Fabulous February

05 February 27 Comments


Macam yang aku pernah cerita pada entry Part 1 dan jugak Part 2, berkenaan rakan sekerja aku (Cik Ida) yang terpaksa berhenti kerja disebabkan perlu fokus untuk penjagaan anak dia. Semoga kehidupan Cik Ida lebih ceria dan bahagia dengan kehadiran baby Assyifa :)

Aku pulak ? Syukur Alhamdulillah setelah struggle kerja sorang sepanjang September hingga Januari, kini aku boleh bernafas lega sikitlah dengan kehadiran rakan sekerja yang baru. Aini namanya. Berpangkat 'kakak' pada aku. Bukan orang lain pun disebabkan Kak Aini sebelum ni bekerja dalam department yang sama cuma di lokasi berbeza (di Kedah) dan dia mohon ditukarkan ke lokasi aku disebabkan suaminya anak jati Felda tempat aku bekerja ni. so yeyyyy ! aku dah ada partner baru : Kak Aini :)

Bermula 31 Januari haritu, bermulalah kisah kami bekerja bersama. Aku sangat bersyukur sebab sama-sama boleh faham tugasan masing-masing disebabkan job scope kami sama je sebelum-sebelum ni. Jadinye memang agak dipermudahkan urusan jugaklah segalanya. Syukur Ya Allah :")

Makanya, disebabkan aku back in action (bekerja secara normal semula sebabnye sebelum ni, memang agak tak normal lah kerja aku sebab terpaksa bekerja Isnin sampai Jumaat sorang-sorang. Sabtu Ahad je lah aku ambik cuti. Tapi sekarang ni dah kena re-schedule semula). Macam agak packed jugak Key Performance Index (KPI)  untuk tahun ni yang perlu kami capai. Moga segalanya dipermudahkan untuk aku dan Kak Aini.

How  was your life so far gaisssss ? :)




Jodoh, Mai Lekaih Sikit

29 January 19 Comments

Beberapa hari lepas si adik aku call mak aku. Menyatakan hasrat hati dia. Mohon bantuan mak dengan abah aku untuk pergi bawak rombongan merisik calon isteri dia. Pastu nak bertunang jugak. Cumanya merisik dan bertunang nak buat asing katanya.

Mak aku terima call tu pagi masa selepas aku dah masuk kerja.
Aku ni balik lunch break tengah hari nak mencekikla.
Tetiba mak aku bukak cerita pasal tu.
Aku orait je.

Cuma yang jadi kurang syoknya bila mak aku tanya:

"Kakak bila lagi ni. Adik hang dulu dah ni cemana ni ?"

Aku balas rilek je la sambil dok suap nasik.

"Rilek mak. satu-satunya bakal menantu lelaki mak tengah on the way.Mak tolong doa je supaya jangan dia silap rumah masa hantaq rombongan dia nanti."

Terus mak aku buat tak dengaq.

Aku terus gak la telan nasik walaupun rasa terlekat.

*******************************

Awak, 
Saya tak tau nak kata cemana.
Kalau jodoh kita, InshaAllah tak ke mana.
Saya doakan yang baik-baik saja.

Lap ayaq mata.


January Luck : Camera Bag

18 January 43 Comments
Minggu lepas Lazada ada bagi penghargaan pada loyal customer diorang dan aku salah sorang yang menerima email penghargaan daripada pihak Lazada.Alhamdulillah...

Aku mula 'berkenalan' dengan Lazada ni pada tahun 2012 dan barang pertama yang aku beli adalah Canon Powershot A2200 4.1MP dengan harga RM280.80 pada masa tu.
Aku beli ni pon sebab kerja harian aku memerlukan aku untuk snap gambar setiap aktiviti dan sesi training class yang kami buat. Walaupon company ada beli compact camera Samsung, tapi aku kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang terhasil (yelah nama pon compact camera, hasil gambar takdelah seberapa kalo nak dibandingkan dengan DSLR huhuhu)

Tapi dengan compact camera Canon ni aku lebih berpuas hati hasil gambar-gambarnya compare to Samsung punya camera tu.

Bermula dengan Camera Canon ni lah aku jadi pelanggan setia Lazada. Ada beberapa item lain lagi yang aku beli di Lazada. Disebabkan 'kesetiaan' aku tu, awal minggu lepas Lazada bagi FREE VOUCHER untuk aku tebus mana-mana produk yang ada di Lazada tu. Kiranya ni New Year Gifts untuk loyal customer lah gitttewwwww~ kehkehkeh

Jadi apa yang aku tebus? Jeng jeng jeng...

Memandangkan aku tak mampu nak dapat DSLR, aku pilihlah Burberry Camera Bag ni hah. Tak dapat DSLR, dapat camera bag DSLR pon jadilahhhhhhh kikiki

Dah selamat aku terima masa petang Jumaat haritu. Terima kaseh Lazada ! Kalau ada lagi nanti bagilah lagi kehkehkeh

Sekarang ni dah masuk 4 tahun camera Canon tu bersama aku dan Alhamdulillah masih elok. Jadilah yang tu je aku mampu. Nak beli DSLR macam tak mampu lagi nak oi hehehe



Jejak Digital : Contoh Resume Mudah Dan Kemas

17 January 23 Comments
Baru-baru ni ternampak ramai jugak kawan² pakat share kat fesbuk diorang berkenaan dengan contoh resume yang simple dan kemas dengan hanya SATU PAGE saja tapi ada semua maklumat yang penting kat situ.

Sebenarnya dulu masa tahun 2011, aku pernah share pasal resume mudah dan kemas jugak tapi yang aku tengok baru² ni lebih cantik grafiknya dan kalau mohon jawatan bahagian designer atau yang berkaitan aku rasa memang terus dapat tempat di mata penemuduga.  Aku ulang semula. Mendapat tempat 'di mata' penemuduga tau. Bukan aku kata MENDAPAT KERJA. Dapat kerja atau tak, belum tentu lagi tapi yang penting dapat grab perhatian dia kehkehkeh
Bayangkan ada beribu resume bersepah depan penemuduga pastu tetiba engko punya lain dari yang lain. Dia dah naik muak tengok semua sepesen aje resume tetiba engko punya perghhhh lain macam. Tak ke rasa bertuah ? Dapat dipanggil interview pon dah kira sangat bertuah kalau nak dibandingkan orang lain yang langsung tak pernah dipanggil walaupon dah berpuluh kali dia hantar resume.

CONTOH-CONTOH RESUME RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PENEMUDUGA


sumber : FB MomentColor

Nampak perbezaan SEBELUM dan SELEPAS ? Memandangkan rakan sekerja aku terpaksa memilih untuk berhenti kerja baru-baru ni, jadi pihak atasan mengarahkan aku untuk iklankan kekosongan jawatan dan aku terlibat dalam penerimaan dan pemilihan resume calon-calon yang mencuba nasib.

Walaupun aku hanya menerima je resume yang dihantar, tapi disebabkan jawatan yang perlu diisi tu merangkap bakal rakan sekerja baru aku nanti maka sikit sebanyak, Boss aku tetap ambil kisah tentang 'mana satu dan siapa calon' yang aku berkenan berdasarkan pada resume-resume tu semua.

Macam yang aku kata awal tadi : 'dapat grab perhatian'

Itu keyword dalam kita buat resume ni sebenarnya.
Kalau ada KABEL takyah cerita.
Resume cincai pon takde hal sebab engko dah ada kabel tolong kipas.
Ini untuk yang hantar resume tak guna kabel.
Orang atasan tu tak kenal langsung siapa kita dan macam mana kita.

Bila aku bagitawu si polan si polan yang aku rasa berkenan,Boss aku mesti tanya apa sebab dan faktor yang menyebabkan aku pilih si polan tu?

Jawapan : mestilah berdasarkan pada resume. KEMAS & PADAT.

Tak perlu 2-3 helai bazirkan kertas. 1 page je dah cukup.
Paling penting bahagian GAMBAR & PENGALAMAN KERJA / KURSUS.
GAMBAR tu lagi kemas kalau background dia transparent je.
Macam biasalah manusia kan suka tengok pada yang cantik.
PENGALAMAN KERJA / KURSUS tu susun ayat biar ringkas tapi power.
Isi pengalaman tu biar yang berkenaan dengan jawatan yang kita pohon tu.
*ada jenis buat 1 resume je pastu print resume yang sama untuk mohon jawatan lain
*bukan tak boleh tapi kurang 'kick' sebab kat bahagian PENGALAMAN/KURSUS tu lah

Nak taknak orang atasan memang akan tengok berdasarkan pada pengalaman kerja/kursus.
Kalau takde berkenaan langsung dengan jawatan yang dipohon, payahlah sikit chances nak dipilih.

Ok setel part resume.
'Partner Baru' aku dah dipilih.
InshaAllah bakal melapor diri akhir Januari nanti hehehe


Janam Janam | Dilwale

16 January 33 Comments
Aku salah sorang yang #demamDilwale jugak sekarang ni. Entah teknik makeup cemana diorang guna tapi aku kagum gila tengok Kajol cantik betul. Ke sebenarnye Kajol minum QuPuteh? Kalah aku yang umur 20an ni. Ehem~ hahaha

sumber : Lyrics Translate

Cerita Dilwale ni pada aku takdelah power mana sangat. Macam rushing pon ade. Aku bukanlah fanatic filem Hindi tapi mostly filem-filem SRK yang meletop memang aku melekat aje tengok tiap kali ditayangkan kat TV.

Filem Dilwale 2015 sebenarnya bukanlah sambungan filem Dilwale Dulhania Lejayenge  (DDLJ 1995). Ramai mula-mula ingatkan cenggitu tapi sebenarnya bukan sambungan. Cuma tarikh 19 Oktober 2015 (semasa tayangan filem Dilwale ni, genap 20 tahun filem DDLJ yang 1995 tu ditayangkan selama 1,000 minggu di panggung wayang Marathi Mandir, Mumbai ! Durasi tayangan yang sangat panjang tu berakhir pada 12 Disember 2014). Bayangkanlah sendiri lejen tak lejen filem DDLJ tu start tayang tahun 1995, masa tahun 2014 baru tamat tayangan kat pawagam sana.

sumber : Lagenda Filem Dilwale 2015

SINOPSIS FILEM DILWALE 2015
Permusuhan keluarga antara dua gengster Randhir(Bapa SRK) dan Malik(Bapa Kajol) menimbulkan bibit percintaan antara Kaali dan Meera. Bapa Kaali (SRK) cuba untuk berbaik dengan Malik demi percintaan anak mereka ni tapi si Malik tu khianat dan menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Masa kejadian tu pulak, berlaku salah sangka dan pada pandangan mata si Meera, Kaali lah pembunuh bapa dia si Malik tu tanpa tahu bapa dia yang khianat sebenarnya. Mereka berpisah tanpa Meera ni tahu hal sebenarnya yang berlaku.

15 tahun lepas tu, Kaali mengubah identiti dia sebagai Raj dan membesarkan adik dia Veer dengan penuh kasih sayang dan sembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Nak dijadikan cerita, si Veer ni pulak in love dengan Ishita (adik Kajol) dan merancang untuk berkahwin sampai terbongkar kisah silam si Kaali dan Meera  hinggakan terwujudnya watak Ramlal dan Pogo disebabkan si Veer ni curious sangat nak tahu segala benda hahahaha

Sepanjang menonton Dilwale ni, aku mengharapkan penamat yang lebih dramatik misalnya Kaali bertempur semula dengan musuh lama dia ke atau paling tidak pun dengan geng dadah di kawasan tempat tinggal dia dan terus membuatkan Veer baru tahu yang abang dia ni  ketua mafia 15 tahun dulu walaupun pada pandangan dia selama ni abang dia ni naif je orangnya. Tapi takde scene tu kecuali filem lakonan Jason Statham hehehe

Nak tahu lagi kena layan sendirilah cerita ni. Takpayah pegi panggung. Online streaming je. Hadap je layan sesorang. Nak nanges ke, nak sengeh ke takde nak tercover-cover hahaha


Jalan-Jalan Sungai Besar

14 January 41 Comments
Sebenarnye kesah ni masa sebelum tragedi Bimbo takmau hidup haritu. Abah dan Mak aku beberapa kali bercerita tentang Sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Kebetulan masa cuti tahun baru 1 Januari haritu, takde plan ke mana-mana pastu Abah aku pun terus bunyi ajak pergi ke Sungai Besar.
Aku memang pertama kali jejak ke Sungai Besar selama aku hidup ni. Abah dan Mak aku masa 10 - 15 tahun dulu selalu jugak pergi ke pekan Sungai Besar ni terutama masa musim perayaan. Harga barang-barangnya memang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga barang di kawasan tempat aku tinggal (Tanjung Malim pun tak boleh nak lawan harga Sungai Besar ni walaupun Tg Malim tu agak femes dengan kedai harga murah.)

Abah aku terus bawak ke kawasan Pekan Baru Sungai Besar je masa kamiorang pergi tu. Sebenarnya aku ada research (cewahh research kemain engko Ana ! hahaha) beberapa tempat menarik di Sungai Besar ni tapi disebabkan aku pergi tu dengan Mak dan Abah aku, jadi agak terhad untuk aku explore ke segenap ceruk tempat kat sana. Takpelah nanti ada rejeki, aku terjah sana lagi hehehe

TEMPAT MENARIK DI SUNGAI BESAR:
1.Jeti Sg Hj Dorani
2.Homestay Sg Hj Dorani
3.Pantai Bagan Nakhoda Omar (jauh juga kena masuk ke dalam untuk sampai ke sini)
4.Cendol Borhan
5.Kompleks Barangan Murah (dalam Pekan Sg Besar)
6.Pusat Jualan Kerepek (femes dengan Kerepek walaupun bukan musim perayaan)
7.Pusat Jualan Nata De Coco (ada yang jual 3 timba yg standard supermarket selalu tu dengan harga RM10.90 , Wow! Kategori murah tu !)
sumber gambar : Dorani Homestay

Sawah padi memang kat kiri kanan jalan sepanjang menghala ke pekan Sungai Besar tu. Snap dari dalam kereta aje guna kamera cabok. Belum ada rejeki lebih untuk dapat Gopro ehemmm~
Ini bukan kat kawasan Sungai Besar. Masa ni dah menghala balik kat kawasan Estate United Plantation Engineering Bhd (kawasan Ulu Basir / Ulu Bernam Estate) . Penduduk kat kawasan ni memang kena guna perkhidmatan 'feri tarik' ni untuk menyeberang disebabkan ada sungai dan tiada jambatan yang boleh menghubungkan kedua-dua belah kawasan tu. Perkhidmatan Feri Tarik ni dikenakan RM5.00 untuk satu hala dan cuma yang datang dari kawasan seberang UP Bhd sahaja yang dikenakan caj.

Penduduk kat sini majoritinya berbangsa India tapi diorang peramah semuanya. Abah aku lah sempat borak-borak dengan Uncle Assistant Kapten Feri Tarik tu. Feri tu takdelah besar macam Feri Pulau Pinang, kecik aje ferinye. Dapatlah memuatkan 4-5 buah kereta + beberapa motorsikal dalam sesuatu masa. Jaraknye pun takdelah jauh macam naik feri Pulau Pinang tu. Feri ni cuma ambil masa 5 minit gitu aje sebab jarak kawasan seberang sini dengan kawasan seberang sana takdelah jauh sangat (aku rasa aku baru duduk dalam 5 minit je pastu dah sampai seberang hehehe).
Rumah ni pulak salah sebuah rumah milik Orang Asli yang tinggal kat kawasan Estate Erong. Abah aku bawak aku balik jalan dalam kebun kelapa sawit. Kereta Persona aku tu Abah aku buat macam 4 X 4 dah gayanya hahaha. Sipbaikla jalan kebun kawasan ni agak baik kalau nak dibandingkan dengan kawasan kebun sawit kat petempatan aku sana tu.

Rumah ni unik sebab dia anyam pelepah rumbia untuk dijadikan dinding. Memang unik dan cantik sangat. Mulanya cadang nak je aku ajak Abah dan Mak aku berhenti untuk mohon izin buat sesi lawatan sambil belajar kat rumah ni tapi tak nampak pulak sesiapa yang ada sekitar situ untuk aku mohon izin. Kalo main redah masuk je takot 'tak jumpa jalan keluar' pulak nanti. Naya je karang hehehe

Tudia sedikit sebanyak Eksplorasi Jalan-Jalan Sungai Besar yang aku tak sempat jalan-jalan sangat pon sebenarnye. Next time InshaAllah aku datang terjah lagi hehehe


Jariah : Tugasan Seorang Guru

12 January 39 Comments
Sesi persekolahan 2016 dah bermula, makanya bermula semulalah kerja² menolong cecikgu sekolah sekitar kawasan aku bekerja ni. 

Awal pagi datang ofis dah 'disambut' dengan satu fail gedabak besor dan tebal. Ini sebenarnye bukanlah kerja hakiki aku. Ini lebih kepada khidmat masyarakat (CSR). Nak ditolak - tak gamak. Hadap ajelah. Layankan ajelah.

Aku tak pasti apa lagi kerja² yang golongan cikgu kena buat selain daripada tugasan mengajar murid, sediakan modul / Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk sesi setiap kelas, berpanas berhujan untuk sesi Hari Sukan, jadi trainer untuk pertandingan Minggu Bahasa dan lain-lain lagi tugasan yang kadang-kadang kesian pada golongan cikgu.

Part nak 'key in' data dengan server website yang sangaaaaaaatlah laju loadingnye tu pon satu hal jugak. 

Aku kadang tu suggest kat cecikgu ni mai je lah buat kerja kat centre tempat aku kerja ni. Kemudahan internet boleh tahan bedesup perginya. Cuma tu lah, tengok pada server web tu jugaklah, kalo ok, lajulah perginye. Kalo tidak --- haraaaaaaammmmm (kata orang Perak) =P

Macam Cikgu yang mintak tolong ni, takde masa dan tak lalu nak ngadap komputer nak menaip segala benda tu katanya. Tu pasal yang mitak tolong sangat-sangat kat aku ni.

Setiap minggu ada Rancangan Pengajaran Harian. 
5 hari. kalau 1 hari = 2 atau 3 kelas, 1 minggu = +- 20 kelas.

Selama aku dah terjebak dalam kancah pekerjaan aku ni, aku cukup kesian tengok cecikgu yang datang meluah perasaan. Dah la beban tugas Guru semakin bertambah setiap kali tukar kementerian. Pastu ada pulak golongan atasan yang jenis perlekeh (under estimate) je cecikgu ni. Tak cukup dengan itu, ceikgu kena hadap pulak golongan mak pak student yang jenis depa je betul - cecikgu semualah salah aje manjang. 

Haisshh~ sipbaiklah aku ni tak jadi cikgu. Mak dan Abah aku memang letak harapan tinggi untuk aku ni jadi golongan cecikgu sebenarnye. Tapi tu lah Allah lebih tahu bidang mana yang lebih sesuai dan yang mampu untuk aku tanggung.

Moga bertabahlah cecikgu semua.
Dan siapa jugak yang sedang diberi ujian.
Sabar bebanyak ye. InshaAllah indah ;)


Jom Check : Kereta Persona Tak Boleh Hidup

09 January 31 Comments

Sekuel kisah Bimbo aku tak berbunyi langsung 2-3 hari lepas. Konfemlah aku gelabah bila chobaan menghidupkan dia tak berjaya. Nasib baiklah jugak masa kejadian dia takmau hidup tu betul² kat parking rumah. Kalaulah kejadian tu kat perjalanan ke hape entahlah cemane pulak aku nak hadap agaknye.


Masa kejadian kereta aku : Persona tak boleh hidup haritu, ada beberapa langkah yang perlu dibuat. Terutamanya kalau engkorang jenis gegerl yang noob dalam hal-hal kereta (macam aku ni lah =P). Ada beberapa sebab kereta tak boleh hidup antaranya :

1.Check bateri 

Kemungkinan bateri dah sampai jangka hayat perlu ditukar. Selalunya ada DUA JENIS bateri : jenis kering dan jenis air. Kalau yang jenis air kena selalu periksa. Biasanya kalau servis setiap 5000KM tu periksa air dia cukup ke tak. Bagi bateri yang berusia 2-3 tahun ke atas kena keraplah periksa. Kalau bateri yang jenis kering pulak (free maintenance), periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau masih ok, warna dia hijau. Kalau ada cincin hitam tu dah mula lemah dan kalau hitam, memang dah sampai masa untuk tukar.Bimbo aku guna bateri kering (selalunya jangka hayat dalam 2 tahun lebih kurang perlu ditukar)

Jangan biarkan kereta hidup dalam jangkamasa yang lama kalau takde sesiapa yang memandu. Pastikan lampu kereta dipadam selepas guna. Apa yang perlu kita buat kalau bateri lemah dan kereta tak boleh hidup? Boleh guna cara 'jump start' sambung dengan bateri kereta yang lain. Kalau tak dapat start juga, memang kena beli bateri baru teruslah (ini kena mintak kepastian daripada mekanik yang kita percayalah)

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.

Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu langsung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain.Jadi penyelesaiannya? Kena la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! Jadi lupakanlah bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? (kes Bimbo aku ni manual lah) Takyah tukar bateri. Masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape² tolong tolak, agak² dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia² je.

Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.

Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul²ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?

Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.
*Abah aku tak galakkan aku guna bateri basah sebabnye aku ni konfem takkan reti nak jaga maintenance bateri tu karang =P

2.Minyak Petrol

Ini pun boleh jadi faktor kereta tak boleh hidup. Kemungkinan minyak habis atau pun minyak tak sampai atau tersumbat.Pam petrol kereta atau 'oil filter' mungkin bermasalah dan menyebabkan minyak tak sampai ke bahagian komponen² dalam kereta.

3.Starter Problem

Starter ni digunakan untuk menghidupkan enjin dan jika kereta rosak memang tak dapat hidup. Starter yang rosak akan menghasilkan bunyi seperti geseran besi bila dihidupkan. Kalau ada dengar bunyi yang lain dari kebiasaan masa menghidupkan enjin, berkemungkinan starter kereta tu dah mula haus dan perlu ditukar sebelum dia terus tak boleh hidup langsung.

4.Spark Plug dan Ignition Coil Rosak

Ahah! Yang ini antara petanda benda ni rosak, pick up kereta mula tak memuaskan. susah nak hidup dan semput-semput, kereta terasa berat dan perlahan walaupun dah tekan habis rapat ke dinding dah pedal minyak tu. Fungsi spark plug ni sebagai pencucuh untuk memulakan pembakaran (ignite) kereta kita. Kalau rosak biasanya memang kena beli baru sebab rasanya memang takde orang yang membaiki Spark Plug ni. Buatlah cemana pun memang konfem kereta takkan mau hidup kalau spark plug tu rosak walaupun guna cara jump start. Ignition Coil rosak lebih kurang sama kesan dan petanda dengan kerosakan Spark Plug.


5.Steering Lock dan Gear Level

Yang ni tak mungkinlah dalam kes Bimbo aku, sebabnye beliau kategori MANUAL. Pernah jugak terjadi kes kereta takleh hidup pastu punye la panik! (terutamanya gegerl yang noob lah citernye) Tapi bile sedar tengok gear tu kat D lah, kat R lah, kat 2 atau L. Memang lah tak hidup dek non. Untuk kereta jenis automatik, kena pastikan gear level tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan hehehe

6.ECU Bermasalah

ECU ni adalah komputer atau otak kereta. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor pastu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. Kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki. Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je dan kos dia memang Allahuakbar nak telan ayaq lioq pon boleh tercekik wo hehehe.



Dan kalau dah mintak tolong mekanik yang kita percaya untuk tolong check apa masalah berkenaan macam yang kat atas tadi tu, masih jugak kereta tak boleh hidup (ataupun mekanik tu sendiri pun dah pening dan redha sebab tak mampu nak dapat kesan apa punca sebenar masalah kereta kita tu takmau hidup jugak), cara terakhir adalah kena tahu kereta kita tu under insurance apa (untuk minta bantuan towing).

Dalam kes Bimbo, dia under ETIQA Insurance & Takaful . Jadinya, lepas dah tak dapat jugak kenalpasti apa masalah dia takmau hidup tu, aku terus je call Etiqa Oneline:

Nombor telefon ETIQA ONELINE :  
1 300 13 8888 (untuk kerosakan dalam Malaysia sahaja)

Kalau under insurance lain, engkorang kena dapatkan nombor untuk call pihak berkenaanlah. Dalam kes Bimbo, aku call je Etiqa pastu pihak diorang akan dapatkan beberapa butiran penting dan bila dah buat semakan dan pengesahan barulah akan hantar pihak towing ke lokasi kat mana kereta kita tersadai tu. 

Dalam kes Bimbo, kereta aku tersadai kat parking rumah aku sendiri dan dalam kawasan kampung yang agak jauh dari pekan. (Jadi kita kena alert dan make sure sentiasa dapat latest updates dengan pihak insurance dan jugak pihak towing).

Under Etiqa Insurance, bayaran untuk towing adalah :

50KM pertama (PERCUMA) 
selebihnya akan dikenakan RM3.00 per 1KM

Total bayaran untuk towing Bimbo : PERCUMA (jarak rumah aku untuk sampai ke Proton Service terdekat di Pekan Bidor adalah lebih kurang 45KM camtu. Jadi FREE ajelah part towing. Phewwww lega jugak kat situ.

Bila dah selamat sampai je kat Proton Service tu, Bimbo pon dimasukkan ke ICU dan mengadaplah sesi 'bedah siasat' kat situ sampailah dapat tawu apa masalahnye. Bermalam jugaklah Bimbo kat situ sebabnya waktu sampai kat service center tu dah jam 4.00 petang.

Esoknye lepas selesai orang solat Jumaat, pihak Proton Service tu pon call dan inform Bimbo dah berjaya dibaikpulih dan sihat sepenuhnya. Ok lega dengar bila dah ok. Cumanya nak mendengar part 'bayaran' tu yang berdebar. Rasa macam nak tekeluar jantung aku.

Jadinya, apa masalah Bimbo aku tu sebenarnye?

Sudahnye, tudia charge yang aku kena bayar :


  • Diagnostic Test                            RM63.60
  • Labour Change S/Cam Cover    RM31.80
  • Seal Cam Cover                            RM51.13
  • Spark Plug                                     RM40.28
  • Total (Include GST)                   RM186.80

Owhhhh rupanya Bimbo aku tu masuk kategori 'Spark Plug Bermasalah'.

Berangkatlah aku ke Proton Service tu naik motor dengan Abah aku. (Betapa panasnye kena bahang matahari yang panas terik gila waktu sekarang). Terus masa tu kepala hotak aku terbayanglah cemana rasa mak dan abah aku balik kampung naik motor masa kematian Nenek aku aritu sobssss sobssss :(

Itu sahajalah charge yang aku perlu bayar untuk 'sakit' Bimbo buat masa ni. Dan nasib baik jugak bukan melibatkan ECU bermasalah. Kalau yang tu yang problem, aku sempatlah jugak tanya kat tauke Proton Service tu, lebih kurang 5-6 ratuslah katanya. Adehhh mak aihhh.

Syukur Alhamdulillah Bimbo dah kembali 'bernyawa'. Barulah lega. Kalau tidak tido malam pon tak lena punya dok pikiaq pasal dia sesaja =P