Pernah dengar tak permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon?
Selain menggunakan sistem gantian
online, anda juga ada pilihan untuk buat gantian MyKad melalui telefon bagi
masalah MyKad rosak.
MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon
Syarat-syarat permohonan
untuk perkhidmatan MyPhone-In JPN adalah seperti berikut:
📌Gantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja
📌Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)
📌Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
📌Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat
Negeri sahaja
📌Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar
📌Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama
semasa pengambilan MyKad di kaunter
Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon
Untuk membuat gantian
MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila buat panggilan ke talian
berikut:
TALIAN HOTLINE
MYPHONE-IN: 03-8880 8066
Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat – 8
pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat
Isnin – Khamis: 1 petang
hingga 2 petang
Jumaat: 12.15 tengahari
hingga 2.42 petang
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut
tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In
JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di
https://www.jpn.gov.my/my/
ATAU hubungi
03-8000 8000