Tiap kali ada jamuan rumah terbuka atau apa saja majlis makan-makan, mesti berlaku perkara ni.
Masa ambil makanan tu punyalah tamak, segala mak nenek ambil sebab nak rasa semua.
Bila dah hujung-hujung tu tak habis, terbuang macam tu saja.
Tolonglah jadi manusia yang bersyukur.
Kita ni mewah makanan sampai membazir terbuang.
Anak-anak di Palestin sana tu sampai kurang nutrisi tak cukup makanan T___T
Sebagai tuan rumah memang akan sedih tengok perkara ni terjadi.
Sebab kita plan dan buat anggaran untuk ramai tetamu boleh makan.
Sudahlah ambil banyak tak habis, lepas tu tinggal je macam tu.
Bukan nak tolong buang dalam plastik sampah ke ape.
Tapi disebabkan segelintir yang tamak, membazir rezeki macam tu je.
Orang belakang datang, dah takda tinggal apa sedangkan banyak terbuang T___T
setuju...memang selalu tgk mcm ni.. sayang sgt.. sama juga ngan gi buffet..amik kasi penuh meja sbb malas nak bangun kononnya..but at the end, x larat nak makan...
ReplyDelete
ReplyDeletePeel saya walaupun sejenis makan banyak, saya akan amik sikit-sikit jek dulu..karang nak tambah baru amik lagi...dah biasa...biarlah orang cakap buruk perangai makan berulang, janji tak membazir..Sedih tengok makanan terbuang...
Saya pun sejenis ambik sikit2 juga. Baru2 ni pergi kenduri kahwin ada dihidangkan sate. Ada orang ambik banyak2 sampai fikir dah tak fikir dah orang belakang.....
ReplyDeletebetul...dengan anak-anak pun selalu linda pesan...tp, kalau kita tak pantau..memang dia buat jugak...kadang2 yang tua nie pun, tamak haloba..hahaha
ReplyDeleteAmbil makanan sekadar buat syarat supaya tuan rumah tak kecik hati, tambah lagi bukan kita je yang datang.
ReplyDeleteMakanan percuma selalu nasib macam tu... diambilnya macam tiada hari esok. Sedih bila makanan yang diambil tak dihabiskan. Ambil je sedikit-sedikit dulu.
ReplyDeleteSebab malas, nak bangun..diambilnya banyak-banyak penuh pinggan. Macam mana kalori badan nak terbakar? Pemalasss!
Betul… part ni saya pun tak faham pe’el sesetengah orang. Dia punya takut makanan habis, dia ambik banyak2 lepas tu tak habis makan pun. Macam tak pernah pergi open house pulak. Kalau pergi bufet ramadhan atau bufet sarapan di hotel pun akan jumpa makhluk2 ni jugak.
ReplyDeleteHmmm..tu belum lagi terdengar ada tetamu yg komplen makanan tak sedap. Tetapi tengok dalam pinggan dia abis licin makanan kita.....adoiii haii...
ReplyDeleteye memang sedih, dan geram dengan perangai orang yang jenis membazir ni... kalau nak makan ambil secukupnya je, takpela ambil 2 ketul je bila makan habis rasa sedap ambil lagi 2, jangan terus ambil 1 pinggan penuh lepas tu rasa kenyang pastu tak termkn. Penat tau tuan rumah masak dan keluarkan duit nak masak tu
ReplyDeleteSedih tengok pembaziran makanan @ minuman ni... Mmg la nampak semua nak rasa, nak makan tp ambil sekadarnya je. Kitorg selalunya share² je, rasa sorang sikit jadilah... tambahan skrg ni pelbagai juadah disajikan,mg tak termakan kalau ambik semua pun :(
ReplyDeleteKita malu nak amik banyak-banyak, pastu boleh membazir. Kami kalau lapar, sanggup repeat amik makanan lagi. Buttttt paling tak suka, kalau orang amik banyak, pastu kalau dia tak habis, dia letak kat pinggan kita..
ReplyDeletesesungguhnya membazir itu saudara syaitan!
ReplyDeleteTak faham juga dengan orang macam ni. Tak ingat langsung orang kat belakang. Dia nak pulun semua makanan. Kesian kat tuan rumah, penat masak.
ReplyDeleteMemang betul, selalu melihat orang kita suka membazir. Ambil makanan tinggi menggunung dalam pinggan lepas tu tak habis makan. Apa salahnya ambil sikit-sikit, boleh tambah kalau tak puas makan.
ReplyDeleteTak tahu la kenapa spesis mcm ni wujud.. amik makanan berpada-pada lah.. kalau dah tau ini open house ke 8 makan sekadar meraikan tuan rumah.. bukan membazir.. biarlah byk kali tambah makanan janji ia tidak membazir.
ReplyDeleteIbarat makan tak ukur baju di badan sendiri, ini lah hasilnya. 😓
ReplyDeleteSedih kalau membazir begitu. Geleng kepala bila tuan rumah tengok...
ReplyDeletekalau org lain yg ambilkan tu stress.. kite nk sikit diambilnya byk... terpaksala makan...
ReplyDeletesayangnya makanan tu...ambil berpadalah...sedih tengok
ReplyDeleteTak suka tengok bila manusia tamak macam ni . Ambil dalam kuantiti yang banyak . Makannya sedikit . Kalau ambil makan bagi habis tu ok . Ni tak habis dah membazir ..
ReplyDeletekdg bila nmpk manusia mcm ni rasa nak luku je
ReplyDeletekalau bdk kecik x pe jg
ni dah tua kot?
haihhh
open house bukan boleh mkn byk pun.. jgn la tamak kesian tuan rumah
ReplyDelete