Jalan Cuti Sekolah
Cuti sekolah memang sinonim dengan pelbagai majlis keramaian terutamanya kenduri kahwin.
Majlis Walimatul'urus anak Mak Lang aku (Adik kepada Abah) di Bagan Serai Perak.
TIGA pasangan pengantin jalan sekali.
Anak-anak Mak Lang aku yang bertiga ni memang ke mana-mana bertiga.
Jarak umur diorang hanya beza 2 tahun sorang & sebab tu mereka rapat bertiga.
Dan memang dah lama diorang plan untuk Walimatul'urus tarikh yang sama.
Buat majlis serentak tiga terus lebih memudahkan urusan Ibu katanya.
Yelah kalau nak buat asing, nanti kesian ibu nak kena hadap & urus tiga majlis berbeza.
Syukur selesai semua dengan lancar walau dalam cuaca yang panas betul.
Selesai saja di majlis walimatul'urus sepupu bertiga, kami singgah di Gerai Non Bihun Sup.