Memori Bella Vista : Part 3

04 March 6 Comments
Selain daripada slot dalam seminar hall kena mengadap modul keusahawanan dan kena memikirkan bisnes model yang modal kecil tapi boleh memberikan income besaaaaaaaaaaar gila, kamiorang kena buat aktiviti outdoor yakni treasure hunt.

Treasure Hunt kali ini ada sedikit kelainan daripada yang selalu tu. Konsepnya masih kekal sama, kena dapatkan clue yang disembunyikan cuma kalini, clue yang disembunyikan tu hanya dapat dicari dengan menggunakan bantuan smartphone.

Sebelum kamiorang dilepaskan untuk bertempiaran mencari clue yang disembunyikan, kami perlu install satu apps pada smartphone kami yang diberi nama 'Layar Apps'.

Simbol apps dia tu ha huruf  'ar' kaler biru tu. Lepas kamiorang dah selesai download dan install menatang Layar ni kat smartphone masing-masing, barulah kami diberi clue pertama.

Apa yang menariknya aktiviti Treasure Hunt kalini adalah proses mencari clue menggunakan aplikasi Layar tu sendiri. Mulanya aku ni blur jugak cemanelah proses nak mencari clue tu, rupanya mudah je.

Cuma perlu :

1. On kan apps layar tu.
2. Scan pada objek.
3. Sekiranya clue terdapat di situ, clue tu akan muncul pada skrin smartphone kita tu.

Aku jadi jakun sekejap masa dapat scan 1st clue sebabnya clue pertama, kamiorang kena scan pada baju fasilitator tu sendiri. Mulanya kamiorang tak percaya tapi lepas dia kata, terpulanglah kalau rasa taknak dapatkan clue pertama, tak payahlah scan badan saya ni hahahaha

Lepas berjaya dapatkan clue pertama tu, barulah kamiorang boleh proceed dengan mencari clue seterusnya sampailah perlu selesaikan beberapa tugasan lain selepas dah berjaya kumpul semua clue dengan menggunakan bantuan apps Layar ni.

Pada aku apps Layar ni memang menarik tambah pulak bila diaplikasikan dalam aktiviti Treasure Hunt tu, bertambah eksaited semua orang dok usung smartphone dan scan segala benda yang ada untuk dapatkan clue.

Selama ni tak penah tahu pon tentang apps yang cenggini. Lepas ni bolehlah aku pulak aplikasikan Apps Layar ni untuk buat treasure hunt sempena program cuti sekolah yang bakal datang nanti. Konfem adik-adik peserta teruja gila nanti kehkehkeh






Memori Bella Vista : Part 2

01 March 3 Comments
Nampak tak tajuk tu? Ada bunyi macam 'Memori Cinta Suraya' tak? hahaha. Kursus kalini walaupun lokasinya kat Langkawi (yang mana sepatutnya memang sangat enjoy dan boleh berjimba-ria tapi hakikatnya, 4 hari berkursus tu, kami takde sempat explore ke mana sangat pon)

Yelah kalau dah 4 hari tu jadual pack gila pagi-petang-malam semua slot ada isi. Pagi pukul 8.30 dah mula. Tengah hari rehat sekejap pastu 2.30 mula balik. Petang pon cenggitu jugak sampai pukul 6.00-7.00 petang. Pastu pukul 8.00 sampai 10.00 malam baru habes slot malam. Sampaikan rasa nak pecah kepala hotak aku mikir sepanjang slot 4 hari tu.

Kalau sebelum-sebelum ni, modul yang perlu kamiorang hadap sepanjang kursus tak lah berapa berat sangat tapi kalini memang betul-betul mencabar tahap pemikiran aku. 

Tema dia pulak kalini 'KEUSAHAWANAN'. Sampaikan aku sendiri p bertanya kat pihak penceramah apsal kalini macam 'menekan' sangat modul-modulnye dan jawapan yang aku dapat adalah :

"Ini adalah apa yang Pihak Atasan you all mintak kami buat.
APA BISNES YANG MODAL KECIL DAN BOLEH DAPAT INCOME BESAR"

Dengar je jawapan tu, aku pon ok faham.
Malas nak bertanya banyak dah lah.

*********************************************
Cumanya aku sangat bersyukur dikurniakan Rakan-Rakan Sekerja yang sangat bekerjasama sepanjang berkursus kat sana walaupun kami semua jarang-jarang dapat berjumpa dan bekerja sama-sama.
Ini lah team rakan sekerja aku selama 4 hari berkursus kat Langkawi tahun ni. Kami tinggal 16 orang je memandangkan lagi 2 orang tak dapat hadir sama disebabkan masalah kesihatan. Kalau tahun pertama dan kedua dulu, Encik Boss memang akan sama-sama ada kemana saja kami pergi atau apa jugak aktiviti yang kami kena buat, tapi untuk pengurusan yang baru ni, jangan mimpilah nak merasa keindahan dapat Encik Boss yang cenggitu. Kalini memang Bossy gila lah. Dan kamiorang siap dah diberitahu untuk tahun ni, memang Pihak Atasan lebih 'tegas' . Perghhh 'TEGAS' engko ! =P
Syukur Alhamdulillah untuk pencapaian sepanjang tahun 2015 yang lalu, site tempat kerja aku sekali lagi dianugerahkan Pencapaian KPI (Key Performance Index) Terbaik . Bermula 2010 sampailah tahun terkini, Alhamdulillah hasil kerjasama dengan partner aku yang sebelum ni (Cik Ida) dan kalini 'semangat' yang ditinggalkan oleh Cik Ida tu masih dapat aku kekalkan. 

Untuk kalini jugak buat pertama kalinya diperkenalkan beberapa anugerah baru antaranya Anugerah Pekerja Cemerlang dan Anugerah Pekerja Terbaik. Sekali lagi syukur Alhamdulillah kedua-dua anugerah tu pergi ke tangan aku dan partner kerja yang baru (Kak Aini). 

Kembang kecut kemain hidong masa dipanggil untuk terima kedua-dua anugerah ni. Terasa hilang segala penat lelah terkejar-kejar bekerja sorang-sorang selama partner kerja terpaksa mengharungi detik-detik cemas bersama baby pre-matured dia.

Semoga dengan penganugerahan ni, bertambah-tambah rajin dan momentum kerja aku bertambah baiklah hendaknya. Kalau selama ni datang kerja 30 minit awal, lepas dapat award-award ni, mau sejam awal aku dah tercongok depan ofis hahahaha

Fun & Rilex : Bella Vista Part 1

29 February 3 Comments
Kisahnya bermula 22 Februari hingga 26 Februari baru-baru ni, aku dan juga rakan sekerja diarahkan menghadiri kursus di Bella Vista Resort & Spa Langkawi. Berkumpul seawal jam 5.30 pagi, kami diarahkan bergerak secara konvoi memandangkan kami hanya diberi keizinan menaiki van 15 seaters (Toyota Hiace) yang memuatkan kami seramai 12 orang dan juga segala mak nenek beg laptop & luggage untuk bekalan pakaian 4 hari berkursus. 

Mulanya, memang ada issue berkenaan dengan transport : 1 van saja nak sumbat kami beramai-ramai dalam tu. Memang ada jugaklah yang hangin dengan pihak pengurusan tapi apakan daya, diorang kan ibarat Durian dengan Timun. Timun ni bergolek pon terluka, digolek pon sama jugak terluka. Tapi hasil daripada perbincangan meja bulat oleh Brader Otai dalam team kerja kamiorang tu, akhirnya dapatlah approval untuk bawak 1 extra car (myvi rakan sekerja yang sorang tu). Jadinya longgarlah sikit dalam van tu. 

Bayangkanlah dek non, perjalanan daripada Sungkai,Perak - Jeti Kuala Perlis bukannya dekat! 4 jam lebih dekat 5 jam. Naik kematu bontot aku dok dalam van tu. Pihak Atasan sedaplah pergi naik exora yang hanya bertiga aje. Selesa kemainlah kan. 

Itu baru travel 4-5 jam dalam van je, aku dah rengsa gila (Embak Es Es selalulah guna perkataan 'rengsa' tu kehkehkeh). Patutlah aku ni memang belum ditadirkan untuk travel obersea yang ambik masa berbelas jam kadang tu, kalo tidak, entah cemane lah agaknya tahap kerengsaan aku tu hahaha

Ini lah lokasi kursus kamiorang selama 4 hari tu. Cantik gila. Masa memula tengok gambar ni, dok terbayang kekonon macam Princess nak pulang ke istana kahkahkah

Tapi bila sampai je, tudia ambik hang ! 

1.Masalah bekalan elektrik (Seminar Hall takde lektrik weyhhh ! Hangat gila !)
2.Banyak proses renovation sedang dijalankan (Pihak Atasan aku kata, tak dimaklumkan tentang renovation mak nenek segala tu)
3.Bilik agak sempit (ruang untuk solat takde)

Tapi bilik yang aku dapat (which is sebenarnye, bilik aku je terpisah jauhhhhhhhhhhh gila dengan rakan kerja yang lain, diorang dapat blok yang sama. Aku ni terpisah. dapat blok yang jauhhhhhhhh kat seberang sana pastu ujung dunia pulak tu. Tapi ok lah bila masuk bilik tu, luas gila boleh main badminton (metaphor sangat kahkahkah). Part main badminton tu aku tipu je. LUAS tu betul.

Tapi lagi, bilik aku tu KURANG CERMIN. 
Kemonlah, ada 1 cermin je kat dalam bilik air. Muat-muat nak suluh muka je pulak tu.
Lain-lain dah ok dah tapi part CERMIN memang aku tak puas hati.
Perempuan dan cermin ibarat isi dengan kuku kot !
Dah lah aku dicampakkan ke blok paling jauh, pastu 3 orang 1 bilik.
1 cermin kena share 3 orang , cermin dah la kecik molek.
weyhhh apa kejadahnya semua itu ? hahaha

Bilik orang lain memang KECIK dan SESAK NAFAS. tapi cermin kat bilik diorang ada di segenap ruang.
Bukak pintu bilik, nampak cermin dulu.
Bukak pintu almari, nampak cermin lagi.
Baring kat katil, pusing kiri, nampak cermin lagi.
Baring kat katil, pusing kanan, nampak cermin lagi.
Kat meja depan tv, ada cermin lagi.

Jadinya takde scene berebut cermin berlaku kat situ.
Berlainan dengan ahli mesyuarat bilik aku.
Kami terpaksa berebut cermin pakat nak suluh muka hahaha

Itu baru kesah hari pertama.
Hari-hari berikutnya punya kesah nanti aku sambung =P


Failed Betul Rasa

21 February 13 Comments
Maaflah sebab macam dah lama aku tinggalkan blog ni. Takde semangat untuk menulis. Mungkin jugak disebabkan tahun ni, Boss-Boss agak lain macam 'perangainya' dan 'mengada-ngadanya', maka oleh sebab tu, hari-hari kerja aku pagi sampai petang memang jadual penuh. Balik kerja, aku dah penat nak mengadap komputer (disebabkan faktor waktu kerja aku memang sepenuhnya mengadap komputer).

Lepas tu pulak, kes Bimbo yang tersadai takmau hidup haritu (dah 2 kali jadi : awal Januari dan awal Februari) masih belum dapat jalan penyelesaian. Dan semalam (20 Februari : seminggu-dua selepas kes kedua takmau hidup, sekali lagi Bimbo buat hal). Aku rasa nak menanges pun ade memandangkan siap ada pakcik jiran tak jauh dari ofis aku tu tolong datang check kan bateri apa semua, pun takmau hidup jugak. Nasib baik ada sorang classmate aku balik cuti dan singgah kat ofis aku, aku pun mintak tolong dia untuk call Abah aku (fon aku rosak dan dalam proses mengumpul dana. tetiba sekarang ni si Bimbo aku pulak tunjuk tanda-tanda sakit T____T )

Datanglah Abah aku dengan Brader mekanik sorang tu (member aku jugak). Ambik masa jugak dia cuba macam-macam cara, check itu ini (segala starter, plug, bateri etc) dan dia siap double check semula apa benda yang Proton Service ada ganti barang masa Bimbo corrupt masa awal Januari dulu tu.

Lepas dia ketat-ketatkan segala wayar kat bateri apa semua, member dia sorang lagi tolong start, Alhamdulillah nasib baik boleh hidup. Aku pun bayar kat dia apa yang patut dan drive Bimbo balik rumah. 


Aku ada google jugak pasal 'JANGKA HAYAT BATERI KERETA KERING' dan dapat beberapa jawapan antaranya :

1.Mungkin bateri kering dah agak lama (lebih 2 tahun). (which is kalau ikotkan, kereta aku punya bateri 17 Mac 2015. Belum sampai setahun pon lagi. tapi tak tahulah dengan kualiti barang zaman sekarang ni, boleh jadi jugak tak boleh percaya dengan mitos 2 tahun tu.)

2.Terminal bateri kunci tak ketat. (mungkin jugak, sebab bila Brader Mekanik tu ketat2kan, terus boleh start pulak kereta aku tu.)

Brader mekanik tu ada pesan jugak, mungkin boleh jadi jugak bateri kena tukar (bateri aku tukar masa 17 Mac 2015 tahun lepas. Aku guna bateri kering disebabkan Abah aku tak yakin aku ni boleh jaga maintainence Air Bateri kalau guna Bateri Basah. Maklumlah anak perempuan, memang haruslah Abah aku tak percaya kat aku dalam bab-bab kereta ni T_____T )

Mungkin aku perlu tukar bateri kering tu agaknye. Buat masa ni aku merajuk. Perang dingin dengan kereta sendiri. Takmau bawak dah dia p kemana-mana. Biar je duduk bawah garaj tu huhhhh~ 

Merajuklah konon =P




Fabulous February

05 February 27 Comments


Macam yang aku pernah cerita pada entry Part 1 dan jugak Part 2, berkenaan rakan sekerja aku (Cik Ida) yang terpaksa berhenti kerja disebabkan perlu fokus untuk penjagaan anak dia. Semoga kehidupan Cik Ida lebih ceria dan bahagia dengan kehadiran baby Assyifa :)

Aku pulak ? Syukur Alhamdulillah setelah struggle kerja sorang sepanjang September hingga Januari, kini aku boleh bernafas lega sikitlah dengan kehadiran rakan sekerja yang baru. Aini namanya. Berpangkat 'kakak' pada aku. Bukan orang lain pun disebabkan Kak Aini sebelum ni bekerja dalam department yang sama cuma di lokasi berbeza (di Kedah) dan dia mohon ditukarkan ke lokasi aku disebabkan suaminya anak jati Felda tempat aku bekerja ni. so yeyyyy ! aku dah ada partner baru : Kak Aini :)

Bermula 31 Januari haritu, bermulalah kisah kami bekerja bersama. Aku sangat bersyukur sebab sama-sama boleh faham tugasan masing-masing disebabkan job scope kami sama je sebelum-sebelum ni. Jadinye memang agak dipermudahkan urusan jugaklah segalanya. Syukur Ya Allah :")

Makanya, disebabkan aku back in action (bekerja secara normal semula sebabnye sebelum ni, memang agak tak normal lah kerja aku sebab terpaksa bekerja Isnin sampai Jumaat sorang-sorang. Sabtu Ahad je lah aku ambik cuti. Tapi sekarang ni dah kena re-schedule semula). Macam agak packed jugak Key Performance Index (KPI)  untuk tahun ni yang perlu kami capai. Moga segalanya dipermudahkan untuk aku dan Kak Aini.

How  was your life so far gaisssss ? :)




Jodoh, Mai Lekaih Sikit

29 January 19 Comments

Beberapa hari lepas si adik aku call mak aku. Menyatakan hasrat hati dia. Mohon bantuan mak dengan abah aku untuk pergi bawak rombongan merisik calon isteri dia. Pastu nak bertunang jugak. Cumanya merisik dan bertunang nak buat asing katanya.

Mak aku terima call tu pagi masa selepas aku dah masuk kerja.
Aku ni balik lunch break tengah hari nak mencekikla.
Tetiba mak aku bukak cerita pasal tu.
Aku orait je.

Cuma yang jadi kurang syoknya bila mak aku tanya:

"Kakak bila lagi ni. Adik hang dulu dah ni cemana ni ?"

Aku balas rilek je la sambil dok suap nasik.

"Rilek mak. satu-satunya bakal menantu lelaki mak tengah on the way.Mak tolong doa je supaya jangan dia silap rumah masa hantaq rombongan dia nanti."

Terus mak aku buat tak dengaq.

Aku terus gak la telan nasik walaupun rasa terlekat.

*******************************

Awak, 
Saya tak tau nak kata cemana.
Kalau jodoh kita, InshaAllah tak ke mana.
Saya doakan yang baik-baik saja.

Lap ayaq mata.


January Luck : Camera Bag

18 January 43 Comments
Minggu lepas Lazada ada bagi penghargaan pada loyal customer diorang dan aku salah sorang yang menerima email penghargaan daripada pihak Lazada.Alhamdulillah...

Aku mula 'berkenalan' dengan Lazada ni pada tahun 2012 dan barang pertama yang aku beli adalah Canon Powershot A2200 4.1MP dengan harga RM280.80 pada masa tu.
Aku beli ni pon sebab kerja harian aku memerlukan aku untuk snap gambar setiap aktiviti dan sesi training class yang kami buat. Walaupon company ada beli compact camera Samsung, tapi aku kurang berpuas hati dengan kualiti gambar yang terhasil (yelah nama pon compact camera, hasil gambar takdelah seberapa kalo nak dibandingkan dengan DSLR huhuhu)

Tapi dengan compact camera Canon ni aku lebih berpuas hati hasil gambar-gambarnya compare to Samsung punya camera tu.

Bermula dengan Camera Canon ni lah aku jadi pelanggan setia Lazada. Ada beberapa item lain lagi yang aku beli di Lazada. Disebabkan 'kesetiaan' aku tu, awal minggu lepas Lazada bagi FREE VOUCHER untuk aku tebus mana-mana produk yang ada di Lazada tu. Kiranya ni New Year Gifts untuk loyal customer lah gitttewwwww~ kehkehkeh

Jadi apa yang aku tebus? Jeng jeng jeng...

Memandangkan aku tak mampu nak dapat DSLR, aku pilihlah Burberry Camera Bag ni hah. Tak dapat DSLR, dapat camera bag DSLR pon jadilahhhhhhh kikiki

Dah selamat aku terima masa petang Jumaat haritu. Terima kaseh Lazada ! Kalau ada lagi nanti bagilah lagi kehkehkeh

Sekarang ni dah masuk 4 tahun camera Canon tu bersama aku dan Alhamdulillah masih elok. Jadilah yang tu je aku mampu. Nak beli DSLR macam tak mampu lagi nak oi hehehe



Jejak Digital : Contoh Resume Mudah Dan Kemas

17 January 24 Comments
Baru-baru ni ternampak ramai jugak kawan² pakat share kat fesbuk diorang berkenaan dengan contoh resume yang simple dan kemas dengan hanya SATU PAGE saja tapi ada semua maklumat yang penting kat situ.

Sebenarnya dulu masa tahun 2011, aku pernah share pasal resume mudah dan kemas jugak tapi yang aku tengok baru² ni lebih cantik grafiknya dan kalau mohon jawatan bahagian designer atau yang berkaitan aku rasa memang terus dapat tempat di mata penemuduga.  Aku ulang semula. Mendapat tempat 'di mata' penemuduga tau. Bukan aku kata MENDAPAT KERJA. Dapat kerja atau tak, belum tentu lagi tapi yang penting dapat grab perhatian dia kehkehkeh
Bayangkan ada beribu resume bersepah depan penemuduga pastu tetiba engko punya lain dari yang lain. Dia dah naik muak tengok semua sepesen aje resume tetiba engko punya perghhhh lain macam. Tak ke rasa bertuah ? Dapat dipanggil interview pon dah kira sangat bertuah kalau nak dibandingkan orang lain yang langsung tak pernah dipanggil walaupon dah berpuluh kali dia hantar resume.

CONTOH-CONTOH RESUME RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PENEMUDUGA


sumber : FB MomentColor

Nampak perbezaan SEBELUM dan SELEPAS ? Memandangkan rakan sekerja aku terpaksa memilih untuk berhenti kerja baru-baru ni, jadi pihak atasan mengarahkan aku untuk iklankan kekosongan jawatan dan aku terlibat dalam penerimaan dan pemilihan resume calon-calon yang mencuba nasib.

Walaupun aku hanya menerima je resume yang dihantar, tapi disebabkan jawatan yang perlu diisi tu merangkap bakal rakan sekerja baru aku nanti maka sikit sebanyak, Boss aku tetap ambil kisah tentang 'mana satu dan siapa calon' yang aku berkenan berdasarkan pada resume-resume tu semua.

Macam yang aku kata awal tadi : 'dapat grab perhatian'

Itu keyword dalam kita buat resume ni sebenarnya.
Kalau ada KABEL takyah cerita.
Resume cincai pon takde hal sebab engko dah ada kabel tolong kipas.
Ini untuk yang hantar resume tak guna kabel.
Orang atasan tu tak kenal langsung siapa kita dan macam mana kita.

Bila aku bagitawu si polan si polan yang aku rasa berkenan,Boss aku mesti tanya apa sebab dan faktor yang menyebabkan aku pilih si polan tu?

Jawapan : mestilah berdasarkan pada resume. KEMAS & PADAT.

Tak perlu 2-3 helai bazirkan kertas. 1 page je dah cukup.
Paling penting bahagian GAMBAR & PENGALAMAN KERJA / KURSUS.
GAMBAR tu lagi kemas kalau background dia transparent je.
Macam biasalah manusia kan suka tengok pada yang cantik.
PENGALAMAN KERJA / KURSUS tu susun ayat biar ringkas tapi power.
Isi pengalaman tu biar yang berkenaan dengan jawatan yang kita pohon tu.
*ada jenis buat 1 resume je pastu print resume yang sama untuk mohon jawatan lain
*bukan tak boleh tapi kurang 'kick' sebab kat bahagian PENGALAMAN/KURSUS tu lah

Nak taknak orang atasan memang akan tengok berdasarkan pada pengalaman kerja/kursus.
Kalau takde berkenaan langsung dengan jawatan yang dipohon, payahlah sikit chances nak dipilih.

Ok setel part resume.
'Partner Baru' aku dah dipilih.
InshaAllah bakal melapor diri akhir Januari nanti hehehe


Janam Janam | Dilwale

16 January 33 Comments
Aku salah sorang yang #demamDilwale jugak sekarang ni. Entah teknik makeup cemana diorang guna tapi aku kagum gila tengok Kajol cantik betul. Ke sebenarnye Kajol minum QuPuteh? Kalah aku yang umur 20an ni. Ehem~ hahaha

sumber : Lyrics Translate

Cerita Dilwale ni pada aku takdelah power mana sangat. Macam rushing pon ade. Aku bukanlah fanatic filem Hindi tapi mostly filem-filem SRK yang meletop memang aku melekat aje tengok tiap kali ditayangkan kat TV.

Filem Dilwale 2015 sebenarnya bukanlah sambungan filem Dilwale Dulhania Lejayenge  (DDLJ 1995). Ramai mula-mula ingatkan cenggitu tapi sebenarnya bukan sambungan. Cuma tarikh 19 Oktober 2015 (semasa tayangan filem Dilwale ni, genap 20 tahun filem DDLJ yang 1995 tu ditayangkan selama 1,000 minggu di panggung wayang Marathi Mandir, Mumbai ! Durasi tayangan yang sangat panjang tu berakhir pada 12 Disember 2014). Bayangkanlah sendiri lejen tak lejen filem DDLJ tu start tayang tahun 1995, masa tahun 2014 baru tamat tayangan kat pawagam sana.

sumber : Lagenda Filem Dilwale 2015

SINOPSIS FILEM DILWALE 2015
Permusuhan keluarga antara dua gengster Randhir(Bapa SRK) dan Malik(Bapa Kajol) menimbulkan bibit percintaan antara Kaali dan Meera. Bapa Kaali (SRK) cuba untuk berbaik dengan Malik demi percintaan anak mereka ni tapi si Malik tu khianat dan menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Masa kejadian tu pulak, berlaku salah sangka dan pada pandangan mata si Meera, Kaali lah pembunuh bapa dia si Malik tu tanpa tahu bapa dia yang khianat sebenarnya. Mereka berpisah tanpa Meera ni tahu hal sebenarnya yang berlaku.

15 tahun lepas tu, Kaali mengubah identiti dia sebagai Raj dan membesarkan adik dia Veer dengan penuh kasih sayang dan sembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Nak dijadikan cerita, si Veer ni pulak in love dengan Ishita (adik Kajol) dan merancang untuk berkahwin sampai terbongkar kisah silam si Kaali dan Meera  hinggakan terwujudnya watak Ramlal dan Pogo disebabkan si Veer ni curious sangat nak tahu segala benda hahahaha

Sepanjang menonton Dilwale ni, aku mengharapkan penamat yang lebih dramatik misalnya Kaali bertempur semula dengan musuh lama dia ke atau paling tidak pun dengan geng dadah di kawasan tempat tinggal dia dan terus membuatkan Veer baru tahu yang abang dia ni  ketua mafia 15 tahun dulu walaupun pada pandangan dia selama ni abang dia ni naif je orangnya. Tapi takde scene tu kecuali filem lakonan Jason Statham hehehe

Nak tahu lagi kena layan sendirilah cerita ni. Takpayah pegi panggung. Online streaming je. Hadap je layan sesorang. Nak nanges ke, nak sengeh ke takde nak tercover-cover hahaha


Jalan-Jalan Sungai Besar

14 January 41 Comments
Sebenarnye kesah ni masa sebelum tragedi Bimbo takmau hidup haritu. Abah dan Mak aku beberapa kali bercerita tentang Sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Kebetulan masa cuti tahun baru 1 Januari haritu, takde plan ke mana-mana pastu Abah aku pun terus bunyi ajak pergi ke Sungai Besar.
Aku memang pertama kali jejak ke Sungai Besar selama aku hidup ni. Abah dan Mak aku masa 10 - 15 tahun dulu selalu jugak pergi ke pekan Sungai Besar ni terutama masa musim perayaan. Harga barang-barangnya memang jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan harga barang di kawasan tempat aku tinggal (Tanjung Malim pun tak boleh nak lawan harga Sungai Besar ni walaupun Tg Malim tu agak femes dengan kedai harga murah.)

Abah aku terus bawak ke kawasan Pekan Baru Sungai Besar je masa kamiorang pergi tu. Sebenarnya aku ada research (cewahh research kemain engko Ana ! hahaha) beberapa tempat menarik di Sungai Besar ni tapi disebabkan aku pergi tu dengan Mak dan Abah aku, jadi agak terhad untuk aku explore ke segenap ceruk tempat kat sana. Takpelah nanti ada rejeki, aku terjah sana lagi hehehe

TEMPAT MENARIK DI SUNGAI BESAR:
1.Jeti Sg Hj Dorani
2.Homestay Sg Hj Dorani
3.Pantai Bagan Nakhoda Omar (jauh juga kena masuk ke dalam untuk sampai ke sini)
4.Cendol Borhan
5.Kompleks Barangan Murah (dalam Pekan Sg Besar)
6.Pusat Jualan Kerepek (femes dengan Kerepek walaupun bukan musim perayaan)
7.Pusat Jualan Nata De Coco (ada yang jual 3 timba yg standard supermarket selalu tu dengan harga RM10.90 , Wow! Kategori murah tu !)
sumber gambar : Dorani Homestay

Sawah padi memang kat kiri kanan jalan sepanjang menghala ke pekan Sungai Besar tu. Snap dari dalam kereta aje guna kamera cabok. Belum ada rejeki lebih untuk dapat Gopro ehemmm~
Ini bukan kat kawasan Sungai Besar. Masa ni dah menghala balik kat kawasan Estate United Plantation Engineering Bhd (kawasan Ulu Basir / Ulu Bernam Estate) . Penduduk kat kawasan ni memang kena guna perkhidmatan 'feri tarik' ni untuk menyeberang disebabkan ada sungai dan tiada jambatan yang boleh menghubungkan kedua-dua belah kawasan tu. Perkhidmatan Feri Tarik ni dikenakan RM5.00 untuk satu hala dan cuma yang datang dari kawasan seberang UP Bhd sahaja yang dikenakan caj.

Penduduk kat sini majoritinya berbangsa India tapi diorang peramah semuanya. Abah aku lah sempat borak-borak dengan Uncle Assistant Kapten Feri Tarik tu. Feri tu takdelah besar macam Feri Pulau Pinang, kecik aje ferinye. Dapatlah memuatkan 4-5 buah kereta + beberapa motorsikal dalam sesuatu masa. Jaraknye pun takdelah jauh macam naik feri Pulau Pinang tu. Feri ni cuma ambil masa 5 minit gitu aje sebab jarak kawasan seberang sini dengan kawasan seberang sana takdelah jauh sangat (aku rasa aku baru duduk dalam 5 minit je pastu dah sampai seberang hehehe).
Rumah ni pulak salah sebuah rumah milik Orang Asli yang tinggal kat kawasan Estate Erong. Abah aku bawak aku balik jalan dalam kebun kelapa sawit. Kereta Persona aku tu Abah aku buat macam 4 X 4 dah gayanya hahaha. Sipbaikla jalan kebun kawasan ni agak baik kalau nak dibandingkan dengan kawasan kebun sawit kat petempatan aku sana tu.

Rumah ni unik sebab dia anyam pelepah rumbia untuk dijadikan dinding. Memang unik dan cantik sangat. Mulanya cadang nak je aku ajak Abah dan Mak aku berhenti untuk mohon izin buat sesi lawatan sambil belajar kat rumah ni tapi tak nampak pulak sesiapa yang ada sekitar situ untuk aku mohon izin. Kalo main redah masuk je takot 'tak jumpa jalan keluar' pulak nanti. Naya je karang hehehe

Tudia sedikit sebanyak Eksplorasi Jalan-Jalan Sungai Besar yang aku tak sempat jalan-jalan sangat pon sebenarnye. Next time InshaAllah aku datang terjah lagi hehehe