Alhamdulillah selesai kami sekeluarga Puasa 6 Syawal pada hujung minggu lalu.
Disebabkan rajin lebih sikit haritu buat lebih ketupat palas & frozen kan sedikit.
Jadi selesai Puasa 6, kita kukuskan sekejap untuk juadah berbuka. Jimat masa dan tenaga hehehe
Aku dan Mak buat juga rendang daging sebab ini kegemaran Bong.
Dan si Bong juga request nak makan Nasi Minyak.
Kita buatkan pakej dengan Ayam Masak Merah dan Acar Timun,
Daging Masak Black Pepper permintaan Abah.
Permintaan si Bong juga supaya extra black pepper.
Acar timun kegemaran Abah dan buat lebih kongsi dengan jiran sebelah hehehe
syok die dh abis puasa...di kala tgh puasa ni tgk gmbr makanan2 tu ...lprnya hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah Tahniah Ana 👏🏽
ReplyDeleteTerbaik ni…puasa satu keluarga.
Kagum dengan tahap kerajinan Ana masak macam-macam.
kami tinggal 1hari lagi dah boleh raya...nak buat menu raya tapi nanti teringat anak dekat asrama pula haha
ReplyDeleteAlhamdulillah...memang sambut raya sekali lagi nie sis Ana...
ReplyDeletelinda hari nie, insya-Allah habis qadha..esok nak sambung puasa 6 pulak...insya-Allah
Alhamdulilah dah habis puasa....kita baru #3. Moga selesailah semuanya nanti....insya-Allah....
ReplyDeleteTerliur pulak nampak ketupat palas tu.
Kak Anaaaa tak baikkk show off ketupat palas homemade tak ajak sekali T^T sedihlah kita hahahahahah
ReplyDeleteSaya belum sempat puasa enam lagi. masih sakan beraya haa. insyaAllah ada rezeki minggu depan dah boleh puasa.
Semua makanan menyelerakan . Ketupay rendang memang menu wajib tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Meriah makanan raya puasa enam Ana sekeluarga. Rajin, buat ketupat palas.
ReplyDeletesedapnya ketupat palas...
ReplyDeletelama dah x mkn
almaklum laa negeri kami mmg x buat ketupat palas hehehe
tu dia dh macam raya. in fact mmg raya besar ni sebab dah habis puasa 6 kan
ReplyDeletealhamdulillah...yeay...sedapnya semua menu...yum yum...
ReplyDeleteTengok ketupat palas tu, masih ada lagi tersimpan dalam peti sejuk, abg ipar bawa dari Terengganu sebelum raya hari tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sambut raya kedua ni Ana. Menunya pun memang special. Bong mesti sangat happy.
ReplyDeleteNampak macam sedap semuanya tu..untung orang laki boleh request je nak makan apa, nak request jugak boleh?
ReplyDeletealhamdulillah dan tahniah kerana berjaya melakukan puasa 6 syawal...bukan mudah untuk puasa sinat dalam bulan Syawal kerana ramai lagi dalam mood raya
ReplyDeleteSedaap sepertinya rendang kakak ya 🤤🤤😄. Alhamdulillah kalau puasa 6 dah selesai kemarin. Tadinya kuatir akan terpotong oleh period. Ternyata tak lagi. Syukur sangat
ReplyDelete