aku selalu cakap yang aku ni je yang dia tengok sentiasa bersemangat dalam menganjurkan apa-apa aktiviti setiap tahun. 

Tapi entahlah, semenjak beberapa menjak ni hati aku memang berasa tak berape sedaplah. 

Aku doakan semoga kita semua diberi kekuatan untuk menempuh dugaan dan ujian setiap hari. 

Sebenarnya lepas je selesai program Kursus di Pangkor ni, selepas semua orang dah selamat kembali ke Daratan lokasi masing-masing, pihak pengurusan tempat kerja aku keluarkan berita yang kurang enak di dengar. 

Ishh potong mood betul lah kan?