MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

 


Pernah dengar tak permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon?

Selain menggunakan sistem gantian online, anda juga ada pilihan untuk buat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.


MyPhone-In JPN: Gantian MyKad Rosak Melalui Telefon

Syarat-syarat permohonan untuk perkhidmatan MyPhone-In JPN adalah seperti berikut:

đź“ŚGantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja

đź“ŚBayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)

đź“ŚHanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja

đź“ŚPusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja

đź“ŚTiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar

đź“ŚCaj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

 



Cara Ganti MyKad Rosak Melalui Telefon

Untuk membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila buat panggilan ke talian berikut:

TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066

Waktu Operasi

Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang

Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

ATAU hubungi

03-8000 8000


13 comments:

  1. wak dh 4 kali tukar mykad sbb hilang., huhuhu

    ReplyDelete
  2. ehhh first time dengar nii..

    ReplyDelete
  3. Waaa nice sharing! First time dengar, thank youuu ☺️

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar. Ni first time tahu. Mudahnya, hanya di hujung jari. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  5. haa senang lah kalau nak tukar ic pasni. tu pun kalau tukar lah hahaha

    ReplyDelete
  6. rasa nak tukar mykad la sbb yg skrg ni selalu susah dibaca oleh pihak bank.

    ReplyDelete
  7. Wah.. baru tahu.. Alhamdulillah senang urusan..

    ReplyDelete
  8. Bagus! memudahkan,tak perlu nk beratur dan mnggu lama..semakin mesra JPN skg :)

    ReplyDelete
  9. hmmm senang ja skrg ni kan , smua hujung jari

    ReplyDelete
  10. skrg dah makin mudahđź‘Ťđź‘Ť

    ReplyDelete
  11. Baharu tahu nih!
    Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  12. eh eh btul la first time tau...
    tp igt nk tukar alamat, nmpk gaya kena gi kaunter jgk la kan..huhu

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete