Aku salah sorang insan di antara belasjuta yang jadi stalker tegar pada instagram(IG) Fynn Jamal. Antara belasjuta tu jugak, kami si stalker tegar ini menyaksikan sendiri rentetan -- kronologi Fynn Jamal sekeluarga bertiga.. Mungkin ramai je yang tertanya siapa Fynn Jamal ni??? Personaliti tv channel baru ke ? Artis baru ke? Ohh sila google sendiri..
Aku mungkin antara insan yang terlewat ambiltahu tentang kisah hidup Fynn Jamal.. Awal kewujudan IG dulu aku pernah uninstall daripada henpon cabok aku sebab merasakan betapa tak bernilainya instagram bagai tuh dimata aku.
Tapi.. semenjak terbaca tentang 'Bakti Arjuna Fitri' (Juna) kat satu blog ni (blog mana aku dah lupa), aku terus teruja untuk lebih tahu tentang siapa dia? Anak siapa dia? Siapa keluarganya? Bangsawankah dia? Pasal semualah. Apa yang aku pasti, disebabkan rasa ingin tahu itulah aku dengan tanpa rasa was-was nya terus install semula aplikasi instagram dan juga Keek. Sekaligus. Niat aku waktu tu hanya satu ---- untuk follow Keek dan jugak instagram Fynn Jamal. Untuk lebih tahu tentang Bakti Arjuna Fitri. (Juna)
Terbukti. Memang aku tak puas. Setiap satu gambar di IG Fynn Jamal ada cerita. Caption dia jugak bukan kosong. Siapa yang follow kisah Fynn Jamal dari awal dulu mungkin lebih tahu betapa seninya cara Fynn Jamal meluahkan rasa.. Hidup di bumi orang sangat mengajar Fynn Jamal sekeluarga bertabah.. Disampaikan pulak pada strangers keliling dunia.. Setiap kali aku baca caption gambar dia pasal luahan rasa dia, nak meleleh air mata. sebak sayu semua ada..
Ada satu gambar Fynn Jamal up di IG dia --- gambar Juna lena tido dengan bantal Nemo dia.
Ha ni lah gambar tu. Aku pinjam dari IG Fynn Jamal... Ramailah yang berbalas komen kat gambar tu.. Macam biasalah. Ada positif. Ada negatif. Adatlah manusia.
Aku tertarik pada satu komen ni :
“… Salam alaik semua. Aku org baru di instagram (IG), posting pun tak ada apa lg, tp register je terus cari IG Fynn Jamal. Bahagianya hati bila baca kata² sokongan dari wanita² yang gagah dan luhur hatinya. Utk @the_zana, sabar ya dik. Allah dah janji yang Dia takkan duga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung kan? Rezeki, ajal maut, jodoh semua rahsia n milik Yg Di Atas. Atas kehendakNyalah semua yg menerima.
@fynnjamal , aku salut dengan luhurnya hati kamu, yang saling berbagi kasih sayang sesama strangers. Kekal selamanya begitu ya Fynn :)
Dalam bahagia yang aku rasa skrg, dulu aku sebenarnya pernah hampir gila. Satu-satunya anak yg aku punya, hilang dilarikan ayahnya entah ke mana selepas p'ceraian kami. B'tahun aku nanar Fynn. Hanya mampu melepas rindu pd baju si kecil yg tak sempat berbasuh.
Tp Allah Maha Adil. Dijumpakan aku dgn mereka berdua di satu tempat yg beribu batu jauhnya dari Malaysia. Ajaibnya kasih ibu, dan agungnya kekuasaan Allah, b'tahun tidak bertemu, dia(si anak) pantas mengenali aku sebagai ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menyusukan dia. Seluruh kawasan gempar melihat si kecil yang tidak putus² berteriak mummy sedang tangan si ayah cuba menariknya pergi. Benarlah doa yg t'aniaya tiada hijabnya.
Drama itu dikesan pihak b'kuasa yang kebetulan sedang meronda, & alangkah ajaibnya, di sebuah negara yang Islam bukan agama utama, aku dijumpakan dengan anakku tanpa banyak bicara, dilayan dengan penuh mesra malah dihantar ke pejabat kedutaan kita utk diuruskan kepulangan kami b'dua ke Malaysia.
Sedang si ayah dibawa ke balai kerana disyaki menculik anak sendiri.
Nampakkan kasih sayang Ilahi di sini, sahabat² semua? Insya Allah, kita tidak akan mati tanpa cinta dari manusia, tapi hidup tidak akan ada erti tanpa cinta dr Ilahi. Jadi aku pinta pada semua wanitaku yang sedang diduga di luar sana, percaya pada Rabbimu. Dia Yang Maha Mendengar, Dia Yang Maha Memberi. Akan tiba masa, kalian beroleh sinar bahagia, seperti aku yang kini bahagia b'sama si kecil yang sudah 9 tahun usianya…”
Subhanallah betapa besar kuasa Allah. Dipertemukan ibu dan anak yang terpisah. Di bumi yang bukan Islam agama utamanya. Benarlah kasih ibu tak ada taranya.. Dan aku yakin, komen begini memang membantu ramai wanita yang diuji diluar sana rasa bersyukur apa adanya dengan apa yang ada sekarang. Kalau nak dibanding dengan insan lain yang lebih perit deritanya. ujiannya. Harus sedar kita masih beruntung.. Sama² doakan kita sama² bertabah. InshaAllah masa bahagia kita akan tiba. Yakin :')
Ana~
ReplyDeleteaku suka anak fynn comel!
betul apa kau kata dalam coment2 blog aku
setiap orang dihadapkan dengan dugaan yang berbeza
aku selalu ke sini
cuma aku jarang komen
=)
ada rezeki kita berbual panjang
ya?
Nis,
Deletetulah pasalnye. aku pon suka anak Fynn ni ha sbb comel Ya Allah.
hermm tu la Nis. aku selalu jugak ke blog kamu Nis. cuma duatiga
bulan lepas kurang berblogwalking sbb ada mslh MASA sikit.
tup tup bila masuk Hemisfera Nis tu rasa semacam je. terasa ada
benda yg aku ketinggalan.
inshaAllah ada rezeki nti kita bual pnjg Nis :)
hebat kuasa social media di mata kita, hebat lagi kuasaNYA :)
ReplyDeleteha tu lah Zuan. baca komentar mcm tu meremang.
Deleteagungnya kekuasaanNya :)
nice.
ReplyDeleteTQ
Deletehebat kan!
ReplyDeletememang sangat hebat
Deletebaru saja ahu kisah sebenar.
ReplyDeleteya.kuasa tuhan.
aku pon baru-baru ni je dapat tahu.
DeleteAssalamualaikum Ana..Subhanallah Masya Allah, kakak tak sangka pengalaman ini menjadi petikan di blog Ana. Tabarakallahufikum, bersyukur benar andai ia mampu mencerna semangat sahabat2 di luar sana. Semoga Ana dan semua pembaca dalam rahmat dan lindungan Yg Maha Khalik. Salam Alaik
Deletehebat sunggah kekuasaanNya :)
ReplyDeletesangat :)
DeleteAllah Maha Besar.. ;')
ReplyDeleteAllah Maha Besar kan Usop :)
DeleteYa Allah terharunya baca kisah kakak tu..cam nak nanges pun ada.. Ya Rabbi.. besarnya kuasaMu..
ReplyDeleteTu la sayu mase bace kisah akak tu..
DeleteYa Allah.. tapi juna memang comel sangat2,.. geram tgk dia
ReplyDeletecomel sangat. hehe
DeleteAllahu Rabbi.. menitis air mata saya membaca kisah wanita tabah ini
ReplyDeleteMmg benar kasih ibu tiada sempadan, kasih Allah pada hambaNya tiada tolok bandingan, Subhanallah
Moga saya dan semua muslimah dikurniakan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari mendatang