Asyiqin.com - GiveAway 2024

24 April 15 Comments

 



KLIK BANNER UNTUK JOIN & SYARAT-SYARAT


Siapa yang join automatik akan dimasukkan dalam bloglist & 3 orang bertuah akan dipilih sebagai pemenang (hadiah mungkin bertambah mengikut bilangan penyertaan).

Moga ada terselit rezeki memeriahkan giveaway sahabat blogger hehehe

Al-Fatihah : Tragedi Helikopter TLDM Terhempas

24 April 14 Comments

 



Al-Fatihah buat 10 wira negara yang terkorban dalam tragedi helikopter TLDM yang bergesel di udara dan terhempas. Cuaca mendung seolah mengiringi pemergian kesemua mereka yang terkorban. 

Moga seluruh keluarga yang terlibat dipermudahkan urusan & diberi kekuatan , ketabahan untuk semua ahli keluarga menghadapi ujian berat ini :( 




Antara Menu Simple Jamuan Raya Sekolah

22 April 15 Comments


Sekarang masih dalam mood Hari Raya Aidilfitri. Dan banyak sekolah juga mengadakan sambutan Jamuan Hari Raya di sekolah-sekolah. 

Dan sebagai mak-mak selalunya mesti pening memikirkan apa juadah untuk anak-anak bawa kan?

Ini antara beberapa idea menu simple untuk Jamuan Raya Sekolah atau Menu Simple Potluck ke sekolah :


Pop Corn Chicken Cheese Leleh

Spageti Bolognese Pedas Manjahhhh


Baby Pancake Chocolate Leleh

Buah-Buahan Coklat Leleh


Sumber : Group Facebook MAHN

Dan menerusi kebanyakan testimoni daripada mak-mak dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di facebook, ramai yang setuju dan menyokong menu-menu ringkas begini laku kerassss (habis licin paliing awal) malah tanpa pembaziran & menjmatkan masa guru sebab tak perlu nak tolong packing hehe

Ramai anak-anak seronok bila juadah yang dibawa menjadi rebutan kawan-kawan semasa Jamuan Raya di sekolah. Kerja mak mudah dan hilang rasa penat bila anak pulang bawa feedback positif macam tu kan? Perasaan seronok tu hanya golongan mak-mak yang bertungkus-lumus menyediakannya saja yang tahu. 

Macam rasa nak melompat! hehehe

Alhamdulillah Rezeki Puasa 6

22 April 16 Comments


 Alhamdulillah selesai kami sekeluarga Puasa 6 Syawal pada hujung minggu lalu.

Disebabkan rajin lebih sikit haritu buat lebih ketupat palas & frozen kan sedikit.
Jadi selesai Puasa 6, kita kukuskan sekejap untuk juadah berbuka. Jimat masa dan tenaga hehehe

Aku dan Mak buat juga rendang daging sebab ini kegemaran Bong.


Dan si Bong juga request nak makan Nasi Minyak.
Kita buatkan pakej dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun,


Daging Masak Black Pepper permintaan Abah.
Permintaan si Bong juga supaya extra black pepper.

Acar timun kegemaran Abah dan buat lebih kongsi dengan jiran sebelah hehehe


Sate Daging kegemaran Bong (tapi satey beli sebab mood nak mbakar satey tak datang) 


Harini 22 April, esok 23 April dan 24 April juga elok untuk kita puasa.
Kerana dikenal sebagai Hari Putih.
Boleh Puasa Qadha, Puasa Sunat Syawal & Puasa Sunat 13,14,15 Syawal.
Jom kita sama-sama hehehe


Ambik Sikit Sikit

18 April 22 Comments


 
Tiap kali ada jamuan rumah terbuka atau apa saja majlis makan-makan, mesti berlaku perkara ni.

Masa ambil makanan tu punyalah tamak, segala mak nenek ambil sebab nak rasa semua.

Bila dah hujung-hujung tu tak habis, terbuang macam tu saja.

Tolonglah jadi manusia yang bersyukur.

Kita ni mewah makanan sampai membazir terbuang.

Anak-anak di Palestin sana tu sampai kurang nutrisi tak cukup makanan T___T

Sebagai tuan rumah memang akan sedih tengok perkara ni terjadi.

Sebab kita plan dan buat anggaran untuk ramai tetamu boleh makan.

Sudahlah ambil banyak tak habis, lepas tu tinggal je macam tu.

Bukan nak tolong buang dalam plastik sampah ke ape.

Tapi disebabkan segelintir yang tamak, membazir rezeki macam tu je.

Orang belakang datang, dah takda tinggal apa sedangkan banyak terbuang T___T



Aduhai Kesian Kakak

17 April 14 Comments

 




Kisahnya Si Kakak Syaura balik sekolah mengadu cakap lapar.
Mak nya pelik jugak sebab dah bawa bekal isi macam-macam,
tapi masih lapar bila Mak nya ambil waktu balik sekolah tengah hari.

Bila ditanya kenapa Kakak lapar sebab kan dah ada bawa bekal.
Kakak pun bagitahu ada kawan yang ambil dan makan sampai licin.

Si Kakak Syaura ni memang sejenis lembut hati.
Dah terbiasa diajar kongsi semuanya dengan adik & sepupu.
Jadi hati Kakak Syaura memang jenis tak pandai nak cakap "No".

Mak nya terlepas pandang untuk ajar say no dalam beberapa perkara.

Kalau si Adik Musleh lelaki tu haaa jangan buat main.
Barang dia is barang dia. No kongsi-kongsi.
Siapa yang berkeras ambil jugak memang kena lah dengan si Musleh ni.

Aduhai kesiannya Kakak Syaura macam kena buli pulak.
Dah pesan kat mak nya kena ajar tegas sikit lepas ni.

Dannnn jangan bagi bawa bekal brand Tupperware pergi sekolah.
Satu hal pulak nanti kalau ada yang berkenan & ambil bekas tu hehehe 


Anak Berlumba Lenyek Nasi Impit

17 April 16 Comments

 



Tanyalah sesiapa pun, memang seronok menerima kunjungan tetamu tak kira bila masa sekalipun.
Tapi kalau ada yang terlalu nakal hingga berlumba lenyek nasi impit atas karpet, 
anda rasa ada masa untuk sakit kepala? 

Ditambah pula ibu bapanya tak tegur & hanya cakap : 

"Biasalah budak kecil kan? Memang nakal macam tu" 

Ini kalau zaman mak-mak dulu, silap banyaklah kalau buat main makanan macam tu.

Masa depan orang ramai tu memang engkau selamat, balik rumah nanti siappp!

Kebanyakan mak ayah zaman dulu memang tegas dalam mendidik anak.

Sebab tu kebanyakan anak menjadi 'orang'.

Berbalik pada didikan mak ayah juga lah sebenarnya kan?


Api! Api! Api!

16 April 11 Comments

 


Dalam pada kita semua masih bergembira meraikan kemeriahan bulan Syawal, satu tragedi berlaku di kawasan kejiranan kampung tempat aku sekeluarga tinggal.






Rumah Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah hangus dijilat api pada petang 05 Syawal (Ahad 14 April 2024). Kejadian berlaku dikatakan berpunca apabila petir menyambar suis utama di rumah Makcik Midah dan kemudian berlaku letupan dan menyebabkan api mula marak.

Anak menantu semua sudah pulang dan ke rumah mertua masing-masing dan hanya Pakcik Kamaruddin dan Makcik Midah saja yang tinggal waktu tu.

Petang sebelum kejadian tu juga ada beberapa kali petir guruh kuat.

Hati mana yang tak luluh setelah rumah yang dihuni sejak tahun 1984 hingga 2024 hangus begitu saja.

Syukur tidak meragut nyawa kerana sempat juga Makcik Inah sebelah rumah menjerit minta bantuan.

Semua jiran-jiran terdekat yang ada masa tu bantu padamkan kebakaran sementara bomba dalam perjalanan. 

Kami bersama-sama seluruh komuniti di sini ada buat kutipan derma kilat untuk bantu meringankan beban Makcik Midah & Pakcik Kamaruddin.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Pakcik Kamaruddin, boleh salurkan kepada waris keluarga iaitu anak beliau :

Akaun : Maybank 
Nombor Akaun : 158154294838
Atas Nama : Amirul Muzamir
Nombor Tel : 013-528 0187


Moga diberi kekuatan buat seluruh keluarga Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah.
Sedih pilu terasa sebak sayu di hati sebab Makcik Midah juga Ahli Mesyuarat Mak :(